CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: ajinomotonosuga

Sistem Kasta (merged: Sinbad^boy)

[Copy link]
Post time 25-11-2004 08:31 PM | Show all posts

KASTA

I just dont Understand why in hindu they practice kasta and why?? hope that i got some info frm our hindu fellows? thanks
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2004 09:08 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2005 02:22 AM | Show all posts
Sblm aapa2....nak mintak maaf kalau soalan ni sakitkan hati siapa2...

macam...kat negara india....IYER...CHETTIAR...tu antara kasta tertinggi....paraci yg paling rendah...macam mana diorg nak kelaskan?Mmm....Kalau kasta tinggi tidak boleh kawin dgn kasta rendah....apa bezanya???semua manusia jugak kan???Pengelasan kasta2 ada tertulis ke dlm kitab hindu????

juz want to know......::stp:
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2005 08:15 AM | Show all posts
by shomei-shomei

macam...kat negara india....IYER...CHETTIAR...tu antara kasta tertinggi....paraci yg paling rendah...macam mana diorg nak kelaskan?Mmm....Kalau kasta tinggi tidak boleh kawin dgn kasta rendah....apa bezanya???semua manusia jugak kan???Pengelasan kasta2 ada tertulis ke dlm kitab hindu????

Refer balik di thread yg ditunjjukan oleh Darsita. Semua jawapan yg anda tanyakan ada disitu.

Kalau keliru, baru tanya.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2005 11:44 PM | Show all posts
Originally posted by Sephiroth at 21-6-2004 11:06 AM


Manusia digolongkan dlm 4 kategori yg berasingan berdasarkan sifat semulajadi mereka.

1. Brahmin - golongan manusia yg berpelajaran dan mereka yg sanggup mengorbankan APA sahaja demi mencari ilmu dan spiritualism.

2. Kyastria - mereka yg menjadi pemerintah dan golongan yg akan mengawal sesuatu negara dan kerajaan.

3. Golongan petani - mereka yg menjadi tulang belakang negara dgn menyediakan makanan dan bahan asas utk golongan2 lain.

4. Golongan Saudagar - mereka yg mencari kekayaan serta kemewahan serta memastikan yg keadaan ekonomi negara dlm keadaan yg stabil.

keempat2 golongan di atas menpunyai tujuan mereka dan dgn menjalankan tugas mereka dgn sempurna, negara dan kerajaan akan berada dlm keadaan yg stabil.

Golongan ke lima adalah mereka yg tidak menberikan sebarang sumbangan kpd negara dan hidup macam Parasite.  Golongan ini biasanya digelar Candala.

Selain dr kelima2 golongan di atas, TIADA SEBARANG GOLONGAN LAIN DI HINDUSM.


Golongan Candala ni sama dengan "untouchables" kah?

Sungguhpun Sephi telah menyatakan bahawa di Malaysia ini tiada halangan kepada Hindu yang ingin masuk kemana2 kuel, dalam memilih pasangan atau perkahwinan, adakah kasta menjadi satu issue atau halangan?

Terima kasih atas thread yang baik ini.

[ Last edited by hamizao at 17-12-2005 11:46 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2005 08:31 AM | Show all posts
by hamizao

Golongan Candala ni sama dengan "untouchables" kah?

Mungkin juga. Orang Hindu biasa mencaci orang lain dgn gelaran ini yg biasanya bermakna "Tak Berguna".

Sungguhpun Sephi telah menyatakan bahawa di Malaysia ini tiada halangan kepada Hindu yang ingin masuk kemana2 kuel, dalam memilih pasangan atau perkahwinan, adakah kasta menjadi satu issue atau halangan?

Kata tak ada halangan, tak adalah. Mungkin ada dua tiga kes di mana si keluarga satu pihak terlalu mementingkan status sehingga mengunakan kasta sbg halangan.

Tetapi kena ingat juga, kaum India di Malaysia adalah 90% lebih baik dr di India bila berbincang mengenai kasta. Di India, kalau anda Muslim dan anda buka restoran, kemungkinan besar tak ada orang Hindu akan datang ke restoran anda.

Di Malaysia, kamu boleh pergi ke restoran mana2 pun - samada China, Melayu ataupun India dan dapati orang2 India akan singgah dan makan tanpa was2.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-12-2005 02:59 PM | Show all posts
Terima kasih, Sephi.

Originally posted by Sephiroth at 19-12-2005 08:31 AM

Tetapi kena ingat juga, kaum India di Malaysia adalah 90% lebih baik dr di India bila berbincang mengenai kasta. Di India, kalau anda Muslim dan anda buka restoran, kemungkinan besar tak ada orang Hindu akan datang ke restoran anda.

Di Malaysia, kamu boleh pergi ke restoran mana2 pun - samada China, Melayu ataupun India dan dapati orang2 India akan singgah dan makan tanpa was2


Jadi anda pasti bahawa penganutan kasta di India sekarang dipengaruhi oleh pehak kolonial(Inggeris)?.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2005 03:19 PM | Show all posts
by hamizao

Jadi anda pasti bahawa penganutan kasta di India sekarang dipengaruhi oleh pehak kolonial(Inggeris)?.

Kalau nak salahkan orang Inggeris juga, tak adil tetapi banyak pihak yg telah menpengaruhi penganutan Kasta di India.

Di antara pengaruh ini adalah :-

1. Orang Inggeris - Policy Pecah dan Belah mereka itu.

Sama spt di Malaysia di mana mereka pecahkan 3 kaum dan tempatkan mereka di kawasan masing2. Orang Melayu hanya diperlukan utk memastikan kuasa tetap di tangan mereka utk memerintah. Orang China utk memastikan ekonomi di tangan mereka dan orang India sbg buruh murahan.

Di India pula, kaum pemerintah di korupkan dgn menberikan layanan khas serta kemewahan sampai kaum pemerintah (Kyastria) sudah lupa tugas mereka. Ada juga beberapa kyastria yg bangun menberontak tetapi tewas spt Shivaji dll.

Kaum Brahmin pula dipisahkan dr kaum2 lain dan dipaksa pergi ke sekolah2 Inggeris. Banyak ilmu serta sejarah yg berbau politik dan agama Kristian diterapkan kpd mereka sampai anak2 muda ini terpengaruh, rasa jijik dgn sejarah asal India dan mula mengejar pembangunan dgn merasakan India negara yg mundur dan tak bertamadun.

2. Pengaruh Amerika selepas kemerdekaan.

Selepas kemerdekaan, ahli2 politk India telah melakukan satu kesilapan yg besar. Mereka halau keluar orang British tetapi pergi menghambakan diri kpd negara Amerika, kononnya ingin mengejar kemajuan. Banyak politik masa itu masih terpengaruh dgn pendidikan awal di mana India dianggap negara yg mundur spt di Eropah dan banyak pihak  menganggap memajukan India itu satu tindakan yg bagus.

Agama Hindusm diketepikan dan pengaruh Komunis dan Marxism mula berpengaruh di India. Golongan yg mengelarkan diri Rationalis (yg sebenarnya hanyalah atheist) mula bertindak menpengaruhi politik negara dan menbuat India lebih merana

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2005 07:04 PM | Show all posts
Benarkan saya beraleh sekejap kepada kasta tiga teratas.

Yang #3 adakah sama dengan Vaishya?

Ada diperkatakan bahawa kumpulan  3 teratas itu adalah kumpulan "twice born" Bolehkah Sephi elaborate sikit ttg ini. Apa sebab Sudra(saudagar) bukan "twice born"?:hmm::hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2005 07:30 AM | Show all posts
by hamizao

Benarkan saya beraleh sekejap kepada kasta tiga teratas.

Yang #3 adakah sama dengan Vaishya?


Yeah ... rasa2nya lah. Vaishya adalah golongan peniaga serta mereka yg berurusniaga.

Ada diperkatakan bahawa kumpulan  3 teratas itu adalah kumpulan "twice born" Bolehkah Sephi elaborate sikit ttg ini. Apa sebab Sudra(saudagar) bukan "twice born"?

Tak lah ... saya rasa hanya Brahmin je yg "twice born". Istilah "Twice Born" ini bermakna seorang Brahmin dilahirkan sekali (sama spt orang lain) tetapi dia cari kebenaran dgn mengenepikan dunia dan kebendaan. Bila ini terjadi, dia dikatakan "mati" dlm kehidupan dunia dan "hidup kembali" dlm kehidupan Spiritual.

Bila orang British datang menjajah, mereka menyalahgunakan istilah itu dgn mengatakan mereka yg menganut agama Kristian adalah "Twice Born" - iaitu, mereka mati dlm kehidupan sebelumnya (sebelum jadi Kristian) dan selepas melakukan upacara Baptism, lahir kembali sbg Kristian (Born Again Christians).

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2005 06:46 PM | Show all posts
Saya baru sahaja membaca laman Hinduism Glossary  oleh Paul Flesher. Inilah yg di ajar di Uni of Wyoming........

Saya kira tafsiran laman ini ada yg kurang tepat seperti..ia menyatakan bahawa tiada mobiliti diantara kasta. Rata2 fahaman ini yang ramai bukan Hindu mengetahui termasuklah saya sendiri sebelum ini.

Ia juga menyataka, kasta 3 teratas adalah kasta orang2 Aryan dan apabila lelaki Aryan mencecah umur 12 tahun ada satu upacara initiation ...itlah sebab dipanggil twice born. Mungkin Sephi dapat menjelaskan ttg yang umur 12 tahun tu.

Lagi satu ia meyatakan kasta ke-4 tu adalah servants dan peasants ....orang Dravidians. Kaum2 yang lain ...the untouchables. Inilah caranya Aryan memisahkan diri mereka dari puak2 yang lain. Jadi, sebelum kuasa kolonial Inggeris lagi Aryan telah memecah-belahkan orang2 India dan meletakkan mereka di sebelah atas struktur itu.

Wah....amat interesting sekali.....!

[ Last edited by hamizao at 21-12-2005 06:48 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2005 08:45 AM | Show all posts
by hamizao

Saya baru sahaja membaca laman Hinduism Glossary  oleh Paul Flesher. Inilah yg di ajar di Uni of Wyoming........

Kalau begitu, mereka ajar benda2 yg salah di University di US, lah. ;)

Saya kira tafsiran laman ini ada yg kurang tepat seperti..ia menyatakan bahawa tiada mobiliti diantara kasta. Rata2 fahaman ini yang ramai bukan Hindu mengetahui termasuklah saya sendiri sebelum ini.

Ia juga menyataka, kasta 3 teratas adalah kasta orang2 Aryan dan apabila lelaki Aryan mencecah umur 12 tahun ada satu upacara initiation ...itlah sebab dipanggil twice born. Mungkin Sephi dapat menjelaskan ttg yang umur 12 tahun tu.

Lagi satu ia meyatakan kasta ke-4 tu adalah servants dan peasants ....orang Dravidians. Kaum2 yang lain ...the untouchables. Inilah caranya Aryan memisahkan diri mereka dari puak2 yang lain. Jadi, sebelum kuasa kolonial Inggeris lagi Aryan telah memecah-belahkan orang2 India dan meletakkan mereka di sebelah atas struktur itu.


Saya rasa ahli sejarah Barat masih terikut konsep "enjajahan Orang Aryan" ke atas orang2 Dravidians yg kuat diajar oleh British semasa penjajahan mereka di India selama 150 tahun.

Mengikut British, orang Brahmins adalah Aryans yg datangnya dr Utara, melalui Kyber Pass dan masuk ke dlm India. Semasa itu, orang2 Dravidians yg berkulit hitam tinggal di kawasan Selatan. Menurut orang British, orang2 Aryan ini menbawa masuk Kasta, Vedas dan kitab2 lain spt Gita. Oleh kerana tak nak bercampur aduk dgn mereka yg berkulit hitam, konsep Kasta diperkenalkan.

Sebelum British datang ke India, malahan sebelum Portugis sampai, India bukannya satu negara yg bersatu, ianya merangkumi negeri2 kecil yg menpunyai penduduk2 berlainan fahaman. Orang2 India di Malaysia contohnya datang rata2 dr negeri yg digelar Kelinga yg wujud sampai zaman Melaka dulu. Kawasan selatan biasanya menganuti fahaman Shivates (menyembah Lord Shiva) dan bahagian utara pula menyembah Lord Vishnu. Agama Buddha bebas dianuti oleh mana2 pihak.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2005 11:09 AM | Show all posts
TQ Sephi...

Jadi, berkenaan dengan umur 12 tu adakah signifikannya kpd lelaki Hindu? :hmm::hmm:

[ Last edited by hamizao at 22-12-2005 11:12 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2005 12:50 PM | Show all posts
by hamizao

Jadi, berkenaan dengan umur 12 tu adakah signifikannya kpd lelaki Hindu?  

Sama spt habis mengajilah.

Hindus dulu2 akan menberikan "tali suci" kpd budak2 yg berumur 12 thn (ataupun mereka2 yg selesai pelajari ilmu Veda, tak kira umur). Mungkin anda pernah melihat sebuah tali yg dibentang dr bahu kanan, merentas dada ke arah kiri dlm film ke ataupu di atas orang lain.

Dulu2, bukan Brahmins shj yg makai tali suci ini tetapi juga golongan Kyastria. Ianya seolah2 mengatakan yg mereka ini ada tugas khas kpd Tuhan dan masyarakat dan oleh itu, tali rentas dada mereka utk mengingatkan mereka akan tugas mereka mengajar serta mengawal keselamatan negara dan bangsa.

Kini, hanya Brahmin shj yg memakainya kerana tak ada kasta Kyastria lagi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2005 04:16 PM | Show all posts
Tali di badan ....saya tak perasan ......mungkin tidak....:stp::stp:

Saya ada terbaca satu makalah ttg Yahudi Cochin di Kerala, India. Mereka dikatakan menganuti sistem kasta dengan mempunyai 3 kasta - hitam, putih (mengikut warna kulit)dan hamba yang telah dibebaskan. Kaum hitam dan putih mempunyai synagogue sendiri. Kaum putih boleh menjadi ahli-penuh synagogue. Kaum Hitam hanya boleh menjadi ahli-separuh. Kumpulan bekas hamba tidak ada synagogue. Mereka dibenar sembahayang dalam synagogue tetapi hanya duduk di lantai.

Adakah amalan sembahyang di kuil2 diantara kasta2 Hindu serupa dengan amalan Yahudi Cochin itu yang mungkin juga telah mencedok amalan itu dari orang2 Hindu sendiri? :hmm::hmm::hmm:

[ Last edited by hamizao at 28-12-2005 06:25 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2005 03:40 PM | Show all posts
Yahudi Cochin? Tak pernah dengar pula nama itu sebelum ini.

Sekarang mana ada kaum hamba? :stp:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2005 07:47 PM | Show all posts
Originally posted by Sephiroth at 27-12-2005 03:40 PM
Yahudi Cochin? Tak pernah dengar pula nama itu sebelum ini.

Sekarang mana ada kaum hamba? :stp:


Oh, kalau begitu tak mengapalah. Yang "kaum hamba" tu yang saya maksudkan ialah kaum bekas hamba yang telah di bebaskan kebanyakannya datang dari Persia. Saya telah menggunanya sebagai comparison dgn amalan kasta Hindu berkenaan dgn tempat sembahayang di kuil2

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2005 09:48 AM | Show all posts
by hamizao

Oh, kalau begitu tak mengapalah. Yang "kaum hamba" tu yang saya maksudkan ialah kaum bekas hamba yang telah di bebaskan kebanyakannya datang dari Persia. Saya telah menggunanya sebagai comparison dgn amalan kasta Hindu berkenaan dgn tempat sembahayang di kuil2  

Kaum India dulu2 menpunyai amalan tertentu mengenai mangsa dan tawanan peperangan.

Semua pertempuran akan diadakan di kawasan terbuka dan dlm keadaan teratur. Tak ada pertempuran yg melibatkan penduduk setempat. Oleh itu, pertempuran ini dihadkan kpd kaum Kyastria shj.

Sekiranya raja sesuatu kawasan ditawan, maka kawasan tersebut menjadi wilayah jajahan dan raja yg menawan wilayah tersebut harus menterajui kawasan baru itu spt mana dia meteraju negara dia sendiri.

Akhir sekali, semua tahanan peperangan yg dibawa balik ke wilayah mereka yg berjaya menawan akan dijadiakan hamba utk satu jangkamasa singkat, dimana, selepas tempoh tertentu, mereka akan dibebaskan dan dibenarkan kembali ke wilayah mereka sendiri.

Jadi kemungkinan ada juga kaum dr wilayah2 spt Persia yg pernah ditawan dan dibawa balik ke India. Mungkin kaum2 ini tak teringin kembali ke wilayah mereka sendiri dan terus tinggal di India. :hmm:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2005 06:42 PM | Show all posts
Jadi, pihak yang kalah tu, saya kira akan diletakkan dalam kasta ke-4 kerana mereka bukan orang Aryan. Saya gambarkan mereka akan menganuti ugama Hindu. Dengan ini, adakah mereka mempunyai kuil khas untuk mereka sahaja? Kuil2 untuk kasta2 3 teratas ....adakah mereka juga mempunyai kuil2 khas untuk suatu kasta sahaja?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2005 08:27 AM | Show all posts
by hamizao

Jadi, pihak yang kalah tu, saya kira akan diletakkan dalam kasta ke-4 kerana mereka bukan orang Aryan. Saya gambarkan mereka akan menganuti ugama Hindu. Dengan ini, adakah mereka mempunyai kuil khas untuk mereka sahaja? Kuil2 untuk kasta2 3 teratas ....adakah mereka juga mempunyai kuil2 khas untuk suatu kasta sahaja?   

Apasal pula tanya saya? Kan dah kata saya tak pernah dengar mengenai hal ini sebelum ini.

Setahu saya, peperangan dgn orang asing yg bukan Hindu dgn konsepkan agama tak pernah berlaku di India. Banyak kaum yg menganuti Hindusm (dan Buddhism) semasa orang2 Hindu pergi mengembara ke luar negara mereka.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2025 11:44 PM GMT+8 , Processed in 0.122257 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list