|
IASLA[DIET&ANGELIKA LATEST STORIES-(PAGE 197)]-~(PRE:TDDUP)
[Copy link]
|
|
Episode 47 - Summary
"BINATANG!!! Ivan tidak dapat mengelak lagi bila mendengar Nea mengeluarkan perkataan tersebut. Nea bergerak ke arah Ivan dan dengan cepatnya dia melarikan diri. Rupanya Ivan tidak melihat yang ayah Nea yang dikejar oleh Nea.
Jasmine menerangkan pada Hazel kenapa dia harus pergi ke upacara pengkebumian Elena. Hazel khuatir Nea akan bertindak ganas sekiranya dia bertegas untuk pergi. Banyak persoalan yang perlu Jasmine tahu dan sekurang-kurangnya dia mungkin menemukan jawapannya disitu. Yolanda terdengar perbualan anak-anak dia dan begitu marah sekali apabila dia berdepan dengan mereka.
Nea tidak dapat menahan rasa marahnya terhadap Larry dan terpaksa dihalang oleh Oliver. Ayahnya terpaksa meninggalkan Nea kerana dia tidak mahu mengusutkan lagi keadaan. Sambil Larry beredar, Nea sempat melontarkan kata-kata marahnya....
Nea: KAU DAN ISTERIKAU AKAN BAYAR...TERMASUK JASMINE DAN ANAK KAU....!!!
Yolanda tidak membenarkan Jasmine pergi ke funeral ibu kandungnya. Dia memukul Jasmine dengan teruk sekali dan dikurung didalam bilik supaya dia tidak dapat keluar. Semasa di tanah perkuburan Oliver asyik melihat sekeliling sekiranya Jasmine sudah tiba atau belum. Sehingga lah selesai upacara dan Jasmine masih tidak muncul lagi.
Setibanya Ivan di rumah, ayah nya terus bertanyakan tentang kes rogol yang berlaku di beach resort. Ivan terlalu panic dan terus ke bilik nya dan mengemas beg pakaiannya. Kedua ibu bapanya dan juga Karri cuba untuk bercakap dengan Ivan dan bertanyakan masalah yang dihadapinya. Mereka menyangka yang Ivan sudah "burn out" dengan kerja dan dia memerlukan rehat untuk beberapa bulan tetapi Roden menasihati anaknya supa balik cepat kerana dia diperlukan untuk menjalankan business keluarga.
Bukan kerana Karri tidak suka kata-kata ayah Ivan, tetapi dia tidak mahu perkara lain terjadi pada Ivan dan Karri berkata yang dia akan tinggalkan segalanya buat seketika di Philippines dan akan menemani Ivan di Amerika. Mereka akan pergi kesana hinggalah Ivan pulih sepenuhnya.
Baru sekarang Larry begitu marah terhadap Yolanda dan apa dia telah lakukan terhadap Jasmine. Larry mengambil kunci dan membuka pintu bilik dimana Jasmine dikurung dan bila dia membuka pintu bilik, Jasmine sedang menangis disatu sudut dan muka yang penuh dengan lebam. Larry meminta maaf diatas segalanya dan memeluk anaknya.
Nea melihat gambar adiknya dan kerana perasaan marah yang masih membendung hatinya, Nea mengoyakkan gambar itu. Dia juga mengambil jacket Jasmine yang disimpan dahulu dan dikoyakkan juga ... Oliver bimbang dengan keadaan Nea dan dia berkata kepada Vonnie bukan Nea yang dulu yang dilihatnya sekarang. Nea sekarang penuh dengan kemarahan dan dia bertanya kenapa...Nea terlihat baju merah yang dipakainya ketika kejadian menyayat hati berlaku. Akhirnya dia tidak dapat lagi menyimpan perasaannya dan terus menangis dan menjerit sambil mengoyakkan baju merah itu.
Vonnie dan beberapa penyewa di rumah tumpangan bimbang akan Nea dan mereka terpaksa masuk kedalam bilik Nea. Bila pintu bilik itu dibuka, Nea sedang duduk di ceruk katil dan sekelilingnya penuh dengan pakaian dan gambar yang sudah koyakkan dan dirosakkan. Vonnie menghampiri kawan baiknya dan memeluk Nea.
Larry dan Yolanda akhirnya bergaduh kerana apa yang dilakukannya terhadap Jasmine. Yolanda masih bersikap cemburu dan dia tidak dapat fikirkan yang Larry telah pergi ke tanah perkuburan bekas isterinya. Mereka juga mengukit siapa yang banyak berkorban demi keluarga mereka dan Larry berkata yang dia lebih banyak berkorban kerana dia telah meninggalkan keluarganya kerana Yolanda.
Larry: HIDUP ANAK ISTERI KU YANG ROSAK KERANA AKU TERPAKSA MENYAYANGI KAU.
Yolanda hanya terdiam dengan kenyataan itu.
Oliver masuk ke bilik abangnya.
oliver: Abang nak pergi?
Ivan bertanya pada Oliver jika Oliver masih marah terhadap dia. Mereka tertawa mengenangkan perkara yang berlaku diantara mereka. Pada Oliver, Ivan tetap menjadi idola nya. Tetapi banyak perkara yang dikatakan oleh Ivan yang dia tidak sepatutnya disanjung. Oliver agak keliru kenapa Ivan berkata begitu.
Oliver: apa yang abang cakapkan ni?
Ivan: kalau aku dalam kesusahan...kau sanggup defend aku?
oliver: ya sudah tentu...kita adik beradik..
Ivan : maaf kan aku atas segala yang aku lakukan terhadap kau....sorry for everything..
dan Ivan memeluk adiknya. Oliver masih tertanya-tanya apa yang telah terjadi dengan abangnya semasa mereka berdakapan.
Larry menangis dihadapan kubur bekas isterinya. Dia asyik memanggil nama Elena sambil menangis. Tiba-tiba ada tangan memegang bahunya. Bila dia menoleh dia melihat Jasmine dan Larry tidak dapat berbuat apa-apa.
Jamine bersemuka dengan ayahnya ..
Jasmine: AYAH TOLONG JAWAB PERTANYAAN SAYA...DIA KAKAK SAYA? JAWAB DENGAN JUJUR...DIA KAKAK SAYA?
Larry: ya...ya...Nea adalah kakak kau...
dan akhirnya Jasmine dapat mengenali siapa dirinya yang sebenar. |
|
|
|
|
|
|
cikjenah This user has been deleted
|
sedihnyer ... hai baby ! ... haah dah lama tak borak kan ?.... kesian sangat ngan jasmine! |
|
|
|
|
|
|
|
aduhai siannya ngan nea...banyak betul penderitaan yg dia kena tanggung....
hai michily... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by cikjenah at 20-7-2005 12:16 PM:
sedihnyer ... hai baby ! ... haah dah lama tak borak kan ?.... kesian sangat ngan jasmine!
:ah::ah:Sodih giler...isk  
:lebai:WORLDDDD....selamat menjamu selera t'hari hehehe...
:dia:Esok insya allah Hana ade minor operation resdung kat spital HKL...maybe nak mintak MC terus kot hehehe.....moga2 sukses...
:hug:MIZZ YA ALL |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by c-mei at 20-7-2005 01:21 PM:
hi hana..ala sori la dulu aku ader full sinopsis tuk citer nie tapi sejak akunyer pc tue tiba2 rosak terpkasa install baru so semua data hilang termasuk sinopsis full house tue...tapi nanti a ...
:dia:c-mEI..takpo lah coz Kuanne dah sudi nak tolong Hana..apa2 pun iro2 arigato...
:pompom:Yezzer vote lagu PUPUS sabtu ni
:lebai:WORLD ROMEO |
|
|
|
|
|
|
|
wish u success with the operation Hana..:ah: |
|
|
|
|
|
|
|
hana semoga berjaya.....heheheh
yahoo meh kita ramai2 undi mawi worldddddddd.....hehehe nasib baik yg ada kat sini sama2 minat mawi....hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
mestri jasmine menyesal maknya dah mati dan nea pun dah sakit hati ngan dia...heheeh....
dulu masa nea kata kat dia...tak percaya sekarang kiranya dah terlambatkan... |
|
|
|
|
|
|
cikjenah This user has been deleted
|
haah padan ngan muke dia ... keras kepala sangat ! |
|
|
|
|
|
|
cikjenah This user has been deleted
|
Originally posted by Hana_Hirokawa at 20-7-2005 12:29 PM:
:ah::ah:Sodih giler...isk  
:lebai:WORLDDDD....selamat menjamu selera t'hari hehehe...
:dia:Esok insya allah Hana ade minor operation resdung kat spital HKL...maybe nak mintak MC terus ...
moga sukses hendaknyer K... |
|
|
|
|
|
|
|
iyalah cikjenah...hari tu merayu2 si nea kat jasmin,...berlagak tak mau dengar..sekarang menyesal pun tak bergunakan...heheeh |
|
|
|
|
|
|
|
Maraming Salamat
:tq:Tq's kengkawan..insya allah just minor operation aje...:hug::hug:beshnye kalau kita sume leh wat gathering satu ari nanti..yg hana dah jumpa si KuAnne yg manja aja...yg lain lum agiks..hehehe...wokehlah harap2 nasib si JAsmin n Nea tu lebih baik pas ni..eeee geram tgk YOLANDA:devil: ...hrhehhehehe emotional plak...
:pompom:Ganbatten...ja' mata kondo minna...
:lebai:WORLD...... |
|
|
|
|
|
|
|
ha hana...camana boleh jumpa anne...ohh tak beritahu ye./...heheeh |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by babyface76 at 20-7-2005 06:05 PM:
ha hana...camana boleh jumpa anne...ohh tak beritahu ye./...heheeh
lolTakkan kita org dating pun nak kasi tau alah awal bulan aritu jumpa kat mC'D jalan pahang ni...tu pun jumpa sebab dia cuti lak ari sabtu dan opis dia pun dekat gak ngan opis Hana..hehehe....mula2 malu gaks aaa nak jumpa lama2 cam dah lama kenal lak...isk kalau jumpa ramai2 ngan korang sure tak dpt digambarkan betapa havocnye maklum ler bukan drama filipina aje kita layan, korea, jepun dan segala2 pun layan...banyak aaa topik keh keh keh... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Hana_Hirokawa at 21-7-2005 07:09 AM:
lolTakkan kita org dating pun nak kasi tau alah awal bulan aritu jumpa kat mC'D jalan pahang ni...tu pun jumpa sebab dia cuti lak ari sabtu dan opis dia pun dekat gak ngan opis Hana..heheh ...
oh gitu ye...jln pahang tu kat mana...heheeh nak tahu gak...aku nie bukannya tahu sangat |
|
|
|
|
|
|
| |
|