CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: ummihafiy

SUTERA : BUTAKAH CINTA 2 [Setiap Isnin-Khamis, 11.05pg, RTM1]

[Copy link]
Post time 29-11-2007 11:38 PM | Show all posts
Originally posted by ummihafiy at 26-11-2007 01:28 PM
actually citer ni masa season 1 dulu sampai mana.... saya mmg x pernah tgk... yg season 2 plak dah start ke... ari2 tgk pun x tau.... sbb mmg x pernah tgk citer ni....

itulah silapnya RTM... c ...


Setuju kalau drama nie ditayangkan pada sebelah malam....suka tengok Rusdi Ramli berlakon  Bila sambungan drama nie?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-11-2007 11:02 AM | Show all posts

Reply #21 DellaRR's post

dia trus sambung... pas je seasson1 trus sambung...

masalahnya... saya x tgk s1... so saya pun x tau dah sambung ke idak citer nih..... saya tahu pun sbb dgr Rosyam citer aritu....
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2007 05:31 PM | Show all posts
sebnrnya citer utk musim 2 da start..last episod utk citer musim 1 time Erra nak kejar Alim lps Alim hntr bunga dan kad tp tak sempat lak nak jumpa..time tu Erra bawak kereta pusing arah jln lain Alim plak jln lurus..then tamat..(fhm ke apa yg aza bgtau ni... )..sorryla klu ringkas sgt,sekadar flashback je..
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2007 11:49 PM | Show all posts
isshh ada season 2...duh awat time kerja lagi....melepazzzz
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2007 01:43 PM | Show all posts
Mula2 saya pun ingatkan ulangan je rupanya...ulangan terus sambung musim baru, yg musim 1 pn saya x pasti apa sudahnya....Ni ada sikit sinopsis citer ni....

BUTAKAH CINTA kisah cinta tiga segi di RTM1
Cinta perlu dizahirkan dan tidak boleh dipendam kerana ia akan hanya memakan diri dan mengundang kekecewaan serta lara di hati. Perasaan yang ditanggung oleh Alim (Rusdi Ramli) yang mencintai Erra (Rita Rudaini) dalam diam tetapi ragu-ragu untuk berterus terang ini boleh anda saksikan dalam Butakah Cinta.

Drama bersiri terbaru ini bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 11.05 pagi menerusi slot Sutera di RTM1 mulai hari ini. Ia menggantikan drama bersiri Tidak Pernah Ku Sesali.

Selama ini kehadiran bunga dan puisi yang diterima Erra daripada Alim, peminat misterinya itu benar-benar mencuri hati Erra. Erra sama sekali tidak menduga bahawa bunga dan puisi itu datangnya daripada Alim, yang bertugas sebagai budak pejabat di tempat kerja yang sama dengannya.

Hanif (Aqasha) yang meminati Erra menangguk di air yang keruh dengan mengaku bahawa selama ini dia yang menghantar puisi dan bunga tersebut sehingga membuatkan Erra percaya. Erra sama sekali tidak menyedari yang dirinya ditipu dan sering mengelamun akan kisah cintanya dengan Hanif.

Alim yang tidak mahu bersubahat dengan Hanif mengenai kiriman bunga dan puisi itu akhirnya memberitahu perkara sebenar kepada Erra dan Erra amat kecewa dengan tindakan Hanif lalu membatalkan hasratnya untuk bertunang dengan Hanif.

Lembut hati

Hanif cuba membetulkan keadaan dan mengaku segala kesalahannya serta meyakinkan Erra bahawa dia tidak akan mensia-siakan Erra. Kejujuran dan keyakinan yang ditunjukkan Hanif menjadikan Erra lembut hati dan menerima kehadiran Hanif semula.

Sementara itu, Alim pula mengambil keputusan berhenti kerja sebagai penghantar surat dan bekerja di sebuah syarikat lain sebagai jurujual kereta. Hanif yang mahu menghadiahkan sebuah kereta sport kepada Erra sebagai bukti cinta kasihnya kepada Erra menempah kereta tersebut di tempat Alim bekerja. Majikan Alim memilih Alim untuk menghantar kereta tersebut kepada Erra tanpa pengetahuan Hanif. Erra terkejut melihat Alim dan pertemuan itu membangkitkan semula bahang cinta lama. Ini membuatkan Hanif cemburu dan memberi amaran kepada Alim agar jangan berhubung dengan Erra.

Alim yang dibuang kerja akibat tindakan Hanif, pulang mencari kerja di kampung. Erra marah dengan tindakan Hanif dan berlakulah pertengkaran antara mereka sehingga Erra memberi amaran kepada Hanif supaya mengubah perangainya sebelum hatinya berubah kembali kepada Alim.

Erra menjadi buntu kerana dia sendiri tidak dapat melupakan cintanya kepada Alim. Erra yang serba salah meminta ibunya (Hamidah Wahab) menunda majlis pertunangannya dengan Hanif.

Sementara itu, Alim yang kembali semula ke Kuala Lumpur untuk terus membina hidupnya, ternampak perangai buruk Hanif yang menjalin hubungan dengan gadis lain bernama Nia. Alim menasihati Erra agar berhati-hati dengan Hanif kerana dia tidak mahu Erra kecewa lagi.

Hanif yang mengetahui rahsianya sudah bocor, bertindak memukul Alim. Hanif juga mengugut Nia supaya bertemu Erra untuk memberitahu Erra bahawa dia hanya mahu memisahkan mereka berdua. Erra yang dibelenggu rasa kecewa akhirnya tenggelam punca lalu mempercayai yang Hanif bukanlah orang jahat dan merasa bersalah terhadap Hanif. Erra mengambil keputusan mahu meneruskan perkahwinannya dengan Hanif.

Sanggupkah Alim berdiam diri melepaskan Erra menjadi milik Hanif sedangkan Alim mengetahui siapa Hanif sebenarnya? Pastikan anda menonton drama bersiri Butakah Cinta terbitan Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd., setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 11.05 pagi menerusi slot Sutera di RTM1 bermula 13 November ini untuk mengetahui kesudahan kisah cinta yang tragis ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2007 03:59 PM | Show all posts

Reply #25 jue7269's post

maknanya dah byk episode jugak season 2 ni..... seb baik x pernah miss.....

thanx azallea... so saya dah tahu ending season 1 kat mana.... barulah den pafam.... citer ni dah jadi mcm slot samarinda la bg yg x pernah nengok b4 nih.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-12-2007 10:38 PM | Show all posts
Originally posted by azalea_girl at 30-11-2007 05:31 PM
sebnrnya citer utk musim 2 da start..last episod utk citer musim 1 time Erra nak kejar Alim lps Alim hntr bunga dan kad tp tak sempat lak nak jumpa..time tu Erra bawak kereta pusing arah jln lain ...


Timakacih azalea Episod tu yg Erra ingat Alim yg kena langgar lepas balik dari rumah dia eh?
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2007 10:41 PM | Show all posts

Reply #25 jue7269's post

Timakacih Jue Kenapa kesudahan tragis eh? ALim mati ke??? Alamak camna Erra bole bingung sapa yg baik eh kalau benar dia seorang yg berpelajaran tinggi ??Memang la "cinta tu buta" , tapi kan erra selalu cakap yg rasa hati dia selalunya benar!! BEngang la kalau Alim tak dapat kawin dengan Erra
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2007 11:12 PM | Show all posts
Originally posted by DellaRR at 4-12-2007 10:38 PM


Timakacih azalea Episod tu yg Erra ingat Alim yg kena langgar lepas balik dari rumah dia eh?


a'ah..episod yg tulah..masa tu,Alim pun ada kat tmpt kemalangan tu tp Erra tak perasan..
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2007 09:42 AM | Show all posts
aku pun tengok citer nie..ingatkan ulangan tapi adik aku kata..tak..ini sambungan..oh! gitue ker citernya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2007 10:29 AM | Show all posts
rasanya citer ni pun dh nk abis... sbb promo utk drama baru dh ada... in fact Erra sendiri dh nampak Hanif dgn Nia.... so baru dia percaya ckp si Alim....
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2007 11:26 AM | Show all posts
Frustnyer...ari ni x dpt tgk sbb internet problem...selalunya saya tgk streaming rtm1 kt opis....Ari ni problem plak...Tolong ye...sapa2 yg tgk updatekn apa terjadi ari ni punya episod.

Saya ada tgk iklan dia nnt masa Erra & Hanif nk kawin Alim dtg ajak Erra pergi dr situ & bgtahu yg dia sygkn Erra dan bgtahu yg Hanif bknlah lelaki yg baik utk Erra.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2007 12:27 PM | Show all posts

Reply #32 jue7269's post

arini punya citer... mak alim gi jumpa mak Erra bg tau yg Hanif kuar ngan pompuan lain.... then, mak Erra ckp dia x nk msk + urusan anak2. dia pun dah tahu pasal tu sbb Erra dah bgtau dulu sblm tu... dia suh mak Erra nasihatkan Erra.... mak Erra kata dia x nak...

Pastu Mak Long Hanif pun dtg nk bincang pasal pertunangan diaorg... tp mak Erra x leh bg confirmation... Mak Long marah trus dia blk... x nk minum pun... Mak Erra rasa cuak sgt... dia kata x tahan dgn sedara mara Hanif nih...

Mak Long dia pi umah Hanif... bambu Hanif.. pas mak long blk.. mak alim plak dtg... dia nasihat kan Hanif.. dia ckp Erra syg sgt kat Hanif... jgn buat dia mcm tu... kalau suka jaga btul2. jgn kuar dgn pompuan lain... kalu x nk lepaskan aje...

Hanif marah... dia jumpa Alim mlm tu jugak... dia marah sbb Alim citer ngan Erra yg dia nampak Hanif ngan pompuan lain... padahal Erra sendiri nampak.. Mlm tu jugak Erra gi umah Hanif wat spotcheck. tp masa tu Hanif ada umah sorg je.. Hanif ckp Nia tu adik dia...

Erra jugak terserempak alim mkn ngan Mia. Mia mengaku dia makwe Alim. Erra ckp mmg btul Nia tu adik Hanif... Nia nk jumpa Erra esk...

rasanya kan... esk Erra mesti terperanjat sbb adik Hanif yg Nia tu lain muka dia dgn pompuan yg Hanif bawa blk tuh... sbb masa credit title kuar tu... ada 2 pelakun.. satu Nia (Cti Fazurina).. satu lg Nia sebenar...
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2007 01:05 PM | Show all posts

Reply #33 ummihafiy's post

Terima kasih bebyk......:pompom: :pompom: :pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2007 01:20 PM | Show all posts
aku yang tak bape nak layan cite melayu pon boleh tertengok cite neh

bukan ape...kalo tak salah season 1 dulu penah tertengok cite neh...

masa hanif nak bagi bunga siap ayat manis bagai...

ayat tu alim yang karang...hanif tumpang nama je.

(kalo tak salah aku la)

season 2 ni pulak aku ingat RTM main ulang tayang cite yang dulu tuh...

tapi realitinya tidak...
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2007 03:34 PM | Show all posts
hoh main kat tv masa orang tengah kerja, apa apa entah rtm ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2007 01:36 PM | Show all posts
ada siapa2 tengok citer ni semalam & hari ni?
Boleh tolong citerkan?

Txs...:flower:
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2007 04:59 PM | Show all posts

Reply #37 miezarra_27's post

Semalam x de sbb ada live debat.  Ari ni punya citer serba ringkasnya sbb saya tgk kt internet...dok mati2 je internet tu.  

Hanif bawa Nia jumpa Erra, bgtahu yg dia adik Hanif.  Lps tu Erra minta tlg Man yg dia nk sgt jumpa ngan Alim.  Mula2 Alim x nk jumpa tp mak dia pujuk suruh Alim dgr je apa yg Erra nk ckp akhirnya Alim jumpa jugak ngan Erra.  Tp Alim ttp ngan keputusan dia x nk ganggu Erra ngan Hanif dan suruh Erra lupakan dia.  Masa Alim nk pergi Erra pegang tangan dia tp Alim tarik tgn dia lalu pergi dr situ.

Akhirnya Erra bertunang ngan Hanif.  Nia asyik telefon Hanif dan Hanif suruh dia tunggu je kt rumah.  Hanif dan Mak Long dia mkn mlm kt rumah Erra sambil bincang pasal perkahwinan mereka.  Lps tu Hanif gi jumpa Nia kt kondo.(saya x pasti Nia ni sama ngan yg jumpa ngan Erra sbb gambo kt internet ni kecik x perasan, ada saoa2 yg tgk blh bgtahu?)  Hanif sebenarnya nk kawin ngan Erra sbb nk harta arwah ayah Erra.  Lps dia kawin br dia bg makwe dia keluar dr kondo tu...skrg ni dia x bg makwe dia kluar takut org kenal.

Itu le serba sedikit citer ari ni...Lps tu internet trus hang....x tahu apa sudah ari ni punya citer.

[ Last edited by  jue7269 at 7-12-2007 05:01 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2007 05:46 PM | Show all posts

Reply #38 jue7269's post

btul la Nia yg jumpa Erra itu ari... dia menyamar je... pas tu citer tu abis...
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2007 06:03 PM | Show all posts
geram la ngan Hanif tu..baeekkk punya tipu sampai Erra senang2 je percaya..cehh!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2025 02:26 AM GMT+8 , Processed in 0.055632 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list