|
IASLA[DIET&ANGELIKA LATEST STORIES-(PAGE 197)]-~(PRE:TDDUP)
[Copy link]
|
|
miss you so much anne....hehheh
to anne's cousin,....thank you for everything...heheeh |
|
|
|
|
|
|
|
Episode 54 - Summary
Oliver tidak dapat menerima kenyataan yang Jasmine telah menolak cintanya dengan alasan yang kurang jelas. Oliver hampir hilang diri didalam biliknya sehinggakan ayahnya muncul semula dan apa yang mampu dibuat oleh Roden hanyalah menambahkan cemuhan dan hinaan terhadap anak bungsunya.
Nea tahu dia tidak akan dapat keadilan dalam kes nya tetapi dia bertekad itulah kali terakhir orang akan berbuat begitu padanya dan mulai dari saat itu tidak ada siapa akan berani memijak dirinya lagi.
Di hospital pula, doktor menasihati kedua-dua beradik Jasmine dan Hazel supaya membuat keputusan samada akan meneruskan life support system kepada ibu mereka atau tidak. Amat sukar bagi Jasmine menerimanya kerana walaupun Yolanda hanyalah ibu tirinya tetapi dia juga telah membesarkan Jasmine....Jasmine terpaksa keluar dari bilik dan menangis.
Oliver sudah menantikannya diluar bilik dan dia berkata yang dia akan meninggalkan negara untuk pergi keNew York. Oliver berjanji bahawa Jasmine lah gadis yang dia cintai sepanjang hayatnya. Hingga ke akhirnya Oliver masih merayu janganlah Jasmine membuatnya seperti begitu...iaitu menghindari dirinya. Oliver meminta Jasmine datang ke satu park pada 10 pagi. Sekiranya dia tidak datang bermakna memang betul Jasmine tidak menyintainya dan Oliver berjanji dia tidak akan berjumpa dengan Jasmine lagi sampai bila-bila pun dan dia juga tidak akan mengganggu hidup Jasmine lagi. Bila Oliver beredar dari situ, Jasmine hanya mampu menangis lagi...
Keesokan harinya, Oliver menantikan Jasmine di park bersama dengan sekumpulan bunga-bunga kecil dan satu kotak kecil berisi seutas rantai. Pendant nya ditulis "oli-jas". Sementara Oliver menantikan kekasih hatinya, Jasmine berada di hospital menguruskan ibunya dan adiknya yang sedang tidur. Jasmine asyik memerhatikan jam dan berfikir samada dia patut pergi ke tempat yang dijanjikan atau dia akan membiarkan saja Oliver pergi agar dia dapat menguruskan dirinya dan keluarganya. Oliver pula masih menaruh harapan yang tinggi yang Jasmine akan datang....dan dihospital Jasmine tidak senang duduk bila waktu hampir tiba....dan dia meninggalkan ibu dan adiknya sambil berlari keluar.
Tiba tepat pada masanya Jasmine masih tidak muncul lagi. Oliver terlalu kecewa dan terluka lalu menangis. Dia bangun dari tempat duduk dan terus meninggalkan bunga dan kotak kecil di atas bangku.
Oliver pulang ke rumah dan terus menangis dan didalam isakan nya dia merayu ibunya untuk membawanya pergi jauh dari Jasmine dan juga ayahnya...dua orang yang telah menyiksa hatinya. Ibunya berjanji akan menurut kemahuan Oliver.
Nea menziarahi kubur ibunya lagi. Dia memberitahu ibunya segala yang terbuku di hati..dalam tangisan dia mengadu yang dia tidak mendapat keadilan yang diinginkan dari pihak berkuasa. Nea berjanji diatas kubur ibunya yang dia akan membunuh lelaki yang melakukan perbuatan itu terhadapnya. Pada masa yang sama, Jasmine muncul di situ dan kedua-dua bersaudara berjumpa kembali.
Hari yang dinantikan tiba dan Oliver berserta ibunya akan bertolak ke New York. Oliver sudah berada didalam kereta dengan hati yang kosong, sementara ibunya keluar dari rumah sambil memerhatikan keadaan sekeliling dan dapat merasakan mereka akan mengambil masa yang lama untuk kembali. Sementara Roden tidak sedikit pun peduli anak isterinya keluar dari rumah itu.
Di tanah perkuburan, Jasmine masih menangis di hadapan kakaknya. Ketika itu dia rasa keseorangan tanpa dakapan dari orang yang dia sayangi. Nea masih tidak berkata apa-apa sehingga Jasmine berlutut dihadapannya dan memeluknya. Akhirnya Nea tidak mampu lagi memendam perasaan dan dia menarik adiknya untuk berdiri dan dia turut mengalirkan air mata. "Aku memilih untuk menjauhi kau sebab aku tahu walau apa kemarahan yang ada dalam hati ku aku masih tak sanggup melepaskan kau" Satu pelukan yang datang dari Nea menunjukkan dia telah memaafkan adiknya. Mereka berdakapan dengan erat sekali.
Nea: Aku teramat sayang pada kau Daisy....Kakak amat menyayangi kau....maafkan kakak...maafkan kakak... |
|
|
|
|
|
|
|
Oh my goshh what happened to this thread... nobody was here...hi guys..I'm back..kumusta ka? Any good news? |
|
|
|
|
|
|
|
Episode 55 - Summary
The Beginning of Book 2
Sejak Nea memaafkan adiknya, hubungan mereka sudah mulai rapat dan mereka tetap menziarahi kubur ibu mereka. Mereka berjanji akan menyayangi satu sama lain dan juga membantu serta menjaga satu sama lain. Mereka bersumpah tidak akan meninggalkan serta membelakangkan diri masing-masing....dan dari saat itu Nea dan Jasmine akan sehidup semati.....Mereka beredar dari situ dengan senyuman terukir dibibir....dan mulalah lembaran baru...
Nea sedang memarahi seorang pekerja...Segalanya tentang Nea sudah berubah, kecantikannya, cara dia berpakaian, dia adalah seorang berkerjaya dengan mempunyai sebuah restaurant. Tiba-tiba datang seorang lagi pekerja lalu menumbuk kawan sekerjanya dan menyebabkan keadaan yang huru hara sebentar di restaurant...Nea meleraikan pergaduhan itu.
Di lobby pejabat Company Ynares, Roden selaku pengerusi kompeni sedang berdiri memerhatikan keadaan diluar yang sedang kecoh dengan para pekerjanya yang sedang mogok. Mereka memekik "Kami tak tahan lagi dengan janji-janji palsu!...kami mahu aksi...cukuplah dengan sikap kamu yang seperti budak-budak!!!" Ada dua orang yang bercakap..."Kami lebih suka dengan Sir Ivan....dia dengar masalah kami...sejak Sir Ivan pergi ke Amerika, semuanya jadi tak tentu arah!!!" Roden masih didalam mendengar keluhan dan jeritan pekerja-pekerjanya. Nea memarahi pekerjanya yang memelukan pergaduhan tadi. Dia merayu untuk dilepaskan tetapi Nea tidak peduli, katanya sepatutnya dia berfikir dulu sebelum membuat segala kekecohan tadi dan dia terus dibuang kerja oleh Nea.
Begitu juga dengan keadaan di Company Ynares, banyak masalah yang perlu diuruskan dan dihadapi oleh mereka. Roden mengarahkan seorang guard untuk membawa keretanya ke belakang bangunan dan dia akan ikut pintu belakang untuk keluar. Tiba-tiba Roden terjatuh kerana diserang penyakit jantung.
Jasmine pula sedang berjalan didalam kota dan seperti ada yang dicarinya. Sekarang dia sudah berubah menjadi seorang anak gadis yang jelita.
Nea masih berleter. Sekarang dia meleteri seorang pekerja supaya mencuci pinggan mangkuk dengan bersih...perkara yang mudah pun tidak dapat dibuat. Muncul Yolanda dengan kerusi rodanya dan Nea menengking "Oh Kau! naper sekarang baru muncul?!" Yolanda lewat sampai lagi. Jawab Yolanda dia terpaksa menunggu driver dan meminta maaf dan berjanji esok dia tidak akan lewat lagi. Nea pula menyindir .. "kau jangan masuk ke dapur, nanti hidung kau akan cair" Mereka akan mula waktu dinner dan dia menyuruh Yolanda pergi ke safe (could be the front counter for cashiering)jangan berlengah-lengah...dan Nea lalu keluar dari dapur. Yolanda menjeling.
Roden sedang terlantar di hospital dengan keadaan yang tidak stabil. Susana menelefon Ivan dan meminta anaknya untuk pulang supaya dapat melihat keadaan ayahnya.
Hazel pun tiba di restaurant dan terus ke dapur untuk mencuci pinggan mangkuk. Nea pun keluar dan memanggil nama Hazel tetapi tidak didengarinya kerana memakai earphone. Nea bertanya kalau Jasmine ada menghantar pesan sms...Hazel tidak pula melawan kata-kata Nea...dia cuma menjawab...ya Ate, tidak Ate. Tiap-tiap malam Nea selalu bimbang tentang adiknya.
Tidak lama selepas itu Jasmine tiba dan memberi ciuman di pipi pada kakak nya. Sebab orang yang sepatunya interview Jasmine untuk pekerjaan tidak muncul, lagi pun sekarang susah untuk mendapatkan kerja. Nea mengambil barang-barang yang dibawa oleh Jasmine dan menyediakan adiknya makanan. Jasmine menanyakan khabar pada adik Hazel nya dan cuba membantu adiknya mencuci pinggan mangkuk. Tetapi Hazel tidak membenarkan kerana takut dimarahi oleh Nea. Bila Nea muncul semula, memang benar dia sudah berleter semula kerana boleh merosakkan tangan Jasmine. Jasmine tak kisah tetapi Nea berkeras mengatakan yang dia sudah letih mencari pekerjaan sepanjang hari dan biarlah hazel sendirian mencuci pinggan mangkuk itu. Lagipun kata Hazel dia mampu membuatnya sendiri. Jadi Nea dan Jasmine terus masuk kedalam dan menyambung cerita mereka sedangkan Hazel ditinggalkan sendirian dengan perasaan yang sedih sekali. Nea masih meleteri Hazel. Jasmine dan Yolanda ada disitu dan berpandangan dan hanya mampu memerhatikan mereka....
Nea: Asyik berjalan jer..sekarang yuran sekolah sudah naik dan terus buat tak endah ...sekarang pulak tak dapat masuk dalam scholarship program...sebab tak belajar.
Hazel: Grades saya tinggi tapi average untuk dapatkan scholarship dinaikkan.
Nea: Habis kenapa Jasmine boleh graduate dengan scholarship...kau beruntung sebab aku dapat menyekolahkan kau...aku tak merasa semua ni dulu.
Jasmine cuba defend Hazel dan berkata, Hazel telah belajar dengan baik tetapi mata pelajaran itu memang susah
Sekarang Nea berleter tentang hasil restaurant...dia tak tahu mana pergi wang tu semua kerana dia tidak dapat balance dan ditambah pula dengan masalah spending lagi. Jasmine menasihati Hazel supaya berkerja keras dalam pelajarannya kerana mereka tahu yang Nea keletihan kerana mencari nafkah untuk mereka. Nea menambah dengan sinisnya yang dia hampir mati bekerja untuk menyuap kelauarga ini. Kalau tidak kerana dia meminjam duit Vonnie dari Jepun, belum tentu lagi mereka dapat bangun. Ayah mereka tidak meninggalkan apa-apa. Yolanda pula bayaran hospitalnya sungguh tinggi sekali dan banyak pulak hutang dengan orang lain. Yolanda hanya mampu mendengar tetapi tidak berkata apa-apa. Kalau dibiarkan mereka, tak ada apa yang mereka boleh buat, tambah Nea lagi.
Didalam bilik, Yolanda dan hazel berbual sambil hazil mengurut kaki ibunya. Hazel mengadu yang dia cuma buat silap sikit, Nea sudah memarahinya. Yolanda berjanji dia akan mengembalikan kehidupan mereka yang dulu dan mereka akan pergi dari situ. Dan mereka akan meninggalkan Nea dan Jasmine kerana tidak ada perkara yang lebih penting bagi Jasmine kalau tidak kakak Nea nya. Walau pun Jasmine lupa yang Yolanda telah
membersarkannya.. tak mengapa yang penting mereka berdua masih dapat bersama (Yolanda-Hazel)
Tetapi kata Hazel, dia amat menyayangi Kakak Jasmine nya... "itu dulu" kata Yolanda... "sekarang Nea saja yang penting dalam hidupnya..dia cuma buat observation saja...jangan percaya pada dia." Kemudian Yolanda mengeluarkan wang dan diberi kepada Hazel. Jumlah nya agak banyak juga dan bila ditanya dimana dia mendapatkan wang sejumlah itu, Yolanda menjawab yang dia mengumpul duit itu dan dia mahu Hazel membeli segala apa yang dia mahu supaya dia gembira.
Nea bermimpi seperti dia diperkosa lagi dan dia terus menjerit..."jangan...jangan" lalu terjaga. Jasmine terus mendapatkan Nea dan bertanya kalau kakak dia ok. Dan kalau Nea mahu dia boleh tidur disebelah kakaknya. Tetapi Nea menolak dan dia menyuruh Jasmine balik semula ke bilik nya. Rupanya Nea masih dihantui peristiwa silam dan dia menangis.
Jasmine telah masuk kedalam library...perasaan nya cukup berbeza sekali, dia begitu riang sekali.
Sebuah kapalterbang sudah mendarat...Oliver yang sampai tetapi dia seakan bersedih....tiba-tiba "Now Oliver you're back...you're finally back"
Jasmine sedang membaca buku dan dia terpandang kanak-kanak sedang mewarnakan buku dan dia gembira melihat mereka.
Oliver berada diluar sekarang menunggu orang yang menjemputnya dan ada orang keluar dari kereta..seorang gadis (ingat lagi pada zsa-zsa teman sekolah mereka dulu?) dia tersenyum menghampiri Oliver dan Oliver juga tersenyum melihatnya dan tidak lama kemudian dia memberikan Oliver ciuman dibibir.... |
|
|
|
|
|
|
|
anne...miss you so much...heheh mana tak de org...aku cuti hari jumaat lepas sampai semalam....sian thread nie sunyi sepi.....heheh
camaana percutian anne kat england ye...best tak??
ada souvinier tak tuk aku...heheeh
tak tahu yg lain gi mana...heheh |
|
|
|
|
|
|
|
Trip to londong bolehlah...1 day aje kat sana..X da yg menarik sgt la baby..Dah le nilai pound tinggi.....ponek dok atas flight ada le...sehari suntuk sampai naik kematu punggung nie ha...Kalau kedai yg branded tue byk le tp x tergamak nak berbelanja...t-shirt2 kat megastore nye pun x byk yg menarik hati..he..he...we all merayau merata megastore just nak cari dvd filipina tp hampeh satu pun x da...Maybe kat sana tak jual kot...Kat USA byk le..lagipun skarang nie bandar tue tgh kotor giler...Cuma yg bezanya angin sana aje la kan...Apa2 pun best lagi m'sia..We all banyak habiskan masa kat southampton coz my cousin kan sibuk ngan graduation daynye...And pasal sourvenir, nanti anne check ngan cousin anne coz anne kirim sama dia aje..Semua benda ada dgn diorang...anne x da masa coz sibuk dgn benda lain...Anyway seronok masuk thread nie semula |
|
|
|
|
|
|
|
Episode 56 - Summary
Zsa zsa masih memberikan satu ciuman dibibir kepada Oliver dan seperti orang yang lurus bertanya "What's that for?" "Just a welcome kiss" jawab zsa zsa dan berkata dia merindui Oliver dan mengajak Oliver pulang kerana nampak dia keletihan.
Jasmine berada didalam sebuah kedai buku rupanya dan bila dia ternampak seorang kanak-kanak perempuan bersendirian, Jasmine mengajaknya untuk membaca buku cerita. Jadi dia duduk bersama dan membaca cerita cinderella. Tidak lama selepas itu seorang demi seorang kanak-kanak yang ada mula mendekatkan diri mereka untuk mendengar cerita dari Jasmine.
Nea, Jasmine, Hazel dan Yolanda duduk bersama untuk makan malam di restaurant Nea. Jasmine menceritakan tentang keindahan kedai buku yang dimasuki nya tadi. Ada pernah sekali dia bersama dengan Hazel dan Hazel berkata yang Jasmine patut memohon kerja disitu tetapi ketika itu tidak ada kekosongan, jadi jasmine cuma meninggalkan resume saja pada mereka. Tetapi katanya kedai itu seperti (almost exactly) seperti yang dibuat dalam feasibility study semasa di sekolah. Cuma coffee disitu bukan percuma kecuali kalau pengunjung membeli barang disitu. Nea pula menyampuk mungkin mereka mengambil idea Jasmine dan dia boleh menyaman orang itu....sekurang-kurangnya dia boleh mendapat wang.. Tetapi Jasmine menyangkal dakwaan Nea dengan berkata mungkin orang itu cuma mempunyai idea yang sama seperti Jasmine. Nea pula menegur Hazel untuk mengunyah makanan dengan betul takut nanti makanan tidak hadam. Teguran itu tidak disenangi oleh Yolanda.
Oliver dan zsa zsa berada di hotel. Oliver sempat bercakap dengan ibunya dan memberitahu Susana yang dia mahu tinggal dihotel buat sementara waktu kerana dia mahu bersendirian. Ibunya cuba memujuk kerana rumah mereka besar tetapi kenapa Oliver tidak mahu pulang ke rumah. Dia juga bertanya jika anak nya itu akan singgah melawat ayahnya yang sedang sakit. Oliver menjawab yang dia pulang ke tanah air kerana hendak menguruskan business nya bukan untuk ayahnya...Sedih Susana mengengar kata-kata dari anaknya. Oliver berjanji dia akan menelefon ibunya semula kerana dia perlu berehat setelah lama dalam perjalanan tadi dan agak keletihan.
Ivan sedang memandu bila cellphone nya berdering. Karri ditalian untuk bertanya khabar. Ivan baru tiba dan bertanya bile Karri akan menyusul, jawab karri setelah dia selesaikan segala kerjanya. Ivan melawat ayahnya dihospital. Bangga sekali Roden melihat anak sulongnya datang. Ivan berharap ayahnya cepat sembuh...sudah tentu lah bersemangat si ayah bila anak kesayangannya muncul.
Kemudian Oliver pula masuk kedalam bilik dan keadaan riang terus bertukar bila Roden dengan cepatnya terus berkata...dia semestinya akan balik kepada company nya yang dah hampir mati kerana sudah tentu dia dapat mengatasi segala masalah...dan lagi kerana anak yang paling dipercayai nya sudah kembali...jadi tidak ada apa yang perlu dikhuatiri (sambil camera cuma fokus kepada Ivan) Sambil Roden bercakap, Oliver hanya mendiamkan diri dan menarik nafas panjang....(dalam hatinya ayahnya masih berubah!)
Kedua-dua beradik Ivan dan Oliver berjalan keluar bersama dari bilik ayah mereka. Ivan bertanya pada adiknya kenapa dia perlu pergi dengan segera padahal dia baru saja sampai. Jawab Oliver, dia cuma mahu berjumpa dengan ibu mereka saja. Ivan juga dapat tahu yang Oliver tidak mahu pulang kerumah lagi. Oliver dengan segera menjawab yang dia sudah biasa bersendirian. Ivan tidak dapat berbuat apa-apa...kalau boleh dia mahu adiknya tinggal dirumah kerana mereka sudah lama tidak berjumpa dan banyak perkara yang mereka perlu cakapkan. Oliver seperti tidak berminat dan dia menyatakan pada Ivan yang mungkin abangnya akan bosan mendengar cerita darinya...dan dia terus meninggalkan Ivan disitu.
Hmmm...kedai buku yang dilawati oleh Jasmine tempoh hari adalah kepunyaan Oliver dan Zsa Zsa. Mereka berdua berjumpa disitu. zsa zsa gembira dengan keadaan dalam kedai itu. Tetapi Oliver masih belum berpuas hati lagi. Dia memberitahu zsa zsa yang dia mengenali seseorang yang amat teliti dengan details dan banyak benda perlu diubahsuai, perlu ditambah (sambil Oliver berjalan-jalan) muncul secretary Oliver dan menyerahkan folders mengandungi para applicants yang memohon kerja di kedai itu. Tiba-tiba Zsa Zsa ternampak resume dari Jasmine Fontanilla dan air mukanya berubah dan bertanya pada secretary bila Jasmine datang mengisi borang kerja sambil menjeling kepada Oliver dari jauh.
Resume dari Jasmine dibuang kedalam bakul sampah oleh zsa zsa dan Oliver ternampak akan perbuatannya sambil bertanya apa yang dibuang itu...jawab zsa zsa dengan segera.."sampah". Tidak lama selepas itu kawan baik zsa zsa muncul (Daphne) dan kerana Oliver sudah berada disitu mereka perlu memulakan meeting. Tanya Daphne apa yang perlu dibincangkan. Jawab Zsa Zsa..."applications" dan mereka perlu mencari seseorang untuk diambil bekerja.
Jasmine meminta kakak Nea mengambilnya bekerja di restaurant saja. Sekurang-kurangnya dia boleh membantu. Tetapi Nea tidak benarkan kerana mereka perlu mempunyai dunia tersendiri. Jasmine segan kerana sudah 2 bulan dia masih belum dapat kerja lagi. Nea memujuk yang tidak ada perlu untuk disegani oleh adiknya kerana dia cuma baby sister dan Nea masih kakak yang lebih tua. Dia mahu Jasmine supaya jangan berputus asa untuk mencari kerja dan dia sendiri mahu bekerja keras dengan business yang ada ini. Mereka berdakapan dan dari kejauhan Yolanda memerhatikan mereka dengan iri sekali.
Di hospital, Roden tidak senang hati dan bertanya pada isterinya samada Ivan sudah berada di office atau tidak. Susana menyuruhnya berehat saja dalam keadaannya itu dan jangan fikirkan hal pejabat. Tetapi dia tetap dengan perangai lamanya yang mahu Ivan mengikut segala kemahuannya dan padanya Ivan mesti membantunya di Company..
Nea telah register untuk satu kursus keushawanan. Staff disitu meyakinkan Nea yang sudah tentu Nea akan menjadi kaya dengan program seperti itu. Semasa dia keluar dari tempat itu, ada seorang lelaki terlanggar Nea dan seperti mimpi ngeri Nea teringat peritiwa silamnya dan menjadi takut.
Para pekerja masih meneruskan piket mereka. Baru Ivan dapat melihat keadaan sebenar Company yang ditinggalkannya buat sementara waktu. Dia melihat keluar dan dia seperti terbayangkan Nea sedang menghulurkan makanan kepada pekerja yang sedang berada diluar itu. Ada seorang pekerja masuk kedalam bangunan dan Ivan menyangkakan Nea. Tiba-tiba dia terus menjadi takut dan tidak tahu apa yang harus dilakukannya...sehingga secretary nya sendiri dia sangkakan nea juga. Ivan lari ke bilik air dan melihat dirinya sendiri dalam cermin lalu menangis lagi.
Jasmine berada dalam kedai buku itu semula. Wajahnya riang dan tiba-tiba dia mengeluarkan pink note lalu menulis diatasnya... "Kau tahu, kalau boleh aku mahu bekerja disini...satu hari aku akan membuka satu kedai buku seperti ini...kalau boleh...kalau boleh kau dapat membaca semua ini...asalkan kau bahagia ok saja"
Ada seseorang telah menghantar daging ke restaurant dan bercakap dengan Yolanda. Yolanda ada niat yang tidak baik. Dia mahu daging itu dibasahkan supaya berat nya akan bertambah...
Di kedai buku, Oliver seperti bimbang. Zsa Zsa menghampirinya tetapi Oliver bangun seakan-akan cuba menjauhi Zsa Zsa. Dia perasan yang Oliver seperti tidak gembira dengan apa yang telah dilakukan selama ini. Sebenarnya Oliver gembira dan berterima kasih kepada keluarga Zsa zsa yang ditemui semasa di States. Mereka yang banyak membantu untuk mendirikan kedai itu dan kalau tidak kerana mereka juga, dia tidak tahu dimana dia akan berada sekarang.
Nea memarahi kesemua pekerjanya dan bercakap dengan mereka kenapa duit didalam safe (register) sikit. Jawab seorang waiter, tadi ramai pelanggan dan Yolanda menjawab dengan pantas, memang ramai tapi yang order makanan sedikit jer. Nea memarahi lagi dan mengatakan mungkin pelanggan tidak lalu makan kerana melihat muka mereka yang masam. Mulai dari saat itu dia mahu semua benda yang di beli, di order, di masak dicatit supaya dia sendiri akan cek.
Nea sudah keluar dan tiba-tiba ada dua lelaki menghampirinya dan memegangnya lalu menolak Nea. Dia terduduk takut. Dan mujur Ivan baru park keretanya dan dengan segera menghampiri Nea dan terus menumbuk kedua-dua lelaki tersebut. Mereka sempat melarikan diri. Memang Ivan berlawan dengan bersungguh-sungguh dan bila dia menghampiri Nea untuk bertanya keadaan nya....Nea mendongakkan kepalanya dan baru lah Ivan sedar siapa yang dia tolong tadi....iaitu Nea. |
|
|
|
|
|
|
|
wahh bestnya anne merantau tempat org...tapi yg pastinya best lagi kat m'sia kan...hehehe
susah tak nak cari makanan halal kat sana....
sorrylah aku susah sikit nak masuk cari lanie sebab tempat duk aku dekat ngan boss...hehe lagi satu cari kadang2 tu susah nak masuk....
apa2 pun thanks arr anne sebab tolong masukkan citer kat sini...mana yg lelain ye?? |
|
|
|
|
|
|
|
sian thread nie dah masuk page 2...aku lak tak boleh nak masuk web iasla...ngan web diet yg lain tak tahu kenapa....
harap2 ada yg baik hati masukkan sinopsis dan recap |
|
|
|
|
|
|
|
nasib baik kau ada anne...kalau tidak tak tahu apa ending citer nie..aku pun tak tahu kenapa tak boleh masuk lain2 website tuk diet..kena block dah |
|
|
|
|
|
|
| |
|