CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: CiPuTuT

Lagi kisah isteri curang.....

[Copy link]
Post time 3-9-2008 11:32 AM | Show all posts

Reply #440 akubest's post

ha'ah..memang bab2 kekuatan mental ni aku kurang sket..aku takut..takut sangat...

aku bercerai bukan sbb bf aku..aku cuma memerlukan something atau someone untuk aku temui kekuatan untuk bercerai..pasal dia nak kawin ngan aku ke tak tu..aku tanak berharap sangat w'pun dia ada cakap pasal ni..

pasal toron tu...memang aku desperate pun..memula aku ingat aku just nak sex jer from dia..tak pasal2 i'm falling into him..

ini bukan kali pertama aku curang..tapi dia lain daripada lelaki lain yang aku kenali..tapi aku tanak berharap sangat..

penceraian ini bukan sbb bf aku tetapi antara aku dan laki aku
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2008 11:38 AM | Show all posts
tetiba je aku rasa tak cukup kuat untuk hadapi semua ni..haruskan aku discuss dengan parents aku..2 tahun lepas kami dah nak bercerai tapi aku sedih sangat bila tengok laki aku kemas baju dia..sbb tu tak jadi cerai..aku tak sanggup

masa tu mak aku marah sangat..mak aku call banyak kali tapi aku tak angkat

atau haruskah aku meneruskan hidup dengan laki aku..berhenti curang dan berpura2 bahagia untuk selama2nya
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2008 11:42 AM | Show all posts
bape lama ko dah kawen?
kalo takat kurang 5 tahun tuh angkat kaki la......
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2008 11:47 AM | Show all posts

Reply #443 akubest's post

kurang 5 tahun..anak pun takde..

aku memang dah lama nak blah..tapi tak boleh..nape la aku ni lembik sangat..aku takut nak bagitau dia
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2008 11:48 AM | Show all posts
Originally posted by mesmerize at 30-8-2008 03:44 AM
penah belaku kat sepasang couple yang aku kenali..

wifey ni 'berkawan' ngan seorang lelaki bujang, 7 tahun lagi muda umur dia.. rakan seopis wifey niehh
hubungan sangat rapat siap ikut balik  ...

kalau ikut hukum betul2 .. isteri tak boleh bagi tetamu masuk rumah tanpa izin suami .. ingat tak kisah Fatimah puteri Rasullullah bertemu dengan bakal wanita pertama masuk syurga. Fatimah puteri Muhammad pun die tak bagi masuk rumah sebab suami die takde dan Fatimah plak bawak Hasan yg masih kecil ..
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2008 11:55 AM | Show all posts
Originally posted by manakautau at 30-8-2008 02:51 PM


Isteri yang curang, suami akan dipersoalkan juga di hari kemudian........ jika suami yang curang pula selain menerima azab, dia juga akan dipersoalkan kerana tidak memimpin untuk mengelakkan  ...

DIPERSOALKAN .. mungkin ya,  TANGGUNG DOSA ISTERI .. i don't think so

kalau isteri jahil dan tak tahu hukum zina tu haram .. suami berdosa sebab tak ajar.
kalau suami tahu isteri berzina tapi tak halang .. suami berdosa dan dilaknat sebab dayus.
kalau isteri dah tahu zina tu haram tapi sengaja tempah bala .. dosa tanggung sendiri.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-9-2008 03:33 PM | Show all posts

Reply #446 kudajantan77's post

kude...yang selama neh orang selalu dok kata laki tanggung sama dosa bini tu cam ner....aku dok paham kalau kata let say bini tak tutup aurat n laki wat derkkk jer..kalau bini dapat 10 kg laki pun dapat 10kg gak...salah ek pemahaman aku..ke mcm mana...mulalah aku confuse neh...teringat lak ada sorang tu...dia kata somi dia suh dia solat walaupun dia sendiri tak solat sebab somi dia kata cukupler dia tanggung dosa dia sorang tak mo tanggung dosa bini tak solat...hmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2008 03:39 PM | Show all posts

Reply #447 Lipton's post

ya Allah....mangkuknya laki tu!!!!

dosa seorang mukmin tak akan ditanggung oleh mukmin yang lain...

cuma dosa dia tak menunaikan tanggungjawab sebagai seorang suami...wallahulam.....

macam mana Allah letak dosa tuh sapa yang tau..dia nak letak sama ke....20% lebih ke...ikut pukul rata manusia bodoh piang nih......itulah ada konsep suh bini solat ...dia sendiri tak solat......dia ingat dosa tuh macam buah durian ke boleh timbang2.......ek ele.........

tanggungjawab suami mendidik isteri...itu sudah pasti......tapi yg selalu terjadik laki yang jadik hantu raya....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2008 03:52 PM | Show all posts

Reply #448 akubest's post

bulan pose neh tak jadi hantu raya ler kot...kalau jadi kena rantai he he he
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2008 05:10 PM | Show all posts
Originally posted by Lipton at 3-9-2008 03:33 PM
kude...yang selama neh orang selalu dok kata laki tanggung sama dosa bini tu cam ner....aku dok paham kalau kata let say bini tak tutup aurat n laki wat derkkk jer..kalau bini dapat 10 kg laki pu ...

kalo laki wat derkkk jer die dapat saham sekali la sebab biar bini tk tutup aurat .. tapi kalo die dh terangkan hukum menutup aurat dan dah tegur, dah suruh, dah marah, dah babab montot tapi bini takmau ikut jugak .. takkan die nk kene tanggung lagi .. sendiri mau ingat la ..

tapi dulu .. bini nak pakai tudung tapi aku sendiri yang tk bagi sbb aku phobia ngan pompuan pakai tudung nih .. mulut jahat dan hipokrit .. tapi tu dulu la ..
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2008 05:29 PM | Show all posts

Reply #450 kudajantan77's post

ish ko neh aku tau ler hang ada history ngeri...tapi aku tak tahu detail ler...tapi tak leh ler anggap sume gitu...tapi tak pe aaa phobia ko dah ilang bagus ler...
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2008 08:09 PM | Show all posts
Aku harap tak lama lagi hukum hudud akan dikuatkuasakan kat Malaysia ni untuk menghukum para pencurang2 yang makin berleluasa ini. Memang tak ada hukuman yang lebih layak bagi si suami or isteri yang curang ni melainkan rejaman hingga mati, kerana cuma ini sahaja lah yang boleh membuatkan diri mereka insaf dari perbuatan terkutuk itu.

Orang yang curang ni memang syaitan. Memang adil hukuman rejam sampai mati utk org yg berzina yg telah kahwin. Tengok macamana kes pembunuhan Along. Sebab isteri dia curang, yang jadik mangsa Along dan suaminya sendiri yang kene hukuman gantung. Bagi aku kene consider la hukuman gantung tu, pasal semua orang pon akan marah kan kalau pasangan buat curang. Yang buat curang ni plak boleh terlepas tanpa hukuman, bapak ar x adil.
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2008 01:30 AM | Show all posts
Originally posted by Friiz at 3-9-2008 08:09 PM
Aku harap tak lama lagi hukum hudud akan dikuatkuasakan kat Malaysia ni untuk menghukum para pencurang2 yang makin berleluasa ini. Memang tak ada hukuman yang lebih layak bagi si suami or isteri  ...


Errrrrrrrrrrrrrr...ko bukan suka tengok orang lain senang ker? Kenapa nak kan dihukum lak?
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2008 02:04 AM | Show all posts
adik ku..

dalam kita meniti kehidupan banyak rintagan dan kepayahan kita harungi...kebahagian...kesedihan...kekecewaan..kegembiraan adalah rempah ratus kehidupan kita... adakalanya bahagia itu milik kita ... kadangkala kesangsaraan membelengu kehidupan seharian kita...bagaikan kapal mengharugi lautan yang luas...

apakah erit hidup ini....untuk apa kita dihidupkan....untuk apa kita ditakdirkan bertemu jodoh...dengan seorang yang bergelar suami/ister..yang mungkin tidak terfikir difikiran kita untuk bertemu denganya.....jika kita mencari kesempurnaan...sempurnakah kita...jika kita mencari keserasian ...serasikah diri kita...kita lahh yang menentukan kesengsaran itu dianugerahkan milik kita atau kebahagian yang kita pilih sebagai jalan hidup yang penuh kedamaian...

baik kah kita untuk mencari yang terbaik untuk teman seharian hidup di masa depan....setiap yang terbaik di mata pada masa ini  belum tentu memberi kebaikan di masa depan...

insafilah diri kita...kenali lahh diri kita sendiri sebelum kita mengenali orang lain...sebelum kita mula menyalahkan orang lain...atas masalah yang membelengu diri kita....tiada dosa yang tidak diampunkan kecuali syrik kepadanya....renungkanlah sejenak dimana kita bermula...jika kita sesat di lambung ombak...di bawa angin ke tengah lautan bergelora...mengapa tidak perbaiki diri berusaha berubah untuk sinar sedikit cahaya di masa depan...baik atau buruk kita yang tentukan....pilih lahh jalan mana yang hendak dilalui......pintu syurga atau sebaliknya  

semoga ramadan yang mulia ini ....cahaya ilahi menghisai hati mu dalam meyinari kebahagian yang mendatang....

[ Last edited by  Afrin at 4-9-2008 02:16 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2008 03:53 AM | Show all posts
Originally posted by Friiz at 3-9-2008 08:09 PM
Aku harap tak lama lagi hukum hudud akan dikuatkuasakan kat Malaysia ni untuk menghukum para pencurang2 yang makin berleluasa ini. Memang tak ada hukuman yang lebih layak bagi si suami or isteri  ...


dari jaman berjaman, kecurangan di monopoli oleh lelaki..

tapi, berapa ramai perempuan yang membunuh sebab laki curang?

ntah ler kan..

sendiri makan pengat, sendiri mau ingat larr
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2008 06:21 PM | Show all posts
Originally posted by nighunter71 at 4-9-2008 01:30 AM


Errrrrrrrrrrrrrr...ko bukan suka tengok orang lain senang ker? Kenapa nak kan dihukum lak?


ok ape. at least kene mati hukuman rejam sempat gak bertaubat. daripada mati time tengah2 curang. sian plak kat dia nk tanggung dosa ke akhirat.

bukan ape. aku bace kisah2 curang ni, kesian la kat mangsa2 curang ni. tersiksa jiwa raga. so kan elok kalau semua org ade rase takut nk cube2 buat curang ni. bile tergerak nk curang jek terbayang kene baling batu sampai mati, misti x jadik kan. semua orang pon hepi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2008 06:25 PM | Show all posts
Originally posted by NURMIMIE at 4-9-2008 03:53 AM


dari jaman berjaman, kecurangan di monopoli oleh lelaki..

tapi, berapa ramai perempuan yang membunuh sebab laki curang?

ntah ler kan..

sendiri makan pengat, sendiri mau ingat larr


tapi aku rasa pernah gak dengar perempuan yang membunuh sebab laki curang. membunuh diri....~

[ Last edited by  Friiz at 4-9-2008 06:26 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2008 06:27 PM | Show all posts
ppl changed...for the better , sebab manusia tu semuanya baik

tapi otak tu..tokleh ler asyik mikior mende cenggini..osak kang

kalo rasa tokleh handle bini tu..lepaskan ler cara baik..bio la dia nak apo pun, di luar kuasa suami doh

kalo masih nak berbinikan die..perbaiki lah diri tu.jadi aaa magnet gitu so ada magnetism..bukan jek bini tertarik..anak dare mude pun tertarik
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2008 08:37 PM | Show all posts
baca kisah ni, teringat kat sorang porumer sini...vitamin c

Seorang isteri mengadu begini kepada saya,   "  Suami saya bukanlah
seperti yg saya gambarkan sewaktu belum berkahwin. Dia amat berbeza daripada
penampilannya dahulu. Sekarang dia bukan sahaja gagal membahagiakan
saya malah sering menjadikan saya kesal mempersuamikannya. Ingin
sekali saya meninggalkannya, tapi tak berupaya kerana memikirkan anak2 dan
masa depan saya sendiri, walaupun ada lelaki yang sedia mengambil saya di
luar sana . Saya seperti terperangkap oleh kedunguan masa lalu. Kekal
bersamanya bererti saya selamanyalah tidak akan berasa bahagia. Apa
yang boleh saya lakukan sekarang?
Lalu saya bertanya, skrg puan nak yang
mana? Kekal bersamanya atau mengikut lelaki lain? Maksud saya mana yang
lebih berat?
Kalau Dr. tanyakan yang mana lebih berat, tentulah bersamanya lebih
berat. Kalau begitu, mengapa tidak pejamkan mata, bayangkan yang indah2,
anggaplah dia satu2nya lelaki yang ada di dunia ini dan binalah
kebahgiaan bersama. Isteri itu seperti terkejut dgn saranan saya.
Barangkali dia mengharapkan satu cadangan yang lebih memihak kepada gelojak hatinya
untuk memilih lelaki lain, berdasarkan kebahagiaan yang sudah gagal
dikecapinya skrg.

Lalu saya perjelaskan, kalaulah kebahagiaan yang menjadi persoalan,
belum tentu pilihan seterusnya akan menjaminkan kebahagiaan.
Barangkali bersama lelaki kedua masalah lebih menimpa. Kalau nanti
perkahwinan kedua itu juga gagal memberikan kebahagiaan, apakah anda akan berkahwin
buat kali ketiga? Jika tak bahagia juga, anda akan berkahwin pula buat
kali keempat? Kemudian kelima, keenam? Sampai bila?

Hidup bukankah untuk dinikmati? Usia bukanlah lama untuk dipersiakan
dengan hal-hal yang tidak sepatutnya. Siapapun dia, dia adalah lelaki
yang bergelar `SUAMI'. Kebahagiaan adalah satu istilah yang telah
terbentuk. Tinggal bagaimana kita mendefinasikan kebahagiaan itu
sahaja yang menyebabkan sesetengah drpd kita gagal berasa bahagia.

Alangkah ruginya kalau hidup yang singkat ini kita gagal mendapat
bahagia. Semata2 kerana menyangka kebahagiaan itu akan dinikmati jika
bersama orang sekian-sekian. Semata-mata kerana menyangka Si Dia boleh
memberi bahagia yang diimpi-impikan. Kalau MELESET bagaimana? Kalau
kebahagiaan yang diidam-idamkan itu tidak diperoleh sdgkan kebahagiaan
yang sedia ada ini telah ditinggalkan, bagaimana?

Setelah anda Diijab-kabul, satu perjanjian telah dibentuk. Anda telah
merelakan diri anda bergelar ISTERI dan rela memanggil org berkenaan
yang tiada langsung pertalian dengan anda sebelumnya sebagai SUAMI.
Anda merelakan segalanya kepada dia dan demikian dia terhadap anda.
Setelah diikat dengan tali perkahwinan, mengapa tidak pejamkan mata dan
anggaplah dia pasangan yang terbaik. Dia mmg dijadikan buat anda. Dia
adalah segala-galanya. Bentuklah kebahagiaan bersamanya.
JANGAN mimpi-mimpikan lagi org lain selain dia.
JANGAN angan-angankan perkara yang bukan-bukan.
INGAT!!!!.. Anda dijadikan dari tulang rusuk dia. Relakan diri anda
untuk bertolak ansur dlm beberapa hal untuk mencari kesukaan dan
kebencian bersama. Relakan membina bahagia dan dialah alatnya.

Masalah yang sering menimpa pasangan muda ialah masing2 gagal memantau
imaginasi untuk membentuk bahagia pada awal perkahwinan. Setelah
segalanya dilalui dan masalah menapak di sana sini, barulah sedar
sesuatu sepatutnya dilakukan lebih awal dahulu. Tetapi nyata sudah
terlambat, imaginasi bersama mekanisme-mekanisme nya telah
dipersia-siakan. Bahagia kelihatan tetapi sudah tidak terjangkau dek
tangan. Kesudahannya, bahagia disangka berada di luar dan mahu diburu
walhal sebenarnya bahagia sudah berada di tangan, hanya gagal mengenal
dan menikmatinya sahaja.

Selagi mana SUAMI anda itu masih menjalankan tanggungjawabnya, maksud
saya dia masih ingat rumah, ingat anak-anak dan ingat untuk mencari
rezeki, dia masih seorang lelaki yang boleh diharapkan. Apalagi jika
dia seorang yang tidak meninggalkan ibadah-ibadah fardu,
kekurangan-kekurang an yang ada pada dirinya hanyalah sekadar kekurangan
untuk membenarkan kata-kata `NO MAN IS PERFECT".
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2008 10:03 AM | Show all posts
teringat pulak kata2 seorang pakar motivasi...pada seseorang tu jika ada 30% sahaja kebaikan it is good enough...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-6-2025 04:19 AM GMT+8 , Processed in 0.079639 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list