|
IASLA[DIET&ANGELIKA LATEST STORIES-(PAGE 197)]-~(PRE:TDDUP)
[Copy link]
|
|
Oh ye baby..summarry nye nanti anne masukkan kemudian ok |
|
|
|
|
|
|
|
anne...nasib baik kau ada tuk masukkan citer ngan screencap tuk setiap ep...siot je opis aku...sikit2 website yg aku selalu masuk dah kena block....
harap2 cari nie selamatlah...kalau tidak mati kutu aku.... |
|
|
|
|
|
|
|
Episode 60 - Summary
Oliver sudah memberikan berita yang Jasmine diambil bekerja di kedai buku, jadi dia disuruh balik keesokan hari untuk menjalani satu orientation. Walaupun Jasmine masih didalam keadaan serba salah dan bersedih, Oliver masih tidak mahu melayannya.
Jasmine memberitahu berita itu kepada Nea yang ketika itu masih menghadiri seminar. Oliver sudah mengambilnya bekerja. Nea gembira mendengar berita tersebut dan dia berharap Jasmine dan Oliver dapat bersama semula. Tetapi Jasmine menjelaskan kepada kakaknya yang Oliver sekarang sudah jauh berbeza dari Oliver yang mereka kenali dulu. Sikapnya langsung berubah sejak mereka berpisah.
Ivan pula menjadi salah seorang lecturer semasa di seminar itu. Nea memang mengambil perhatian sepenuhnya dari apa yang ditunjukkan oleh Ivan.
Di restaurant, Yolanda bergaduh dengan cashier yang diambil bekerja oleh Nea. Yolanda sengaja menuduhnya mencuri walaupun dinafikan dengan keras oleh cashier tersebut. Yolanda juga berkata dia nampak dengan matanya sendiri yang cashier itu mencuri wang dari register dan dengan tiada bertolak ansur lagi dia menghalau cashier itu pergi dari situ. Selepas itu Yolanda ketawa sepuas-puas hatinya. Kemudian dia merapati peti mengisi duit dan dibukanya lalu mengeluarkan duit dan disimpan kedalam kocek bajunya. Tepat pada waktu yang sama, Hazel terserempak dengan perbuatan Yolanda itu lalu dia dia memanggil ibunya dan Yolanda terhenti seketika.
Hazel memarahi ibunya kerana sanggup membelakangkan Kakak Nea nya sedangkan Nea sanggup berbaik dengan mereka. Tetapi Yolanda menjawab dengan angkuh yang perbuatannya itu masih kurang berbanding dengan apa yang sudah diambil oleh Nea daripada mereka. Jadi mereka perlu bersatu hati untuk menentang Nea. Dan lagi dia menuduh Nea sebagai penyebab kenapa dia lumpuh dan meletakkan mereka dalam keadaan yang ada sekarang. Hazel pula menjawab supaya jangan menuduh Nea dan Jasmine dia atas apa yang sudah berlaku kerana itu bukan salah mereka dan pada Hazel dia lebih rela mendengar Nea berleter daripada mencuri daripada Nea. Kerana itu dia sendiri akan membelakangkan ibunya sendiri.
Waktu rehat di seminar tetapi Nea masih lagi belum bangun dari tempat duduknya. Dia masih lagi meneruskan kerjanya dan Ivan pula merapati Nea dan memegang bahu Nea. Dia seolah-olah terperanjat dan takut. Lalu Ivan bertanya kenapa dia tidak mahu berehat seketika. Jawabnya yang dia mahu menyelesaikan kerjanya dan mahu belajar sebanyak mungkin. Cuma dia pelik kenapa business nya sudah maju tetapi kenapa pula hutangnya semakin tinggi juga.
Hari pertama Jasmine di kedai buku. Dia beruniform dan diberi satu name tag. Dia pun pergi kepada kanak-kanak untuk sessi story telling. Kanak-kanak itu diberi pilihan untuk memilih cerita mereka. Tidak lama kemudian Zsa zsa pun muncul dan bila dia melihat Jasmine perasaan marah dan cemburunya timbul semula. Jadi dia terus mendapatkan Oliver dan bertanya kenapa Oliver mengambil Jasmine bekerja disitu atau Oliver masih mencintai Jasmine. Alasan yang diberikan oleh Oliver ialah dia memerlukan Jasmine untuk membantu prestasi kedai bukan kerana cinta. Dan lagi dia berniat untuk membalas dendam kepada Jasmine. Jika begitu kenapa pula dia masih effected dengan Jasmine, zsa zsa menyoal Oliver lagi. Oliver seakan menafikannya dan terus keluar dari bilik itu.
Jasmine masih bersama-sama kanak-kanak dan dia bertanya pada mereka..."Kamu ingin tahu siapa yang saya sayang?" dan mereka semua menjawab "ya" dan mereka menghampiri Jasmine untuk melihat apa isi kandungan dalam kotak yang dipegang oleh Jasmine. Jasmine mengingatkan itu adalah rahsia mereka bersama. Kotak itu dibuka...kanka-kanak menjerit dan ketawa. Oliver mendapatkan Jasmine dan berkata dia tidak hire Jasmine semata-mata untuk story telling tetapi dia perlu juga membantu dalam marketing, mengemas buku-buku untuk display (Oliver bersikap angkuh) Jadi Jasmine berhenti dari melaan kanak-kanak tersebut dan terus membetulkan buku-buku untuk display.
Namun demikian, Oliver tidak mengalihkan pandangannya daripada Jasmine. Dan tidak lam kemudian ada seorang anak perempuan kecil mendapatkan Oliver lalu bertanya..."nak tahu siapa yang kakak Jasmine sayang...rahsia ni!" dan kanak-kanak itu menyuruh Oliver membuka kotak tersebut....dan Oliver melihat mukanya sendiri didalam cermin. Budak perempuan itu tersenyum lebar dan Oliver pula melihat kearah Jasmine semula yang ketika itu sibuk mengemaskan buku-buku.
Nea dan Ivan sedang makan dan mereka berbual tentang Oliver. Ivan mengatakan yang sikap Oliver sudah berubah sekarang. Walau semasa mereka di States, Oliver tidak bercakap dengan abangnya. Nea hairan kenapa keadaan menjadi begitu....mereka sering ditemukan, adik Ivan adalah kawan baik Nea dan secara tidak langsung dia juga pernah menyintai adik Nea, hingga tiba hari seminar sepatutnya ayah Ivan yang datang tetapi Ivan pula yang mengambil alih, selepas itu Ivan menyelamatkannya....Jawab Ivan pada pertanyaan Nea adalah kerana dunia ini kecil. Tetapi Nea terus menyampuk...sekiranya dunia ini kecil sepatutnya sudah dapat ditangkap dan disiksa semua orang-orang jahat dalam dunia ini. Ivan agak terkejut dengan kata-kata Nea
Jasmine sudah hampir meninggalkan tempat kerja nya bila Oliver bertanya kemana dia mahu pergi. Jawab Jasmine masa untuk dia bakik. Oliver tidak membenarkan dia pulang dan menyuruh dia bekerja overtime kerana banyak yang perlu dilakukan. Jasmine terpaksa menurut perintah majikan dan terpaksa menyusun buku-buku. Tiba-tiba kotak yang ada berhampiran dengan Jasmine terjatuh dan Oliver pula berada disitu. Jasmine was out of balance dan secara tidak langsung Oliver dan Jasmine berpelukan dengan tidak sengaja dan mereka terhenti...
Ada unggun api dan party sudah bermula. Ivan melihat Nea bersendirian dan ahli-ahli mula bermain games. Ivan lebih suka memilih Nea sebagai teammate nya dan bila tiba part terakhir dia terpaksa mendukung Nea. Ahli-ahli lain mengusik mereka berdua..."kiss...kiss!!" Ivan cuma tersenyum tetapi Nea seperti takut sekali. Ivan akhirnya memberikan ciuman dipipi Nea. Kerana terkejut, Nea meminta Ivan menurunkannya.
Party masih diterukan dan Nea merasa sejuk. Ivan memberikan jacketnya kepada Nea. Sementara di kedai buku, Jasmine dan Oliver masih bekerja dan Oliver memberikannya kopi. Ivan pula memberikan Nea segelas ice tea dan bertanya samada dia ok atau tidak.
Zsa zsa melihat jasmine masih berada di kedai buku dan sudah tentunya dia merasa kurang senang dan dia memberi amaran kepada Jasmine yang dia tidak membenarkan Jasmine merampas Oliver. Jasmine tidak menjawab. Akhirnya zsa zsa menyuruh Oliver untuk pulang dan Oliver pula memesan kepada Jasmine supaya mengunci pintu dan dia harus berada disitu pagi-pagi kerana first shift dalam jadual waktu kerja Jasmine. (Memang Oliver sengaja nak menyiksa Jasmine kali ini)
Nea sudah tertidur di luar dan Ivan hanya memerhatikannya. Ivan cuba menghampiri Nea bila dia Nea mengigau seperti dia diperkosa dulu..."lepaskan aku..lepaskan aku!!" Ivan teringat juga peristiwa itu dan dia tidak tahu apa harus dia lakukan. Dia mengejutkan Nea tetapi dengan tiba-tiba Nea menumbuk Ivan lalu menjerit dan menangis..."kau dah hancurkan hidup ku!!" Ivan tidak dapat berbuat apa-apa... |
|
|
|
|
|
|
|
Tompang lalu...
aloo.. cuma nak tanya.. ada sesapa nak beli c'rita Nasaan Ka Man lakonan Echo, Claudine n Diet??
kalau nak.. pm kita ye.. okeh.. buhbye!! :bgrin: |
|
|
|
|
|
|
|
ok..thank you....walau pun aku tak tahu MV apa...tapi d/l/ gak.
Anyway..nak beritahu lah jugak......
Kalau bukak thread baru....
1. letaklah tajuk thread.....drama ke?...filem ke?
2. kalau dari drama...carilah drama dah dibukak ke belum?
3. kalau belum ada lagi...letaklah nama drama/movie...
4. kalau dah ada drama/movie, letaklah MV kat situ
5. kalau MV saje...letaklah kat thread MV.....selak2 kat belakang dah bukak
sebab masih lagi newbie....kita orang tutup mata sebelah.....dimaafkan..
tiba2 je kata hiii......ingatkan drama baru tajuknya... hii......:lol |
|
|
|
|
|
|
|
aku pun nak download gak... |
|
|
|
|
|
|
|
tq kini, sbb sudi kongsi mv kat sini, tapi... errk.. ada sesapa yg dah donlot ke....?? mv citer apa sbnrnya nie ?? |
|
|
|
|
|
|
|
korang tak buka ker link tu.....link utk episod cite soap opera filipina...bukan mv tu...rasa kinijee silap tekan butang tu... |
|
|
|
|
|
|
|
hiiii jugak untuk korang... lol lol:lol |
|
|
|
|
|
|
|
aik pikir kan thread apa tadi..:stp: |
|
|
|
|
|
|
|
hai kinijee....lama tak namopak kau...gi mana sibuk sangat ke...rumah nie pun dah sunyi...uhuhuh |
|
|
|
|
|
|
|
link tu untuk citer filipina ...citer ikaw ang lahat sa akin.... |
|
|
|
|
|
|
halfelven This user has been deleted
|

comeynya...:love::love::love::love::love: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by babyface76 at 18-09-2004 16:10:
hai kinijee....lama tak namopak kau...gi mana sibuk sangat ke...rumah nie pun dah sunyi...uhuhuh
alah aku x gi memana...cuma skang ni umah sewa aku dah ada streamyz.....nanti ler leh selalu aju meriahkan forum ni...rindui kat korang?yg lain mcm mana sihat ke?aku ok jer... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by halfelven at 29/3/1985 05:10 PM:

comeynya...:love::love::love::love::love:
makaseh...
muahhh...:bgrin:
 |
|
|
|
|
|
|
|
akum.....sori psl treat hii...2 mmg aku silap paste.aku ingatkan aku dah bukak wb ialsa dlm sori..sori pada sume ehh anna x de video br lagi ke?aku rasa citer 2 makin lama best le...yolanda musti ada agenda lain tp aku rasa nea dpt detect cuma yolanda x sejahat dan sebijak lady morgana dlm ktkh...rinda nak tgk ktkh sbb pagi2 aku ada klas.mana ada masa.kalo ada jual dvd naks gaks beli...sanggup jimat utk beli...worrlllddd... |
|
|
|
|
|
|
|
Wahh surprise jugak tgk thread baru nie...wonderful...Salute to moderator ok...anne tumpang happy aje |
|
|
|
|
|
|
| |
|