CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
12
Return to list New
Author: Abahmung

[Tempatan] ‘Umur 30-an ada ijazah bidang kimia, tapi…’

[Copy link]
Post time 10-4-2025 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
airfilterkotor replied at 9-4-2025 09:46 PM
Secara peribadi, aku okay jer kalau peniaga kecil²an camni ada ilmu peringkat IPT.

Kipidap dekk. J ...


Terus terpikir..siapa cast
Yg gadis lulusan tinggi yg jual kuih tu - sofeah barakbah
Datin - Maria farida
Abg long - Sadiq sbb Sadiq dah start jadi model Kan..alang alang Tu, jadi pelakon terus
Antagonist - BA

Pasti boom
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2025 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Jabatan nuklear rijek application ke kak??  Bak mai aku babab sini dorang.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2025 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
aku rasa biarla cenggini. skurg nya ade pngalaman sosial dgn org org. sbb masa blaja tu bukan ko ngadap buku je, ngadap mcm2 lah pnglaman sosial huhu sama la mcm budak2 skolah, kadg subjek blajo tak berape sgt, tp smbil2 tu budak2 kutip social skill jugak. gitulah lebih kurg
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2025 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 9-4-2025 09:57 PM
Kau bukan gagal, cuma belum berjaya ja.

life is a journey ..not destination

no such thing gagal..only feedback

success? kete beso rumah beso tu sukses?

dapat bernafas pun sukses .dpt berjalan pun sukses

budak ni kurang insaf diri..tenguk oang palestine..mkn rumput..tenguk bnyk anak lahir tadak tangan cuma satu kaki..itu ler tangan dia

asik tgk orang yg atas ko...lazimkan tgk oang bawah ko...nk niaga pun kne kacau etc

Terlalu sedikit hambaKu yg bersyukur! sapa cakap tuuuu?

bukan sikit..terrrrrlalu sedikit

hidup bukan lama mana punnnn....
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2025 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Tengok la org kita pon ssh nk hidup..warga asing kemain nk gaji mahal x sedar diri..acah2 malaysian nk gaji mahal n byk songeh,sombong bongkak.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2025 04:10 PM From the mobile phone | Show all posts
makita replied at 9-4-2025 10:31 PM
Kawan meols abes master dpt keje gomen guna spm.
Lepas tu dia try amek DPLI dan dah abes prektika ...

saya Pon degree kimia dapat keje R&D Chemist tapi tak boleh buat. Susah. 4 kali keje R&D chemist. Now dah tua tak laku dah. Takde spe nak ambik keje. Keje QAQC pulak lah. Nak jadi cikgu masuk dpli taun lepas dah dapat tapi yuran 10k pulak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-5-2025 04:21 PM | Show all posts
Already 30s degree chemistry holder.

Mungkin england hauk?
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2025 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Jgn mengangkang kat rumah pastu minta duit mak, jgn jual kerang, jgn mencuri/merompak/rasuah, jgn amik hak org secara zalim. Itu baru betul² gagal.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2025 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by asmurai at 22-5-2025 05:46 PM

Copy and Paste from FB Empayar Saham

MELANJUTKAN PELAJARAN SEMAKIN TAK BERBALOI.

Sedih!

Jurang gaji antara graduan universiti dengan lepasan SPM sudah semakin mengecil. Ini bermaksud pulangan pendidikan (education premium) makin merosot.

Dulu, pada tahun 1997, graduan ijazah dapat gaji 2.7 kali lebih tinggi dari lepasan SPM, tapi pada 2022 dah jadi cuma 1.7 kali saja.

Laporan oleh PNB Research Institute (PNBRI) tunjukkan bahawa selepas diselaraskan dengan inflasi, gaji permulaan graduan makin turun, paling teruk kena pada graduan sarjana (turun 28%).

Kalau ikut angka, pemegang ijazah sarjana mengalami kejatuhan gaji permulaan sebanyak 28%, pemegang ijazah sarjana muda turun 10%, dan hanya pemegang diploma yang mencatat pertumbuhan lebih baik.

Ini bermaksud, walaupun secara nominal nampak macam gaji makin naik, tapi kuasa beli makin merosot.

Dulu, gaji RM2,500 boleh hidup selesa, tapi hari ini jumlah yang sama dah tak cukup nak tampung hidup terutama di bandar.

Dalam erti kata lain, nilai sebenar gaji makin mengecil walaupun angka atas kertas nampak besar.

Sebenarnya, masalah ni bukan baru.

Kalau tengok balik data PNBRI, trend kejatuhan gaji permulaan graduan dan penyusutan pulangan pendidikan ni dah mula dikesan seawal awal tahun 2000-an, tapi lepas 2010 makin jelas.

Paling ketara ialah selepas 2013, iaitu tahun pengenalan gaji minimum pertama di Malaysia.

Ketika tu, gaji pekerja berkelulusan rendah mula naik perlahan-lahan, tapi gaji graduan stagnant atau terus menurun bila diselaraskan dengan inflasi.

Malangnya, tiada intervention dasar besar-besaran waktu tu untuk tangani jurang yang semakin rapat antara kelulusan tinggi dan rendah.

Keadaan ni sangat berbeza dengan lepasan PMR dan SPM.

Sejak gaji minimum mula diperkenalkan pada 2013, gaji mereka mula meningkat dengan ketara.

Contohnya, gaji permulaan lepasan PMR naik 89% antara 1997 hingga 2022, dan lepasan SPM naik 44% dalam tempoh yang sama.

Ini berlaku sebab gaji minimum menaikkan paras asas gaji, jadi walaupun pekerja tu tak ada kelulusan tinggi, mereka tetap dapat kenaikan minimum yang dilindungi undang-undang.

Sebaliknya, graduan universiti tak dilindungi oleh sebarang mekanisme gaji minimum khusus mengikut kelayakan.

Kalau majikan nak bayar rendah pun, tak ada halangan — dan dalam banyak kes, mereka memang bayar rendah sebab lambakan graduan dan persaingan tinggi.

Graduan TVET pula makin menunjukkan persaingan – gaji permulaan diploma TVET sekarang dah setanding dengan diploma akademik, malah pertumbuhan gaji mereka lebih tinggi.

Masalah ini menimbulkan kebimbangan sebab ramai anak muda dah kurang minat nak sambung belajar, terutamanya dalam bidang STEM.

Hampir separuh lepasan sekolah tak bercadang sambung belajar.

Ibu bapa pun dah mula fikir semula, sama ada masih wajarkah nak galakkan anak masuk universiti atau ambil bidang STEM.

Bila gaji graduan tak lagi jauh beza berbanding lepasan SPM, dan tempoh belajar yang lama pula penuh dengan hutang PTPTN, ramai mula tanya — berbaloi ke semua tu?

Kalau masuk TVET pun dah boleh dapat gaji setanding diploma akademik, dan permintaan industri makin tinggi untuk kemahiran teknikal, mungkin hala tuju pendidikan anak-anak perlu dinilai semula.

Namun begitu, ini tak bermaksud universiti atau bidang STEM tak penting.

Masalahnya bukan pada ilmunya, tapi pada struktur ekonomi yang belum sedia beri ganjaran setimpal untuk ilmu tu.

Kalau dasar dan hala tuju ekonomi tak berubah, makin ramai ibu bapa yang akan pilih laluan lebih cepat, lebih murah dan terus boleh bekerja — walaupun itu bermakna anak tak sambung belajar tinggi.

PNBRI cadangkan kerajaan pertimbang Gaji Kehidupan Wajar dan Dasar Gaji Progresif untuk pastikan gaji lebih setimpal dengan tahap pendidikan.

Gaji Kehidupan Wajar (Living Wage) merujuk kepada paras gaji minimum yang membolehkan seseorang pekerja dan keluarganya hidup dengan selesa — cukup makan, ada tempat tinggal yang selamat, dan mampu tanggung kos asas hidup seperti pengangkutan, pendidikan dan kesihatan.

Ia lebih tinggi daripada gaji minimum biasa yang hanya cukup-cukup makan.

Dasar Gaji Progresif pula ialah sistem di mana gaji dinaikkan secara bertahap berdasarkan tahap kemahiran, prestasi dan produktiviti pekerja.

Matlamatnya adalah untuk galakkan peningkatan kemahiran, pastikan gaji lebih adil dan kurangkan jurang antara pekerja berpendidikan tinggi dan rendah.

Kenapa berlakunya kemerosotan gaji permulaan graduan?

Pertama, peningkatan bilangan graduan menyebabkan lambakan tenaga kerja berpendidikan tinggi, tapi permintaan dalam pasaran tak berkembang sama laju.

Bila penawaran lebih banyak daripada permintaan, majikan ada lebih kuasa tawar-menawar — dan ini tekan gaji ke bawah.

Kedua, banyak syarikat fokus kepada kos rendah, jadi mereka lebih rela ambil pekerja berkelulusan lebih rendah dengan gaji lebih murah, walaupun kerja tu boleh dibuat oleh graduan.

Ketiga, kualiti pendidikan dan kebolehan graduan tak seragam.

Bila majikan tak yakin dengan kebolehan graduan, mereka tak sanggup bayar lebih.

Tambah pula dengan kurangnya pengalaman kerja, soft skills, atau kemahiran praktikal — ini semua kurangkan nilai tambah graduan di mata majikan.

Keempat, struktur ekonomi Malaysia masih berat kepada sektor gaji rendah, seperti perkilangan, runcit dan perkhidmatan asas.

Kalau ekonomi tak bergerak ke arah industri bernilai tinggi, gaji pun susah nak naik.

Dan yang paling asas — Malaysia sendiri ketagihan kepada penawaran gaji rendah sebagai satu daya tarikan pelabur asing.

Model ekonomi kita dibina atas dasar buruh murah, bukan nilai tinggi.

Bila negara terlalu lama bergantung kepada strategi "kos rendah" ni, akhirnya kita cipta satu sistem di mana majikan tak diberi insentif untuk naikkan gaji atau nilai kemahiran.

Inilah akibatnya — rakyat makin berpendidikan, tapi pulangannya makin rendah.

Apa yang kita hadapi hari ini bukan sekadar masalah gaji, tapi petanda yang lebih besar: Malaysia perlukan revolusi ekonomi.

Sepertimana dulu negara kita pernah berani buat perubahan besar dari ekonomi pertanian kepada perindustrian — kali ini kita perlukan langkah berani yang sama.

Malaysia perlukan pimpinan yang kuat, berani dan berpandangan jauh untuk merombak struktur ekonomi semasa.

Kita tak boleh lagi bergantung kepada model lama yang menjadikan kos buruh murah sebagai umpan pelabur.

Kita perlukan model ekonomi yang berpaksikan kemahiran, produktiviti dan inovasi, bukan sekadar jumlah pekerja murah yang ramai.

Yang akhirnya menyebabkan kadar kenaikan gaji di sektor swasta lebih perlahan berbanding kos sara hidup.

Jadi walaupun gaji nominal nampak naik, tapi dari segi kuasa beli — makin merosot.

Ini sebab kenapa semakin ramai rasa belajar tinggi-tinggi tapi tak berbaloi.

Dan jika revolusi ini tidak dimulakan segera, kita mungkin akan hilang satu generasi muda yang kecewa, letih, dan tidak lagi percaya kepada nilai pendidikan.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/05/1398498/jurang-gaji-permulaan-graduan-universiti-spm-
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2025 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Kawan adek iols phd kimia
Elok je jadi lecturer kat usm nun
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2025 06:28 PM | Show all posts
asmurai replied at 22-5-2025 05:44 PM
Copy and Paste from FB Empayar Saham

MELANJUTKAN PELAJARAN SEMAKIN TAK BERBALOI.

bagus tulisan ni..tq pastw

faktor politik pun ada menyebabkan kesan gaji ini. kalau kita semua masih ingat, pak lah mula selaraskan gaji dengan menaikkan gaji kelulusan spm dengan lebih tinggi berbanding degre sebabnya kerana nak jaga sokongan golongan bawah... jadi bila ada isu, belajar untuk degre vs lepasan spm dan kemahiran, ini mulai timbul, ianya tak menghairankan... dah nampak bibit lebih 10 tahun dulu

Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2025 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Kawan iols masa kt u amik coz kimia industri pun tkde keje.
Last2 apply kpli jadi cikgu skrg.
Sorang lg amik bioteknologi pun sama.
Last2 keje pembantu klinik.

Susah bidang ni nk dpt keje kat pasaran.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2025 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Chemist la banyak laku ek sebenarnya..nutraceuticals pon banyak demand chemist
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2025 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
At least dia x jadi bewak idup
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2025 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
felinecat replied at 22-5-2025 07:59 PM
Chemist la banyak laku ek sebenarnya..nutraceuticals pon banyak demand chemist

Agree...chemist mmg laku je...my niece 1st degree je pun...masa intern pun tempat intern nak minta dia kerja situ blk tp dia takmau sebab bos quite fussy.. Andalusia bosnya
Tak kerja skejap je dlm 6 bulan tu pun lepas tapis offer sana sini dan attend interview mcm2..
Now dah jumpa tempat kerja yg tolerable acceptable....very big company..my advice kat dia satu je...mana2 pun kerja akan stress..dpt yg tolerable dah ok
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2025 01:01 AM | Show all posts
Setengah tu dorg ambil kos tapi takde buat research psl job market semua mcm mana nanti. Lagi satu ada yg jenis habis grad tapi tak tahu jual diri cari keja. Act masa study dah kena jual diri dlm field tu tp tu lah tak semua org cerdik semua benda, lps tu tak blh pikir.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2025 07:41 AM | Show all posts
boleh try apply guru interim, kalau dapat nanti boleh buat diploma pendidikan semasa berkhidmat. tapi nak dapat tuh payah. usaha ajer lah kalau minat jadi cikgu
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2025 07:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Orenn1 replied at 23-5-2025 01:01 AM
Setengah tu dorg ambil kos tapi takde buat research psl job market semua mcm mana nanti. Lagi satu a ...

Setuju dgn points chuols.. sepatutnya sejak sekolah menengah lagi kena tahu dah halatuju kerjaya.
Kena study kebolehpasaran kursus/kerjaya.
Malaysia ni negara pengguna bukan pengeluar.
Belajar lah course2 kepenggunaan kalau rasa xnk kerja/keluar dari negeri/negara.
Tp kalau dah minat course2 R&D segala ni lebih baik buka hati & minda tu utk bersedia bekerja kat luar negara. Kurang2 dpt kerja yg berkait dgn kelulusan.
Sekian dari aiols mantan pekerja makan gaji.
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2025 11:45 AM GMT+8 , Processed in 0.065596 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list