|
BERmesra sambil BERkuiz V9 (SP : RATED 31/12/2008)
[Copy link]
|
|
SOALAN 07
a. kacang
b. bagai kacang lupakan kulit
c. Kacang Tanah Goreng Pedas
Kiriman: SHR, Brunei
Sumber: mama
Hits: 386 Rating: 0.00 Review: 0 | | Bahan-Bahan: | 1 kg kacang tanah (goreng awal)
3 ulas bwg merah (kisar)
3 ulas bwg putih (kisar)
3 sudu besar cili kisar
4 sudu besar gula
garam
ajinomoto
2 sudu besar sos cili maggi
2 sudu besar minyak
2 sudu besar ikan bilis kering (goreng awal)
| | Cara: | panaskan minyak. tumis bwg merah dan putih sehingga keluar minyak.kemudian tumiskan lada dan masukkan gula. kacau sehingga keluar minyak dan kental kerana gula. jika kurang kental tambah sedikit gula lagi. kemudian masukkan kacang goreng gaul rata lagi dan masukkan ikan bilis dan sos cili. gaul dan akhir sekali masukkan bahan perasa garam dan ajinomoto. | Cadangan Hidangan: | toskan minyak dan sejukkan kacang sebelum di masukkan kedalam bekas kedap udara. |
|
|
|
|
|
|
|
|
MOWNING ALL... |
|
|
|
|
|
|
|
7.a. muka lembu
b. Lembu punya susu, sapi dapat nama
Menjaga anak perempuan lebih susah drpd menjaga lembu sekandang
c. Daging Masak Merah
Bahan-Bahan:
300 gm daging lembu
2 biji bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang putih (dititik)
125 gm sos tomato
4 sudu besar cili kering (dikisar) Sedikit kicap cair
Garam secukup rasa
Sedikit air
Minyak untuk menumis
Cara:
Rebus daging dengan ditambah sedikit pewarna merah sehingga empuk. Potong daging lebih kurang sebesar 5 cm. Panasakan minyak & tumis bawang putih sehingga naik baunya. Masukkan cili kering. Tumis sehingga pecah minyak. Masukkan sos tomato & daging yang telah dipotong tadi bersama sedikit air. Tambahkan sedikit garam & kicap cair. Masak sehingga kuah agak kering barulah dimasukkan pula hirisan bawang besar. Kacau seketika & angkat. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kupu2siang at 12/11/08 08:25 AM 
mowninggggg....
amboiii..pg2 dh bertandang ke umah org haa |
|
|
|
|
|
|
|
7.a. muka kambing
b. Masuk kandang kambing mengembik, masuk kandang kerbau menguak
Kambing hitam
c. Daging Kambing Panggang
Bahan-Bahan:
700 gm daging kambing (buang lemak)
5 gm daun herba Rosemary segar
20 gm mentega herba
20 gm mentega bawang putih 20 gm bawang merah (dicincang)
5 gm garam
5 gm serbuk lada hitam
20 ml minyak zaitun
Cara:
Panaskan ketuhar selama 10 minit pada suhu 450'C. Satukan semua bahan di atas kemudian gaulkan pada daging. Susun di atas rak besi & panggang selama 25 minit. Pastikan daging diterbalikkan selepas 15 minit.
Review: |
|
|
|
|
|
|
|
7. a) telur
b) ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
c) oleh: hanis tat telur hanis@myresipi.com
mudah aje
Created on : 21-06-2006
Print
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Bahan-bahan ( 30 keping )
PASTRY
200g butter
80g gula aising
360g superfine flour
1biji telur
1/2 sudu kecil esen vanila
FILLING :
1 cawan susu cair
4 biji telur
1 cawan gula
1 cawan air
1 sudu besar tepung kastard
1/2 sudu kecil esen vanila
pewarna kuning
Cara-cara Pukul butter dan gula sampai kembang.
Masukkan telur sedikit demi sedikit.
Masukkan tepung sampai jadi doh.
Ratakan setebal 1/2 cm dan terap dalam acuan.
Cucuk dengan garfu supaya tidak kembung. Dan bakar selama 10min pada suhu 180.
Keluarkan dan masukkan filling. Bakar lagi 10 min.
Untuk filling. Campurkan semua bahan dan gaul hingga sebati. |
|
|
|
|
|
|
|
7. a) susu
b) kerana nila setitik rosak susu sebelanga
c) Susu Badam
Kiriman: bernHS
Hits: 24 Rating: 0.00 Review: 0 Email this Recipe Print this Recipe
Bahan-Bahan:
5 biji badam
2 sudu susu tepung/ ikut citarasa
1 sudu gula putih/ ikut citarasa
Cara:
Buah badam direndam selama 1 - 2 jam.
Kisar buah badam dengan sedikit air dan tapis. Bancuh susu tepung dengan segelas air dan campur badam yang telah dikisar. Tambahkan gula ikut citarasa anda.
Tambahan:
Jika diamalkan minuman ini baik untuk lelaki. |
|
|
|
|
|
|
|
habaq la mas....  |
|
|
|
|
|
|
| |
|