CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mrs_salvatore

Pengalaman Seorang Pegawai Penyelamat Hutan di USA (ceduk dari reddit)

  [Copy link]
 Author| Post time 20-1-2021 03:04 PM | Show all posts
Kisah Makhluk Halus Jepun : Hachishakusama Bahagian 1
Datuk nenek aku orang Jepun.  Aku pulak membesar di luar negara. Setiap kali cuti musim panas, ibubapa aku akan membawa aku balik kampung berjumpa atuk nenek di Jepun.  Atuk nenek aku ni duduk di sebuah kampung tapi rumah atuk nenek aku ni ada halaman yang sangat luas.  Aku ni satu-satunya cucu kepada atuk nenek aku, jadi setiap kali aku balik tu, mesti aku dimanjakan oleh atuk nenek.

Tapi, kali terakhir aku berjumpa atuk nenek adalah ketika aku berusia 8 tahun.

Tahun itu, seperti biasa, aku dan ibubapaku balik kampung ke Jepun untuk cuti musim panas.  Ibubapa aku merancang nak bulan madu kali kedua, nak pegi melawat tempat lain di Jepun tu, jadi aku pun ditinggalkan dengan atuk nenek.  Atuk nenek tak kisah pun, lagi suka adelah.  

Suatu hari, masa tu tengahari, aku bermain seorang diri di belakang rumah atuk. Dah penat main tu, aku terbaring di atas rumput di laman belakang tu, sambil disinari cahaya matahari musim panas.  Hari tu cuaca nyaman je, angin sepoi-sepoi bahasa.  Hampir terlelap aku dibuatnya.  Tapi tak sempat tutup mata aku terdengar bunyi pelik

Po....po....po....po....po....po....

Aku tercari-cari mana datangnya bunyi tu. Macam ada orang lain di situ buat bunyi po...po...po... Aku sangkakan lelaki sebab suaranya dalam dan agak maskulin.  Laman belakang rumah atuk aku ni dikeliling pagar batu.  Aku terperasan di suatu sudut pagar tu, ada seseorang memakai topi sedang berdiri di belakang pagar tu.  Dari situlah suara itu datang.

Po....po....po....po....po....po....

Kemudian, topi itu bergerak sendiri.  Topi itu berhenti di suatu sudut yang mana, kat situ macam ada jurang kecil di antara pagar itu.  Orang itu seolah-olah sedang mengintai aku, tapi, dia bukan lelaki, dia seorang wanita.  Aku tak rasa takut masa tu, tapi aku pelik bercampur kagum sebab pagar tu tingginya 8 kaki.  Maknanya perempuan tu pun hampir sama tinggi dengan pagar tu. Tak lama kemudian, perempuan itu berlalu pergi begitu sahaja, bunyi pelik tu pun dah tak kedengaran lagi.



Aku pun masuk ke dalam rumah, lepas tu aku pun ceritalah pasal perempuan tadi tu pada atuk dan nenek aku.  Atuk dan nenek aku tengah minum teh kat dapur masa tu. Pada mulanya, diorang dengar tak dengar je ape yang aku cerita tu, tapi bila aku ajuk bunyi po...po...po... tu, tiba-tiba atuk dan nenek aku terkedu. Atuk dan nenek aku nampak macam ketakutan dan terkejut, nenek aku menekup mulutnya dengan tangannya, manakala atuk memegang kedua-dua tanganku dan menarik aku kepadanya.

"Cu, ni penting", atuk mula bernada serius,"Cu cuba ingat balik, agak-agak berapa tinggi perempuan tu?".  
"Sama tinggi dengan pagar belakang rumah atuk", mataku mula berkaca. Tak pernah aku tengok atuk dan nenek serius macam ni.  Atuk bertalu-talu menanyakan soalan kepada aku, "Perempuan tu berdiri kat mana? Bila benda ni terjadi? Cu buat ape? Perempuan tu nampak tak cu?"

Aku cuma mengangguk-angguk kepala je.  Atuk dengan segera terus menuju ke ruang tamu untuk menelefon seseorang pakai telefon rumah.  Aku tak dapat tangkap apa yang atuk katakan, tapi bila aku peluk nenek, seluruh badan nenek menggeletar.  Setelah atuk meletak telefon, atuk cakap pada aku dan nenek, dia nak keluar sekejap. Tapi atuk pesan kat nenek, walau apepun yang terjadi, jangan biarkan aku hilang dari pandangan nenek.  

"Atuk, kenapa ni?", aku tak tahan lalu menangis. Ada sedikit kesedihan di mata atuk, "Cu, Hachishakusama dah berkenan pada cu". Kemudian, atuk terus keluar rumah dan memandu traknya entah ke mana.  Lepas atuk pegi tu, aku tanya nenek, Hachishakusama tu ape?  "Jangan bimbang,cu", tapi ada getar di nada suara nenek. "Atuk tengah nak buat sesuatu tu.  Cu jangan risau ye".

Sambil kami berdua duduk di dapur sambil menunggu atuk balik, nenek pun berceritalah pada aku.  Sebenarnya, kat kampung tu, ada 'sesuatu' yang membahayakan yang dipanggil Hachisakusama, atau dalam bahasa Jepun, Tinggi Lapan Kaki.  Ianya berupa seorang wanita yang sangat tinggi dan apabila berbunyi, ianya akan mengeluarkan po...po...po... dalam nada suara lelaki. Kadang-kadang, perawakannya akan berubah, bergantung pada siapa yang nampak, ada yang kata macam perempuan tua pakai kimono, ada yang macam perempuan muda pakai pakaian berkabung putih. Tapi, ketinggiannya dan bunyinya tetap sama.

Suatu ketika dulu, para sami di kampung itu berjaya menangkap ia dan mereka mengurung si Hachisakusama ni di sebuah bangunan lama di hujung kampung.  Setiap sudut bangunan itu diletakkan 4 berhala kecil atau dalam bahasa Jepun, jizo mengikut 4 arah, Utara, Timur, Barat & Selatan.  Sepatutnya, Hachisakusama sudah terperangkap di tempat itu tapi entah macam ia boleh terlepas pulak kali ni.  Kali terakhir ianya muncul adalah pada 15 tahun yang lalu. Nenek aku cakap, siapa-siapa yang terserempak dengan Hachisakusama akan mati beberapa hari kemudian.  Aku macam tak percaya je dengan cerita nenek tu, tapi cerita nenek tu tetap buat aku takut.....

Bersambung..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-1-2021 03:27 PM | Show all posts
Kisah Makhluk Halus Jepun : Hachishakusama Bahagian 2
Atuk akhirnya kembali jua tapi bersama-sama atuk, seorang wanita tua yang memperkenalkan dirinya sebagai K-san.  K-san memberikan aku sehelai kertas kecil atau tangkal, dan memintak aku untuk memegangnya.  Kemudian, atuk dan K-san naik ke atas dan meninggalkan aku dan nenek berdua di rumah bawah.  Masa nilah, aku rasa macam nak terkencing.  Nenek ikut aku ke tandas, tapi nenek tak kasi aku tutup pintu. Nenek nak tengok jugak aku. Masa ni aku rasa, apa yang nenek cerita tadi bukannya kisah tahyul semata-mata.

Kemudian, atuk dan K-san memanggil aku dan nenek untuk naik ke atas.  Aku dibawa ke bilik tidur aku.  Kesemua cermin tingkap bilik aku ditutup dengan suratkhabar dan ditulis dengan ayat-ayat Jepun yang aku pun tak faham.  Ada 4 mangkuk garam di setiap sudut bilik tu, di tengah-tengah bilik pula ada patung Buddha kecil yang diletak di atas sebuah kotak kayu.  Dalam bilik tu jugak, ada bekas plastik besar berwarna biru.  Aku tanya atuk, bekas tu untuk apa?.  Atuk cakap, bekas tu untuk aku kalau nak buang air kecil atau besar nanti.

Aku terduduk di atas katil.  K-san memegang tangan aku dan menasihatkan aku sesuatu, "tak lama lagi hari nak malam.  Kamu mesti berada dalam bilik ni sampai siang. Tak kiralah apa terjadi pun, kamu tak boleh tinggalkan bilik ni sampai pukul 7 pagi esok.  Atuk dan nenek takkan panggil kamu sepanjang waktu itu. Ingat ye cu, walau apa pun terjadi, walau siapapun yang panggil kamu dari luar bilik ni, jangan peduli."  Aku hanya mampu mengangguk lemah dengan kata-kata K-san tadi.

"Ingat cu pesan K-san tadi", giliran atuk pula yang berkata. "Jangan sesekali kamu lepaskan tangkal yang K-san kasi tu. Kalau ada benda pelik terjadi, kamu berdoalah pada Buddha. Nanti jangan lupa kunci pintu bilik kamu lepas kami tinggalkan kamu nanti".  Selepas itu, atuk, nenek dan K-san meninggalkan aku berseorangan di bilik itu.  Aku pun kunci pintu bilik , lepas tu aku cuba nak tengok tv, tapi mood aku dah mati. Nenek ada bekalkan onigiri dan snek kegemaran aku, tapi aku dah takde selera nak makan.  Aku berasa terkurung dalam bilik tu, macam dipenjarakan.  Akhirnya aku pun terlelap di atas katil...

Pukul 1pagi, aku terbangun sendiri.  Aku terdengar bunyi ketukan jari di tingkap.

Tap, tap, tap, tap,tap...

Hatiku  berdebar-debar, aku dapat rasakan mukaku pucat tidak berdarah.  Aku cuba untuk tenangkan diri sendiri, aku cuba beranggapan ah tu cuma bunyi ranting pokok terkena tingkap je.  Aku kuatkan bunyi televisyen.  Akhirnya bunyi ketukan itu pun berhenti.  Masa itulah, atuk menegurku dari luar.

"Cu, cu ok ke dalam bilik tu?". Atuk bertanya. "Kalau cu takut, tak payahlah cu duduk dalam bilik tu. Meh keluar dari bilik tu, atuk temankan".  Aku rasa lega bila mendengar suara atuk. Cepat-cepat aku berlari ke arah pintu, tapi bila aku pegang tombol je, aku dilanda satu perasaan tak sedap hati. Ye, aku cam tu suara atuk, tapi... hati aku mengatakan itu bukan atuk.

"Cu tunggu apa lagi?". Atuk memujukku lagi. "Cepatlah buka pintu tu cu".  Aku tergerak nak menoleh ke arah kiri, di mana terletaknya mangkuk kecil berisi garam tadi. Dengan mata kepala aku sendiri, aku menyaksikan garam putih itu perlahan-perlahan bertukar hitam.  Cepat-cepat aku lepaskan tombol pintu, dan perlahan-lahan aku berjalan mengundur ke belakang. Aku duduk melutut di hadapan patung Buddha tadi dan berdoa sekuat hatiku agar diselamatkan dari Hachishakusama.  Tangkal pemberian K-san tadi aku genggam kuat-kuat sampai jadi lunyai.

Kemudian, dari luar pintu bilik, aku terdengar bunyi itu lagi...

"Po... Po.. Po... Po...Po..."

Serentak dengan itu, bunyi ketukan jari di tingkap tadi bermula lagi.  Aku tak berani dah nak bergerak ke mana-mana lagi. Aku terlampau takut, aku hanya mampu berlutut dengan mata terpejam dan kedua-dua tanganku menggenggam tangkap tadi sambil berdoa tak habis-habis. "Selamatkan aku dari Hachishakusama, selamatkan aku dari Hachishakusama, selamatkan aku dari Hachishakusama".  Tanpa aku sedari, semalaman aku tak tidur.  Rupa-rupanya dah pukul 7.30 pagi. Aku lihat, garam putih di keempat-empat mangkuk tadi semuanya sudah bertukar hitam.

Dengan perlahan-lahan aku membuka pintu bilikku...

Bersambung.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2021 03:49 PM | Show all posts
Kisah Makhluk Halus Jepun : Hachishakusama Bahagian 3
Bila aku melangkah keluar je dari bilik tu, nenek terus berlari dan mendakapku dengan erat, sambil mulutnya tak habis-habis mengucapkan rasa syukur.  Nenek bawa aku ke bawah rumah, rupanya ayah dan ibu pun ada juga di situ. Tapi, belum sempat aku nak peluk ibu, atuk menggesa kami untuk cepat ikut dia.

Kami pergi ke laman depan rumah atuk, di mana ada sebuah van hitam besar sedang menunggu kami.  Kelihatan juga, beberapa orang lelaki dari kampung atuk. Nampak aku je, lelaki-lelaki tu berbisik sesama sendiri,"oh ni ke budaknye".  Van tu ada 9 tempat duduk.  Aku diminta untuk duduk di tengah-tengah, manakala lelaki-lelaki tadi duduk di tempat mengelilingi aku.  K-san yang memandu van itu, manakala atuk bawak trak die sebagai ketua konvoi, dan ayah pula ikut dari belakang dengan kereta sewanya.



Aku rasa ketakutan dan tidak selesa kerana dikelilingi orang yang aku tak berapa kenal, tapi pakcik di sebelah kiri aku, cuba untuk tenangkan aku. "Pakcik tau adik tengah takut. Tapi adik kena beranikan diri tau.  Adik tunduk je, jangan bukak mata.  Kami tak boleh nampak ia, tapi adik boleh.  Jadi adik jangan buka mata tau.  Dah sampai nanti pakcik beritau".  Dan konvoi kami pun bergerakla...

Tapi, konvoi kami bergerak dengan kelajuan yang macam siput.  Tak tau lah sebab kereta tu yang berat ke atau memang K-san saja bawak perlahan, tapi aku agak adalah dalam 20km/j konvoi kami tu bergerak.  Beberapa minit kemudian, aku terdengar K-san melafazkan jampi-jampi tapi dengan suara yang perlahan.   Serentak itu juga, aku terdengar suara yang menghantui aku itu...

Po...po...po...po...po...po....

Tangkal yang K-san bagi malam tadi aku genggam dengan erat. Aku menundukkan kepalaku, tapi aku sempat buka mata sebelah dan aku ternampak, baju putih melayang di tepi van kami.  Hachisakusama!  Ianya sedang terbang mengikut kami di luar van. Tapi, tiba-tiba, dia menjeling pula pada aku.

"TIDAK!". Spontan aku menjerit.  Pakcik tadi memarahi aku, "kan pakcik dah cakap, tutup je mata tu. jangan bukak-bukak."  Aku pun pejam mata seketat-ketatnya.  Bunyi ketukan di tingkap van pula

Tap,tap,tap,tap,tap...

Suara tadi semakin kuat kali ini.

Po...po...po...po...po...po....

Seluruh tingkap van kami diketuk-ketuk.  Lelaki-lelaki tadi mulalah menggelabah dan ketakutan.  Mereka tak boleh nampak Tinggi Lapan Kaki tu, tapi mereka semua boleh dengar bunyi ketukan dan bunyi po...po...po... tadi.  K-san tak habis-habis berdoa, suaranya makin lama makin kuat sampai hampir nak menjerit.  Semua orang dalam van tu boleh merasakan tekanannya walaupun masing-masing tak nampak apa.

Tapi, akhirnya, ketukan itu berhenti, bersekali dengan suara Tinggi Lapan Kaki itu.  Setelah beberapa saat keadaan menjadi tenang, K-san mengumumkan sesuatu.  "Rasanya kita semua dah selamat ni".  Semua orang melepaskan nafas kelegaan.  Van berhenti di tepi jalan, dan aku disatukan dengan ibuku di kereta belakang tadi.  Aku peluk ibu erat-erat seolah-olah bertahun tak jumpa ibu, aku dapat rasakan kehangatan air mata ibu yang tumpah ke mukaku.

Atuk dan ayah tunduk tanda hormat kepada lelaki-lelaki tadi.  Sebelum K-san pergi bersama lelaki-lelaki itu, K-san minta aku pulangkan tangkal tadi.  Tangkal tu memang tak lepas dari genggaman aku selama ini. Bila aku buka je, tangkal tu dari kuning, bertukar kepada hitam.  K-san memberikan aku tangkal baru.  "Buat sementara ni, adik pegang yang ni pulak ye".

Selepas itu, atuk terus memandu aku, ibu dan ayah ke lapangan terbang. Hari tu jugak kami balik ke USA, dan itulah kali terakhir aku menjejakkan kaki ke Jepun...

Bersambung




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2021 04:15 PM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 21-1-2021 10:23 AM

Kisah Makhluk Halus Jepun : Hachishakusama Bahagian  Akhir


Semasa kami dalam perjalanan pulang dari Jepun, ayah aku kongsi cerita tentang seorang kawan dia masa kecil.  Seperti aku, kawan dia pun pernah terserempak dengan Hachisakusama , kemudian kawan dia tu lenyap macam tu je, tak jumpa-jumpa sampai sekarang.  Ayah aku cerita, ada juga yang terselamat, tapi yang terselamat tu terpaksa keluar dari Jepun dan tak boleh balik Jepun lagi.  Hachisakusama akan memilih kanak-kanak, kerana kanak-kanak ni masih lagi bergantung pada ibubapa dan keluarga, jadi senanglah Hachisakusama tu nak memperdaya kanak-kanak tadi untuk ikut dia.

Ayah aku juga cerita, lelaki-lelaki dalam van tadi bukan sape pun, tapi saudara-mara yang ada pertalian darah dengan kami.  Tujuan aku duduk dikepung oleh mereka dalam van tadi sebab nak buat Hachisakusama tadi keliru.  Tapi nak kumpulkan lelaki-lelaki tadi bukannya mudah, sebab tu malam tadi aku terpaksa 'dikurung' sementara atuk cari cara nak halau Hachisakusama tu.  Ayah aku cakap, salah satu patung Jizo yang jadi perangkap Hachisakusama tu dah pecah, sebab tu ianya terlepas




Aku rasa lega dengan penjelasan ayah tu. Tapi dalam hati aku rasa sedih, nampaknya aku dah tak boleh lah nak pegi Jepun lagi.  Sedar tak sedar, 10 tahun sudah berlalu.  Walaupun aku dah tak balik kampung, tapi seminggu sekali aku akan berhubung dengan atuk nenek melalui telefon.  Selama 10 tahun itu juga, aku pujuk ayah untuk bawak aku balik kampung, setakat cakap kat telefon tak cukup, tapi ayah berkeras tak benarkan.  Aku mula mempertikaikan ayah kerana percaya sangat dengan benda mengarut tu, tapi bukan ayah sahaja, atuk aku pun melarang aku sama sekali balik ke Jepun.  Sehinggalah, 2 tahun yang lalu, atuk aku meninggal. Tapi cuma ayah dan ibu aku je yang balik Jepun. Dalam wasiat arwah atuk siap tulis lg, aku tak dibenarkan untuk beri penghormatan terakhir kepada atuk.  Remuk redam hati aku masa tu.

Beberapa hari yang lalu , nenek aku telefon aku. Nenek cakap, nenek tengah tenat ni. Nenek disahkan menghidap kanser. Nenek sangat rindukan aku dan teringin nak tengok aku sebelum nenek menghembuskan nafas terakhir.  

"Eh betul ke ni nek?", aku rasa teruja, tapi aku masih ragu-ragu.  Ibu ayah tak pernah cakap pun pasal ni, aku pun tak tau nenek tengah sakit kalau bukan sebab nenek yang beritau aku sendiri. "Selamat ke kalau saya balik Jepun?"

"Dah 10 tahun dah nenek tak jumpa cu", ujar nenek aku.  "Cu mesti dah besar kan? Bukan budak-budak lagi. Cu baliklah cu".

"Tapi nek", aku teragak-agak nak tanya, "Macam mana dengan Hachisakusama tu?"

Nenek terdiam dengan pertanyaan aku. Seketika kemudian, suara nenek berubah...

"Po..po.... po..... po..... Po......"

TAMAT.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2021 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 20-1-2021 04:15 PM
Kisah Makhluk Halus Jepun : Hachishakusama Bahagian  Akhir



Perghhh...kisah ni meremang baca


Dia punya ending....mcm kisah2 dari dammerung..

Tq sis salvatore...mmg best
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2021 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Best. Bila baca teringat cerita yurizawa dammerung
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-1-2021 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 20-1-2021 04:15 PM
Kisah Makhluk Halus Jepun : Hachishakusama Bahagian  Akhir



Eh eh acik Hachisakusama ni. Gigih ya 10 tahun masih tak givap

Pandai main tepon pulak tuh hihuu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2021 01:07 PM | Show all posts
Kamu Siapa?

Kisah ni berlaku semasa aku masih bekerja sebagai Emergency Medical Technician atau nama pendeknye, EMT. EMT macam aku ni kejenye lebih banyak di lapangan, banyak masa aku dalam ambulans pastu kalau dapat panggilan dari hospital di alamat ini ini ada kemalangan, aku akan terus ke tempat kejadian dan siapkan mangsa untuk dibawa ke hospital.

Nak dijadikan cerita, pada suatu hari Sabtu yang tenang, kejadian di waktu siang, aku dapat panggilan ada kemalangan melibatkan seorang mat rempit yang bawak motor laju tak pakai topi keledar, dan terlanggar kereta.  Lokasinya di sebuah pinggir bandar yang tak berapa jauh dari Pine Barrens, New Jersey. Aku pun bergegas naik ambulans ke tempat tu, tapi yang herannya, tempat tu kosong.  Maksud aku, takde pun orang berkerumun kat situ. Kereta yang dilanggar pun dah larik. Yang ada, cuma mangsa, aku dan partner aku yang lebih senior dari aku masa tu.  

Tapi, kalau tengok mangsa tu, kemalangan tu memang dahsyat.  Kemalangan paling ngeri yang aku pernah saksikan.  Dari pengamatan kami, mangsa mengalami keretakan tengkorak yang agak teruk, gegaran di kepala, dan darah yang tak berhenti-henti mengalir.  Giginya pun ada yang dah hilang dan ada sebahagian kulit yang terkopek akibat gelinciran di jalan raya.  Kalau tengok kecederaan tu, memang mangsa ni patutnya dah meninggal dah. Kalau dapat diselamatkan pun, dia bakal jadi sayur jelah lepas tu.  Kami nak alihkan masuk ambulans pun tak berani, takut nanti kecederaan dia makin parah.

Aku pun keluarkan lah peralatan kecemasan dari ambulans, yang kawan aku pulak menemani mangsa tadi sambil periksa nadi mangsa.  Tiba-tiba, mangsa tu melompat bangun.  Depan mata aku sendiri, aku nampak mangsa tu melompat, tak guna tangan pun, sekadar kekuatan badan dia, tup tup dia dah berdiri atas dua kaki.  Terkejutlah kami berdua.  Lelaki tu pandang kami berdua yang tengah melopong tu sambil tersenyum.  Pastu, dia terus meluru cuba nak dapatkan motorsikal dia yang dah remuk tu.  Aku dan kawan aku cuba nak halang lelaki tu, tapi kami pun tak berani nak bergelut memandangkan lelaki tu dah cedera teruk.  Dah tak berjaya nak lari naik motor, lelaki tu akhirnya memecut masuk ke kawasan semak dan kami hanya mampu memerhatikan je bila lelaki tu lari macam tak cukup tanah masuk ke kawasan hutan pulak.  

Aku dan kawan aku termenung la kejap kat situ, macam mimpi pulak rasanya.  Sampailah kawan aku menoleh dan cakap kat aku,'wei tadi aku check, dia dah takdak nadi wei'.  Eh takkanlah.... "Kau silap check kot".  "Dak...aku dah bertahun-tahun buat kerja ni takkanlah aku boleh silap".

Kami pun hubungilah balik pihak pejabat dan cerita apa sebenarnya yang terjadi. Polis pun datang, pencarian pun dilakukan.  Pastu aku pun tak pasti samada dapat jumpa ke tak lelaki tu sebab hutan kat tempat tu memang luas.  Sampai sekarang, aku masih tertanya adakah dia manusia atau sebaliknya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-1-2021 05:44 PM | Show all posts
Pengalamanku Di Kolam Air Panas Diamond Fork, Utah

(Tempat ni memang wujud korang leh google sendiri. Lawa tempatnya)


Kolam Air Panas Diamond Fork ni jaraknya dalam sejam setengah naik kereta dari Salt Lake City, tapi lokasinya dalam hutan dan kalau korang nak pegi, memang kene hike sikitla.  Tempat ni jugak merupakan kawasan bersejarah untuk Orang Asli Amerika, sebab kawasan ni dulu pernah jadi rebutan antara Orang Asli Amerika dan pendatang asing masa tu.  Perang Black Hawk, Perang Provo dan Perang Walker adalah antara beberapa peperangan yang pernah berlaku kat tempat ni. Tapi sekarang ni, kawasan ni dah jadi tarikan pelancongan sebab keunikan dan kecantikan Kolam Air Panas Diamond Fork.



Aku ingat lagi, masa tu baru 11 Jan 2016, aku ajak isteri aku Kenna untuk pegi ke kolam air panas tu. Sebenarnya aku dah beberapa kali dah pegi ke kolam air panas tu, tapi kali ni aku memang saja pegi waktu musim sejuk sebab ikut pengalaman aku , waktu macam tu memang orang tak ramai jadi bolehlah kami mandi puas-puas kat situ.   Jadi, pada hari tu, kami mulakan perjalanan kami ke kolam tu pada kira-kira pukul 1tengahari.  Jadi sempatlah kitorang nak balik sebelum matahari terbenam.

Pendakian kami kali ni santai-santai je, setiap setengah jam kami berhenti berehat sekejap.  Tapi tak pastilah kenapa, perjalanan kali ni macam panjang sangat.  Dalam perjalanan nak ke kolam air panas tu, kami kena lalu sebuah jambatan dulu. Nak sampai jambatan tu pun dah pukul 3 petang. Sebenarnya aku agak risau takut nanti tak cukup masa nak balik. Tapi kitorang gagahkan jugak berjalan sampailah akhirnya kami terbau sulfur.

Yeah sampai jugak akhirnya kami ke kolam tu.  Kebetulan jugak, ada sekumpulan penunggang basikal baru je keluar dari kolam air panas tu. Kami pun tegur dan sempat sembang-sembang dengan ahli group tu.  "Eh tak lewat sangat ke korang ni? Musim sejuk ni kan cepat malam".  Aku dan Kenna senyum je.  Dalam 10 minit tu, akhirnya kumpulan tu pun pegi dan tinggallah aku dan Kenna berdua je kat situ.

Tempat tu memang lawa sangat. Dengan ditaburi salji di sekelilingnya, wap-wap air panas berkepul-kepul naik ke udara.  Macam kat sauna terbuka.



Aku dan Kenna pun apa lagi, berendamlah kami dalam kolam air panas tu.  Walaupun nama tempat ni kolam, tapi sebenarnya ia lebih kepada sungai.  Memandangkan cuma aku dan Kenna je kat tempat ni, jadi kami pun menjelajahlah ke seluruh tempat ni. Kalau rasa boring kat kolam ni, kami beralih pulak ke kolam sana.   Sedar tak sedar, dah nak masuk pukul 5 petang.

Nak tak nak aku dan Kenna terpaksalah balik, sebab takut nanti dah gelap sangat pulak. Dah bersiap-siap tu, kami pun turunlah dan masa nilah aku rasa macam badan aku letih dan berat sangat.  Tapi aku cuma berfikir, mesti tadi sebab aku dah selesa sangat dalam kolam air panas tu yang nak balik ni rasa lemau je. Tapi aku perhatikan Kenna pun macam tu, lemau dan berat langkah je.

Belum sampai setengah perjalanan kami nak ke tempat letak kereta, suasana semakin gelap.  Tapi aku cuba taknak pasang lampu suluh, sebab sebelum datang sini aku pakai main amek je lampu suluh tu, aku tak periksa pulak baterinya tinggal banyak mana.  Perjalanan kami masih panjang lagi, adelah dalam 5 batu. Tapi nasib baik masa tu dah ada bintang-bintang di langit, jadi kami cuma berjalan je ikut laluan yang dah ada.  Aku perasan yang Kenna macam tengah moody dan penat, jadi aku ajaklah Kenna bersembang. Aku tanya Kenna pasal filem seram yang Kenna baru tengok dengan kawan dia hari tu.  Jadi Kenna pun ceritalah pasal filem tu.  Tengah aku khusyuk dengar Kenna bercerita tu, tiba-tiba aku dilanda satu perasaan macam diperhatikan.

Aku rasa Kenna pun rasa macam tu jugak, sebab tiba-tiba cerita dia terhenti. Untuk beberapa saat. Lepas tu Kenna ubah topik lain pulak, dan aku pun layan jelah sebab nak halau perasaan tu jauh-jauh. Tengah sedap menyembang tu, aku terdengar bunyi siulan.  Di sebelah kanan aku ni, dalam 5 kaki macam tulah, ada anak sungai, jadi aku beranggapan tu bukan siulan, tapi bunyi air sungai tengah mengalir. Sebenarnya bunyi siulan tu macam sayup-sayup je, kena tumpukan perhatian baru boleh dengar.

Tiba-tiba Kenna tepuk bahu aku. Pergh, melompat aku jadinya. Rupanya aku terlampau khusyuk berjalan dan amati bunyi siulan tu sampai tak dengar Kenna panggil nama aku. Kenna kata dia nak berhenti jap berehat, jadi sebagai suami yang baik aku pun ikut jelah. Kami berdua duduk di tepi laluan dalam gelap-gelap tu sambil makan gula-gula dan minum air sekejap.  Tapi kali ni, bunyi siulan tu makin jelas...

Aku yakin Kenna pun dengar jugak.  Aku dah makin tak selesa.  Aku pun paksa jugak Kenna, jomlah kita balik, tak payah nak tunggu apa lagi dah gelap ni.  Aku sebolehnya nak sampai ke jambatan tadi tu.  Sebab lepas jambatan tu jalan berturap dah, pastu dalam 2 batu nanti sampailah ke kereta kami.  Kami pun berjalan sampailah ke satu kawasan yang agak cerun sikit.  Sebab jalannya agak cerun, jadi aku dan Kenna pun keluarkanlah lampu suluh masing-masing. Aku mintak Kenna jalan dulu depan aku.

Aku menyuluh ke arah laluan yang dipenuhi salji tu.  Atas salji tu ada kesan tayar basikal, mungkin tayar kumpulan penunggang basikal tadi, dan turut ada sekali, tapak kaki manusia berselang-seli dengan tapak kaki anjing.  Hati aku rasa lega, aku rasa mungkin ada orang datang berkhemah kat sini bawak anjing diorang. Tapi, kenapa orang tu hiking tak pakai kasut? Aku dah rasa tak sedap hati.  Langkah Kenna dah makin laju.  Aku pulak asyik tertoleh-toleh ke belakang bila memikirkan kemungkinan ada orang pelik kat sekitar tempat ni.

Tapi akhirnya, kami berjaya jugak melintasi jambatan tu.  Dan tanpa disedari juga, bunyi siulan tu dah takde.  Kami kini sedang berjalan di atas jalan berturap.  Kami berhenti berehat kejap, duduk-duduk ambil tenaga dan angin. Masa nilah, Kenna tiba-tiba merapatkan dirinya kepada aku. Aku dapat rasakan seluruh tubuhnya menggeletar. Kenna menunjukkan jarinya ke arah tanah. Rupanya, kat tempat kami duduk tu penuh dengan tapak kaki haiwan yang besar-besar. Tak mungkin tapak kaki anjing. Dan diselangseli dengan tapak kaki manusia. Dengan lampu suluh yang aku ada, aku suluh ke mana arah tapak kaki tu. Tapak kaki tu menuju ke atas sebuah bukit, tapi yang ajaibnya, dalam separuh jalan tapak kaki manusia tu hilang terus, yang ada cuma tapak kaki haiwan tu je.

Dengan baki kekuatan yang ada, aku tarik Kenna dan paksa jugak Kenna berjalan.  Hari semakin gelap, tapi gelapnya lain macam. Walaupun disinari cahaya lampu suluh dan bintang-bintang.  Kegelapan yang teramat pekat seolah-olah diselubungi kain hitam.  Aku berjalan ikut langkah aku je, kalau aku masih berpijak di jalan berturap, maksudnya betul la tu.  Kenna tiba-tiba tarik siku aku, dia mengarahkan lampu suluhnya ke arah belukar di sebelah kiri kami.  Aku ingatkan kenapa, rupanya, ada 4-5 ekor bangkai rusa di situ.

Bangkainya masih baru, darahnya pun masih meleleh lagi.  Dan barulah aku sedari, jalan yang kami sedang pijak tu pun dah dipenuhi dengan darah dari bangkai rusa tu. Mukaku pucat, ditoreh pun tak keluar darah.  Aku tak tau kenapa rusa-rusa itu dibiarkan begitu, tapi aku dapat rasakan, ini bukan perbuatan haiwan pemangsa.  Kali ni aku dan Kenna pun jalan berpegangan tangan sambil kami cepatkan langkah kami masing-masing.

Akhirnya, kami sampai ke tapak perkhemahan, kalau jumpa tapak ni tu tandanya kami dah nak sampai la tu.  Masa tu lah, kami terdengar bunyi lolongan dari belakang kami.  Lolongan yang membuatkan bulu romaku menegak.  Aku tak pasti itu bunyi manusia atau haiwan.  Tapi kali ni memang aku dan Kenna berlari nak dapatkan kereta kami di tempat letak kereta.  Dan bunyi lolongan itu juga seolah-olah sedang mengejar kami.

Kenna dah nampak kereta dah, dia berjalan dulu ke kereta sebab dia yang pegang kunci, aku pulak silap, aku pegi toleh belakang.  Rupanya di belakang aku, di kiri kanan dan merata-rata aku, aku ternampak bayang-bayang sekumpulan manusia yang seolah-olah sedang mengepung aku. "Kenna, lari! Cepat lari sayang!"  Kenna tersentak dan terberhenti sekejap. Tapi bila Kenna toleh belakang je... Kenna pun terus pecut dan cepat-cepat buka pintu kereta.  Kenna dah menangis ketakutan nak tunggu aku masuk kereta.

Akhirnya kami berdua pun dah masuk kereta, tapi bayang-bayang sekumpulan lelaki tadi semakin mendekati kami.  Aku dah menggelabah nak start enjin kereta dan masuk gear, apabila Kenna tiba-tiba menjerit. Lelaki-lelaki tadi cuma beberapa kaki saja dari kereta kami, dan kami boleh nampak muka mereka semua dengan jelas. Kesemua mereka membuntangkan mata masing-masing sambil menyeringai melihat kami di dalam kereta.  Aku pun terus tekan minyak eh lantaklah terlanggar ke, yang penting kami nak lepas daripada mereka.

Aku memandu dengan kelajuan 40batu sejam, walaupun jalan disitu sempit dan diapit dengan jurang.  Tapi lelaki-lelaki tadi masih mengejar kami.  Kenna dah menangis tak berhenti-henti, aku pulak dah berpeluh jantan nak memandu di  jalan sempit tu.  Entah kenapa, lelaki-lelaki tadi berhenti mengejar kami.  Aku melihat melalui cermin belakang, lelaki-lelaki itu dengan mudahnya melompat memanjat pokok dan hilang entah ke mana.  Aku teruskan memandu sehingga masuk ke jalan utama, masa nilah aku betul-betul menghembuskan nafas lega.

Pukul 7.30 aku dan Kenna sampai rumah akhirnya. Kami masih trauma dan menggigil ketakutan dengan kejadian tadi. Nak tidur pun tak berani. Jadi kami pasang lampu satu rumah, dan kami layan filem satu demi satu sampai pagi.  Sepanjang malam tu kami langsung tak ada mood nak menyembang.

Aku pernah kongsi cerita ni dengan kawan-kawan aku yang lain, teori kawan-kawan aku, mungkin kumpulan lelaki tu cuma perompak. Tapi entahlah, ianya tak dapat nak menerangkan perasaan ngeri aku dan Kenna. Tapi aku nasihatkan kawan-kawan aku, nak pegi sana, jangan sampai malam baru nak balik.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2021 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Bestnya tt aku baca thread ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2021 05:16 PM | Show all posts
Robert Si Patung

Pada penghujung 1800an, Thomas Otto dan keluarganya berpindah ke sebuah rumah mewah di sudut antara Jalan Eaton dan Jalan Simonton di Key West, Florida.  Rumah ni sekarang ni dikenali sebagai Artist House. Rumah ni masih wujud lagi di Florida.

  

Keluarga Otto dikenali kerana ketegasan mereka terhadap pembantu rumah masing-masing.  Ada juga khabar angin mengatakan keluarga Otto ni ada menganiayai pembantu rumah.   Sehinggalah, mereka menggajikan seorang pembantu rumah berbangsa Haiti.  Wanita Haiti itu diupah untuk mengasuh anak mereka, Robert.  Puan Otto menuduh wanita Haiti itu mengamalkan ilmu sihir di rumah tu lalu dia pun terus memecat wanita tersebut. Tapi sebelum wanita itu pergi, dia hadiahkan pada Robert sebuah patung yang dibuat sendiri. Patung tu tingginya 3 kaki, butang baju dijahit sebagai matanya dan badannya dipenuhi dengan jerami.  Patung itu juga ada rambut, dan dikatakan yang rambut tu adalah rambut Robert yang dijahit pada patung tersebut.

Robert sangat sayangkan patung tu, dan dia seringkali memakaikan bajunya sendiri pada patung itu. Akhirnya patung itu menjadi teman setia Robert. Kemana-mana sahaja dia pergi, dia pasti akan membawa patung itu, hatta kalau keluar rumah sekalipun.  Ketika di meja makan, Robert akan membawanya sekali dan Robert akan senyap-senyap suapkan makanan pada patung itu.  Robert memang tak boleh berenggang dengan patung tu, sehinggalah, Robert akhirnya meminta untuk dipanggil Gene. Gene ni adalah nama tengah Robert.  Ibunya teruk memarahi Robert sebab pandai-pandai je nak tukar nama, tapi Robert kata, sekarang ni patung tu yang bernama Robert, dia sekarang ni kena pakai nama Gene.  

Gene seringkali ditemui berada di bilik mainan sambil bersembang-sembang dengan Robert si patung itu.  Dikatakan jugak, adakalanya si patung itu akan bercakap semula pada Gene, tapi suaranya perlahan saja dan pada zaman itu takde perakam, jadi sukar nak dibuktikan betulkah Robert si patung tu boleh bercakap.  Kelakuan Gene jugak berubah, daripada seorang budak yang ceria, kini dia jadi lebih pendiam dan cepat gementar. Ibu dan pengasuhnya mula risau dengan perubahan si Gene.  Adakalanya, si ibu menemui anaknya berteleku di sudut bilik dan Robert si patung duduk di atas kerusi menghadap Gene. Tapi ini cuma permulaannya...

Bilik-bilik yang bersepah dan barang-barang dalam bilik tersebut berterabur merata-rata,  permainan Gene dirosakkan dan hampir musnah, dan kadang-kala boleh kedengaran bunyi ketawa kecil kanak-kanak.  Gene selalu dituduh kerana nakal, tapi Gene tak mengaku. "Robert yang buat!".  Tapi Gene relakan diri sahaja dirinya dihukum oleh si ibu. 'Kenakalan Gene semakin menjadi-jadi, sehingga ramai pengasuh dan pembantu rumah yang berhenti kerana tak tahan dengan kenakalan Gene.  Keluarga Otto pula mula rasa ada sesuatu yang tak kena pada Gene.

Atas saranan seorang nenek saudara,  ibubapa Gene mula memisahkan Gene dengan patungnya Robert.  Robert si patung diletak di dalam sebuah kotak dan disimpan dalam loteng rumah tersebut. Disitulah Robert si patung bersemadi untuk beberapa tahun lamanya.

Sehinggalah, ayah Gene meninggal dunia, dan akhirnya rumah itu menjadi milik Gene. Gene mengambil keputusan untuk tinggal di rumah itu bersama isterinya.  Gene kini adalah seorang pelukis, dan Gene merasakan rumah yang luas itu amat sesuai untuk dijadikan studio lukisan beliau.  Setelah ayah Gene meninggal, barulah Gene berani untuk mendapatkan semula Robert si patung dari loteng rumah itu.  Selama bertahun-tahun itu jugalah sebenarnya Gene menyimpan rasa rindu terhadap patung kesayangannya.  

Si isteri pula tidak senang dengan Gene kerana Gene tak boleh nak berenggang dengan Robert. Kemana-mana sahaja pasti Gene akan membawa Robert si patung.  Sehingga ke bilik tidur mereka, Gene akan letakkan Robert di sebuah kerusi bersebelahan katil kelamin mereka.  Lama kelamaan, perkahwinan Gene dan isterinya semakin hambar dan isteri Gene dikatakan mengalami tekanan jiwa dan meninggal dunia atas sebab yang tidak diketahui. Tidak lama kemudian, Gene pun meninggal dunia juga.

Robert si patung dikatakan pernah menyerang manusia, kadang-kala dia akan mengurung manusia di dalam loteng.  Pernah juga ada laporan dari orang-orang yang melintasi rumah tersebut, mereka terdengar suara hilai tawa dari bilik tidur utama rumah itu.  Rumah itu akhirnya kosong buat sekian lamanya, tapi tiada siapa pun yang berani memindahkan Robert dari rumah itu.  Sehinggalah, akhirnya rumah tersebut dibeli oleh sebuah keluarga.  Rumah buruk itu diubahsuai oleh keluarga tersebut, dan Robert akhirnya disimpan semula ke dalam loteng. Tapi, patung itu seringkali dijumpai di tempat lain di dalam rumah itu.  

Pada suatu malam, pemilik rumah tersebut terbangun, dan Robert sudah berada di kaki katilnya dengan pisau dapur di tangan. Bunyi kekekan ketawa dari Robert sudah cukup membuatkan pemilik rumah tersebut lari keluar dari rumah itu malam itu juga.

Robert kini dipindahkan ke Muzium East Martello di Kew West, dan dia dipamerkan di dalam sebuah kotak kaca. Walaupun sudah dikurung, Robert masih tak putus asa nak kacau manusia. Pengunjung dan kakitangan muzium tersebut melaporkan pernah melihat Robert bergerak. Wajah Robert yang sentiasa tersenyum adakalanya akan bertukar masam.  Pernah satu ketika, seorang staf membersihkan Robert, kemudian dia pun menutup semua lampu muzium dan bergerak balik ke rumah.

Keesokkan paginya, apabila dia membuka muzium tersebut, dia mendapati semua lampu terpasang, kedudukan Robert beralih daripada semalam, dan ada kesan debu di tapak kakinya.  Ada juga yang mendakwa adanya sumpahan Robert. Kalau nak ambil gambar Robert, kena mintak kebenaran Robert dulu dan tunggu hingga Robert menggerakkan kepalanya tanda setuju. Kalau tidak, Robert akan menyumpah si pengambil gambar termasuk orang yang menenami si pengambil gambar tadi.  Termasuklah, jangan sesekali mengejek Robert kalau taknak terkena sumpahan Robert.

Sehingga sekarang, Robert si patung masih lagi dipamerkan di Muzium East Martello.....



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2021 11:45 AM | Show all posts
Addrianna replied at 26-1-2021 03:29 PM
Bestnya tt aku baca thread ni

tocey tocey uols
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2021 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
TT, takde apdet ke.. hehehe.. ai sentiasa sabar menanti apdet dr TT. Dah jd bahan bacaan sebelum tido. Lps tu tido mimpi antu
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2021 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Alaa...thread naik, ingatkan tt ada update cerita baru
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2021 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Takde update ke TT
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2021 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Hehehe sorry ye suma I lambat update sikit. Wifi rumah I wat hal la plop. Huhuhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-1-2021 08:39 PM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 31-1-2021 08:40 PM

Kisah Nenek Tua

Kisah ni berlaku semasa aku bekerja sebagai penjaga di Sheffield, United Kingdom.  Kerja aku ni lebih kepada menyediakan perkhidmatan membantu orang tua yang duduk bersendirian di rumah masing-masing untuk menguruskan diri mereka.  Tapi, sebagai penjaga kami tak perlu bermalam atau tinggal di rumah mereka.  Semasa peristiwa ni terjadi, aku dah setahun lebih jugak bekerja sebagai penjaga, jadi aku dah biasa dah menguruskan orang tua ni.  Ada jugak aku menyaksikan kematian orang tua di bawah jagaan aku, tapi dalam bidang tugas aku ni, kematian tu adalah satu lumrah kehidupan yang tak boleh nak dielakkan.

Syarikat tempat aku bekerja ni agak terkenal, jadi klien kami pun agak ramai.  Tapi kami agak kekurangan kakitangan yang berkemahiran dan berminat dengan bidang tugas ni, jadi adakalanya dalam sehari tu 2-3 klien jugaklah yang aku kena jaga.  Jadual tugas aku berkisar pada 4 waktu utama, waktu sarapan, makan tengahari, minum petang dan makan malam.  Bergantung pada keperluan klien-klien kami.

Nak dijadikan cerita, pada suatu hari, masa tu aku cuti, aku diminta untuk menggantikan seorang rakan setugas aku.  Tapi, jadual klien rakan setugas aku ni agak istimewa sikit, aku kena bertugas menjaga seorang wanita tua untuk sepanjang hari tu.  Masa tu aku bujang, aku pun tak kisah, aku fikir aku bolehlah cari duit lebih sikit.  Jadi aku pun setuju jelah.

Wanita tua yang aku jaga hari tu, aku rasa orangnya agak berduit sebab rumah dia agak besar untuk dia seorang.  Siap ada ruang bawah tanah lagi. Tapi memandangkan nenek ni dah tak larat nak berjalan naik tangga, jadi nenek ni duduk di bilik orang gaji di tingkat bawah.  Bilik orang gaji tu bersebelahan je dengan dapur, dan tandasnya agak kecil sikit. Kiranya bukak pintu je terus masuk dapur la.  Sebab bilik air dan tandas tu agak kecil sikit, dan nenek ni pun tak berapa kuat nak berdiri lama-lama, jadi nenek ni kena pakai tandas mudah alih untuk mandi dan buang air.  Untuk bersihkan tandas ni, aku terpaksa pakai bilik air kat tingkat atas sebab tandas tu besar sikit.


Untuk hari tu, segalanya berjalan lancar. Nenek tu pun bukanlah seorang yang cerewet sangat.  Dia pun nampak ceria dan tak macam orang tua lain yang murung sebab kesunyian.  Sedar tak sedar, hari dah nak masuk petang.  Tinggal 2 jam lagi sebelum shift aku berakhir.  Aku buatkan nenek tu secawan teh, dan aku tinggalkan tv terpasang untuk nenek tu sebab aku nak kena bersihkan tandas mudah alih tu kat tingkat atas.  

Nak naik ke tingkat atas tu, aku kena lalu ruang tamu.  Dan di sebelah tangga nak naik ke tingkat atas tu, ada pintu nak ke ruang bawah tanah.  Aku terperasan, yang pintu tu dah terbukak sikit.  Ok, aku dah rasa pelik sikit.  Sebab seharian tu cuma aku dan nenek tu je ada kat rumah tu. Aku rasa aku tak bukak pun pintu bawah tanah tu, tapi aku cuba sedapkan hati sendiri, ah entah-entah pintu tu dah terbukak dari tadi, cuma aku je yang tak perasan kot.  Pintu tu ada selak, jadi aku pun tutup dan kuncilah pintu tu. Aku sempat jenguk tengok di sebalik pintu tu, gelap gelita je.

Masa tu musim sejuk, jadi walaupun jam baru pukul 6 petang, tapi kat luar rumah tu dah gelap.  Aku pun bukaklah lampu ruang tamu, tapi entahlah, walaupun dah bercahaya, tapi keadaan rumah tu bagi aku nampak suram je.  Suram dan seram. Aku dah rasa berat dah nak naik tingkat atas tu, sebab tingkat atas tu gelap.  Tapi aku gagahkan la jua, sambil bawak tandas mudah alih yang berat tu, aku pun naik tangga secepat mana yang boleh.  Tandas kat tingkat atas tu letaknya di hujung bahagian rumah atas, merab-raba la jugak aku nak carik suis lampu.  

Dah jumpa bilik air tu, aku pun cepat-cepatlah basuh tangki tandas mudah alih tu.  Sepanjang aku dalam bilik air tu, aku rasa macam aku tengah diperhatikan seseorang. Tiba-tiba je bulu roma aku meremang, tapi aku beranggapan sebab masa tu kan musim sejuk jadi suhu rumah tu agak dingin berbanding hari biasa.  Nasib baiklah jugak aku dah selesai basuh tangki tu apabila aku terdengar bunyi benda jatuh di tingkat bawah. BAM!

Dari takut-takut, aku jadi risau. Aku risau kalau nenek tu terjatuh dari katil je. Jadi aku pun cepat-cepatlah angkat tandas tu dan berlari menuju ke bilik nenek tu.  Bila aku masuk dapur je, berderau darah aku bila nampak pintu bilik nenek tu dah terbukak.  Tadi aku yakin memang aku dah tutup pintu tu, dalam fikiran aku, aku ingat ada perompak masuk.  Aku pun letak tandas tu di dapur dan terus meluru masuk ke bilik nenek tu.

Tapi, nenek tu ok je. Takde orang lain selain kami di bilik tu.  “Nenek, nenek ok ke? Macam mana pintu ni boleh terbukak?”.  Mata aku melilau-lilau melihat keadaan bilik itu. Kemas macam aku tinggalkan tadi. Cuma, kerusi malas yang tadinya terletak di sebelah katil nenek tu dah beralih ke sebelah pintu dan menghadap katil nenek pula.  Ok, cuma ada aku dan nenek je, mustahil la nenek tu boleh pindahkan kerusi malas tu.  Nak jalan pun dia tak larat.  Jadi, sape yang alihkan? Sape yang bukak pintu bilik ni?

Aku cuba nak alihkan kerusi malas tu, tapi nenek melarang. “Eh, jangan alih. Biar je kat situ. Nanti Harold nak duduk”.  Harold?  Aku teringat tadi nenek ada sebut jugak pasal laki dia, Harold. Tapi Harold dah bertahun-tahun dah meninggal dunia.  Aku dah tak berani dah nak duduk kat situ lama-lama, jadi aku pun capailah beg aku dan ucap selamat tinggal kat nenek tu.  “Tak payah tutup pintu bilik ni ye. Nanti senang Harold nak ke dapur”. Aku pun pelagi, cepat-cepatlah aku keluar dari rumah tu.

Dari luar rumah, aku terdengar suara nenek sedang ketawa…. dan suara seorang lelaki sedang bercakap sesuatu dengan nenek tu.  Selepas kejadian tu, memang takdelah dah aku nak nak jejak kaki ke rumah tu lagi.






This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2021 09:44 PM | Show all posts
Misteri Rumah Tinggal

Aku merupakan salah seorang anggota Tentera Udara USA.  Di kalangan tentera USA ni, ada satu kisah pasal rumah tinggal di Pengkalan Tentera USA Kadena yang letaknya di Kepulauan Okinawa. Setakat ni, aku dah dengar 2 cerita pasal rumah tu dari 2 orang tentera berlainan.


Pada tahun 1980an, ada kes di mana seorang tentera bunuh diri selepas membunuh semua ahli keluarganya di rumah tu.  Rumah tu jenis semi-D, dan sampai sekarang rumah tu memang ditutup terus dan ditinggalkan begitu sahaja walaupun rumah tu letaknya dalam pangkalan tentera.  Sebab dah banyak sangat cerita angker pasal rumah tu, kat depan rumah tu diletak 2 patung.  Selalunya orang letak patung kan menghadap ke luar, tapi patung-patung tu menghadap ke arah rumah, alasannya untuk kurung kejahatan dalam rumah tu dari terlepas keluar.

Kisah pertama diceritakan oleh abang ipar aku.  Abang ipar aku ni ditugaskan untuk jaga keselamatan pangkalan tu walaupun abang ipar aku ni berpangkat staff sarjan.  Rumah tinggal tu memang selalu jugaklah jadi tumpuan budak-budak nak datang cabar keberanian diri sendiri, atau remaja yang bosan tak reti nak buat apa pastu saja je nak tengok rumah tu.  Pada suatu malam, abang ipar aku ni dapat laporan ada budak-budak nakal ceroboh masuk pangkalan, jadi abang ipar aku ni hantarlah staff dia, seorang lelaki dan seorang perempuan pegi ke rumah tinggal tu.  

Jadi tentera lelaki dan perempuan tu pun pegilah buat pemantauan.  Memandangkan rumah tu berkunci, jadi diorang ni pun terpaksalah masuk ikut belakang.  Belakang rumah ni ada laman sikit dan pintunya pun jenis pintu gelungsur, tapi sebab rumah tu dah beberapa kali kena ceroboh, jadi pintunya boleh dibukak walaupun tersekat-sekat sikit akibat karat.

Tentera lelaki tu masuk dulu, diikuti dengan tentera wanita tadi. Keadaan rumah tu memang gelap gelita, bekalan elektrik kat rumah tu dah lama dipotong.  Jadi mereka berdua terpaksa guna lampu suluh je.  Tiba-tiba, tentera lelaki tadi suruh kawan dia tu keluar dari situ. Tentera wanita tu pelik dah ,”Eh kenapa bro?”.  Tapi tentera lelaki tu tak berani menoleh tengok muka dia. “Ko keluar jelah. Tunggu je aku kat luar tu”. Tentera wanita tu pun ikut jelah arahan kawan dia tu.

Dalam 5 minit la jugak tentera wanita tu menunggu di jip mereka, barulah tentera lelaki tu keluar, tapi seorang diri je.  Sebelum naik jip tu, tentera lelaki tu sebab toleh dan tenung je rumah tu untuk beberapa ketika.  Selepas dapat signal dari tentera lelaki tu yang rumah tu kosong, si tentera wanita tu pun hubungilah pangkalan melalui radio untuk maklumkan yang rondaan dah selesai dan diorang pun baliklah naik jip.

Masa dalam jip tu, si tentera wanita tu tanyalah pada partner dia tu, kenapa dia disuruh keluar tadi. Dia nampak ape? Jadi kawan die pun ceritalah, “Aku tak nampak apa. Tapi tadi masa aku masuk dalam rumah tu, ada orang bisik kat telinga aku. Bunuh perempuan tu, bunuh perempuan tu, bunuh perempuan tu.  Sebab tu aku suruh kau keluar”.

Kisah kedua pulak, daripada kawan askar aku yang satu pasukan dengan aku masa kat Kuwait.  Sebelum tu pun, dia ditugaskan di bahagian keselamatan Pangkalan Tentera Udara Okinawa tu.  Pada suatu malam, dia dan kawan dia diarahkan untuk pegi ke rumah tu sebab dapat laporan pencerobohan lagi.  Jadi kawan aku dan rakan dia tu pun masuklah ikut belakang.  Mereka berdua menemui seorang remaja lelaki tengah menggeletar ketakutan dalam rumah tu. Kawan aku pun tanyalah, apa dia buat kat sini.  Dia cakap, dia dan kawan dia dicabar untuk bermalam kat rumah tu.  Jadi kawan aku ni pun cariklah budak lagi sorang tu. Diorang jumpa jugak budak lagi sorang tu, duduk sorang-sorang dalam gelap di sebuah bilik kosong dalam rumah tu. Cuma, budak yang ni ditemui dalam keadaan kaku.  Tak mati, tapi bila kawan aku ni sentuh dia, pegang bahu dia, cuba bercakap dengan dia, budak tu tak memberikan apa-apa tindakbalas langsung. Akhirnya, budak tu dibawa ke hospital.  Tapi menurut kawan aku ni, masa kat hospital pun budak tu cuma diam terkebil-kebil sambil memandang ke siling.  Kawan aku pun tak pasti, adakah budak tu dah sihat sebab tugas dia sampai kat situ je…

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2021 12:03 PM | Show all posts


besttttt sambung lagik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2021 01:23 PM | Show all posts
Kisah Orang Asli Amerika : Siapakah Perempuan itu?
Aku membesar di tanah rizab Orang Asli Amerika.  Boleh dikatakan, semua orang yang pernah tinggal kat tanah rizab ni mesti ada kisah misteri mereka tersendiri.  Tapi bagi aku, cerita pakcik aku ni adalah cerita yang aku paling tak boleh lupa sampai sekarang ni.

Pakcik aku membesar di tanah rizab Standing Rock, di Fort Yates.  Di belah selatan Fort Yates, belah-belah South Dakota ni ada sebuah pekan kecil bernama Mobridge.  Jaraknya kira-kira 30batu dari tanah rizab pakcik aku tu.  Pekan tu memang jadi tumpuan untuk orang asli Amerika kat Standing Rock tu untuk lepak-lepak kat bar, sampai sanggup jalan kaki nak pergi situ. Kadang-kadang, penduduk kat situ akan tumpang je mana-mana kereta yang kebetulan lalu kat situ. Ni zaman dulu la, masa tu pakcik aku muda lagi.  Kiranya Mobridge ni adalah tempat untuk orang kampung pakcik aku nak dapatkan hiburan. Jalan nak ke Mobridge dari Standing Rock ni agak teruk sikit, dan jalan tu pun agak terkenal dengan kes kemalangan maut akibat pemandu mabuk.



Pada suatu hari, masa tu dah pukul 6 pagi, masa ni pakcik aku dalam perjalanan balik jalan kaki dari sebuah bar di Mobridge nak balik ke rumah dia.  Malam sebelumnya pakcik aku mabuk teruk sampai tertidur-tidur kat bar tu.  Kira-kira sejam la jugak pakcik aku berjalan kaki tu, dari jauh dia ternampak ada seorang perempuan berjalan keluar dari padang rumput bersebelahan dengan jalan raya tu, dan menuju ke pakcik aku ni.  Dari raut wajah perempuan tu, macam perempuan Orang Asli Amerika moden, pakai jeans dan tshirt tapi perempuan tu cantik betul.  

Perempuan tu pun sapalah pakcik aku ni, dan pakcik aku pun layanlah bersembang dengan perempuan cantik tu.  Perempuan tu tegur pakcik aku ni, kenapa mata sembab macam penat tak cukup tidur je?  Belum sempat pakcik aku jawab, perempuan tu terus ajak pakcik aku ni balik rumah dia. Nanti dia bolehlah buatkan sarapan untuk pakcik aku ni.  Pakcik aku pun tanyalah perempuan tu duduk kat mana, sebab tempat tu padang semata-mata, tak nampak pun rumah kat kawasan tu.  Perempuan tu pun tunjuklah pada satu kawasan ada pokok-pokok yang kira-kira sebatu dari tempat diorang berdiri masa tu.  Pakcik aku pun beranggapan mungkin rumah perempuan tu dilindungi dengan pokok-pokok tu sebab tu dia tak perasan kot.

Tengah sedap menyembang dengan perempuan cantik tu, pakcik aku tergerak nak tengok bawah. Sekali tu, erk, kaki perempuan tu terbalik. Tumit ke depan, jari kaki kat belakang.  Terkejutlah pakcik aku tu.  Pakcik aku pun berhenti menyembang, lepas tu dia berundur dan patah balik ke arah Mobridge.  Tapi perempuan tu tetap ikut jugak pakcik aku tu.  Perempuan tu pujuk-pujuk pakcik aku tu ikut dia balik, kat rumah dia hangat, tak sejuk macam pagi tu. Siap tawar diri kalau pakcik aku nak tidur dengan perempuan tu. Tapi pakcik aku buat bodoh je dan terus berjalan membelakangi perempuan tu.

Bila pujukan tak jalan, perempuan tu menyumpah pulak. Perempuan tu cakap, pakcik aku akan mati di jalan tu.  Tapi pakcik aku buat-buat macam perempuan tu takde kat situ. Dalam 10-15 minit la jugak pakcik aku berjalan, pastu pakcik aku nampak ada kereta lalu jadi pakcik aku pun tahanlah kereta tu. Nasib baik kereta tu berhenti dan nak tumpangkan pakcik aku tu. Pakcik aku pun masuklah kereta tu, tapi sepanjang masa tu, perempuan tu tak habis-habis menyumpah pakcik aku tu.  Perempuan tu cakap, kalau pakcik aku naik kereta tu, pakcik aku dan pemandu tu akan ditimpa kemalangan dan akan mati.

Bila kereta yang pakcik aku tu dah gerak, pakcik aku pun terangkanlah pada pemandu tu, yang dia tak kenal perempuan tu, tak taulah kenapa tiba-tiba perempuan tu main sumpah-sumpah je.  Pemandu tu tengok pakcik aku dengan pandangan yang pelik, "Perempuan? Mana ada perempuan. Kau sorang je jalan kaki tadi".

Dalam budaya kami, ada entiti yang dipanggil 'tree witch'.  Pakcik aku yakin perempuan yang dia nampak hari tu adalah 'tree witch' tu. Pakcik aku masih sihat lagi sampai sekarang, tapi dia dah tak berani minum atau jalan kat situ sorang diri lagi...


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-6-2025 09:00 PM GMT+8 , Processed in 0.811312 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list