CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: Syd

MYSTARZ LG

[Copy link]
 Author| Post time 20-8-2007 03:21 PM | Show all posts
MyStarz: Rachel dan Emeer jadi mangsa
20-08-2007 02:12:21 PM
Oleh WAHIDA ASRANI  


SATU keputusan yang agak mengejutkan apabila dua peserta termuda di dalam program realiti, MyStarz LG, iaitu Rachel Wesley, 14, dan Mohd Emeer Iskandar, 12, tersingkir pada minggu ini.

Masakan tidak, bakat kedua-duanya memang begitu menyerlah sejak di awal pertandingan lagi dan saban minggu, mereka berdua menunjukkan prestasi yang baik malah disebut-sebut mampu menjadi peserta yang bakal melangkah ke peringkat akhir program itu nanti.


Namun, semalam, Rachel dan Emeer diumumkan menjadi dua peserta yang menerima undian terendah dan akhirnya disingkirkan di mana sekaligus memberi laluan kepada tiga lagi peserta lain yang tinggal iaitu Hamiza Tasyha Bashir, Badri Ibrahim dan Khairul Hizam Kaha secara automatik layak ke peringkat akhir tidak lama lagi.

Markah persembahan setiap peserta malam tadi ditentukan oleh undian SMS sebanyak 40 peratus manakala selebihnya daripada penilaian juri iaitu Patrick Teoh, Datuk Siti Nurhaliza dan Azmeer.

Walau bagaimanapun, Rachel dan Emeer masih berpeluang merebut dua tempat ke peringkat akhir yang bakal berlangsung awal September nanti menerusi pusingan wild card yang akan diadakan pada minggu hadapan, di mana kedua-dua peserta ini akan bersaing bersama tujuh lagi peserta yang telah tersingkir sebelum ini.

Mereka adalah Shaza Marina Azmi, Rubisa Tiasin@Mimie, Russel Curtis, Ahmad Aliff Afif Tirmizie, Mimie Aishah, Andy Adrian J dan Awang Jasmin Jaimin.

Mengulas tentang keputusan pada malam itu, pengetua MyStarz LG, Farihin Abdul Fatah ketika ditembual menerusi program Reflex yang ditayangkan secara langsung di NTV7, sebaik berakhirnya konsert MyStarz LG, semalam berkata, walaupun Rachel dan Emeer tersingkir, namun mereka berdua adalah peserta yang sentiasa menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang program itu.

"Saya bangga melihat prestasi kedua-dua peserta ini. Walaupun mereka selalu demam, mereka tidak pernah ada 'mood swing' dan sebagainya.

"Malah, mereka berdua inilah yang selalu dijemput untuk mengadakan show lain di luar. Tidak mengapalah, mereka berdua masih mempunyai peluang untuk buktikan kesungguhan dan bakat mereka menerusi wild card nanti," ujar Farihin.

Azmeer juga turut merasakan kedua-dua peserta ini masih berpeluang untuk memenangi program ini jika menunjukkan kesungguhan masing-masing walaupun usia mereka jauh lebih muda berbanding peserta-peserta yang lain.

"Walaupun saya ada cakap, mereka ini mempunyai tone suara budak-budak, tetapi ini tidak bermaksud mereka tidak boleh menang. Siapa yang bijak serlahkan bakat, dia boleh berjaya," kata Azmeer.

Dalam pada itu, mengulas mengenai pemilihan lagu Dealova untuk Emeer yang dikatakan kurang memuaskan hati peserta itu, Emeer mengakui perkara tersebut namun ia tidak disuarakan sebelum ini kerana dia sendiri kurang berkeyakinan untuk memberikan pendapatnya.

"Memang saya tidak berani cakap. Lagipun pemuzik semua sudah siapkan arrangement muzik sehingga jam 3 pagi, jadi saya tidak sampai hati," kata peserta berusia 12 tahun itu.





Emeer dan Rachel antara peserta cemerlang Mystarz
(Foto LG)

Selain Farihin, MyStarz LG membariskan Aubrey Suwito selaku pengarah muzik. Selain diberikan pendedahan latihan sebagai penyanyi, mereka turut terlibat dalam program kebajikan dan aktiviti kemasyarakatan.

Peserta juga diberi tips tentang perhubungan awam dan bagaimana untuk menjawab soalan-soalan dari pihak media. Setiap peserta diberi pengetahuan menjaga penampilan diri (grooming) dari minggu pertama sehinggalah ke akhir episod.

Selama 13 minggu juga, semua finalis perlu mengikuti pembelajaran muzik di 'LG House' yang disampaikan sekumpulan pemuzik.

Mereka bagaimanapun tidak 'terkurung' di lokasi itu sahaja dan dikehendaki mengikuti modul pembelajaran yang telah disediakan. Mereka bebas berjumpa dengan keluarga dan rakan selepas sesi belajar.

Lima peserta terus tunjukkan kesungguhan

Minggu ini menyaksikan lima peserta yang masih kekal di dalam program itu iaitu Ijam, Badri, Rachel, Emeer dan Tasyha sekali lagi mempamerkan persembahan masing-masing.

Persembahan semalam dimulakan dengan Tasyha yang membawakan lagu medley Come Together dan Help.

Seperti biasa, Tasyha adalah antara peserta yang dilihat cukup bertenaga di atas pentas, tetapi minggu ini, Tasya agak sedikit 'tenggelam' berbanding persembahannya pada minggu-minggu yang terdahulu.

Rachel menyusul seterusnya dengan membawakan lagu Inginku Melihat Mentari. Sayang sekali, walaupun mempamerkan persembahan yang baik, Rachel tidak bernasib baik apabila menjadi salah seorang dari dua peserta yang menerima undian terendah malam itu.

Meneruskan persembahan ialah Emeer dengan lagu Dealova. Emeer menerima nasib yang sama seperti Rachel walaupun persembahan peserta ini juga tidak menghampakan.

Ijam mengambil alih pentas dengan membawakan lagu Salsabila manakala Badri pula menjadi peserta terakhir membuat persembahan malam tadi dengan lagu Kau Di Hatiku.

Juara MyStarz, LG berpeluang memenangi wang tunai berjumlah RM100,000, sebuah TV LCD berukuran 42" (kedua-dua tajaan LG) dan rakaman album dengan label antarabangsa.



Penaja utama MyStarz, LG ialah LG sementara penaja penginapan rasmi ialah Best Western Premier Seri Pacific Hotel sementara penaja bersama lain ialah Yamaha Music, Proton Holdings Berhad, KCC Paint Sdn Bhd, Ayamas Food Cooperation manakala penaja pakaian ialah Rizman Ruzaini, ADIDAS (M) Sdn Bhd dan Converse (M) Sdn Bhd.

LG juga menaja pelbagai alat elektrik keluarannya dan telefon bimbit model terbaru LG Shine KE970, penghawa dingin dan juga Chocolate Audio sistem yang terbaru.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2007 05:19 PM | Show all posts
bagus si emeer tu kuar..
3-5 sept ni dh nk exam..
exam penting tu dik...
anyway good luck...
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2007 10:28 PM | Show all posts
aku nak badri@ijam menang..

x pon yg 2nd kene buang tu..sore best
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2007 10:15 AM | Show all posts
Bakat peserta cilik diperlekeh juri MyStarz LG


ADAKAH nasib akan menyebelahi Emmer (kanan) dan Rachel dalam konsert wildcard minggu depan?.
--------------------------------------------------------------------------------

APABILA rancangan TV realiti terbitan TV3 dan ntv7, MyStarz LG mula bersiaran, ramai yang mula memperkatakan tentang kredibiliti rancangan tersebut kerana membenarkan kanak-kanak yang masih lagi menuntut di sekolah rendah dan menengah menyertai rancangan tersebut.

Kata mereka, kanak-kanak semuda itu tidak harus dibiarkan hanyut dengan dunia hiburan kerana bimbang akan menjejaskan pelajaran mereka.

Namun, kenyataan itu disangkal kemas oleh pengetua program tersebut, Farihin Abdul Fatah yang mengatakan muzik yang baik tidak sepatutnya untuk orang dewasa sahaja.

Tambahnya lagi, kalau pembawaan (sikap) kanak-kanak itu baik, mereka akan jauh lebih matang berbanding orang dewasa. Malah, kata Farihin juga, sayang kalau bakat yang ada pada mereka (kanak-kanak) dibiarkan begitu sahaja.

Namun, itu tidak terjadi pada konsert kelapan program tersebut yang berlangsung di Sri Pentas 2, Shah Alam, Ahad lalu. Dua peserta paling muda iaitu Emeer, 12, dan Rachel, 13, menjadi 憁angsa

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2007 12:34 PM | Show all posts
Kakak Tua: 'Exploitasi' dua penyanyi cilik dalam MyStarz, LG
22-08-2007 09:27:22 AM  

BANYAK perkara yang menarik perhatian Kakak Tua ketika menyaksikan konsert MyStarz, LG minggu lepas. Antaranya ketika pengacara Naz tersasul menyebut 'Datuk Sili' apabila memperkenalkan Datuk Siti Nurhaliza, tangisan penyanyi cilik Emeer ketika ditegur oleh komposer Azmeer dan 'kerakusan' kritikan Azmeer.

Banyak-banyak perkataan, Naz boleh tersasul nama Siti. Isu tersasul ini perlu ditekankan mengenangkan betapa 'serius' ketersasulan yang telah dibuat itu. Kalau perkataan biasa tak apa lah juga. Ini tersebut 'Sili' yang bunyinya seakan 'Silly' yang membawa maksud 'bodoh.'

Betul lah kata pepatah Inggeris, "A slip of the tongue is no fault of the mind." Agaknya itulah yang berlaku ketika Naz begitu teruja memperkenalkan Siti. Walaupun Naz cepat cover-up dengan berkata dia terpaku melihat kecantikan Siti namun kita tahu ucapan itu hanya sekadar menyedapkan hati.

Naz sepatutnya tidak ambil mudah kesilapan ini. Nasib baiklah Siti jenis yang tidak ambil hati, kalau artis lain tak tahulah....

Kedua episod 'menyayat hati' dan tangisan hiba seorang kanak-kanak cilik bernama Emeer. Sampai bengkak mata Emeer menangis sejurus Azmeer memberi kritikan yang TIDAK MEMBINA itu. Budak comel yang mempunyai bakat cemerlang dan diakui oleh banyak pihak termasuk pihak Istana Pahang tiba-tiba dikritik kerana mempunyai 'suara kenak-anakan?'

Perasaan Emeer bergolak sebegitu rupa kerana kelancangan mulut Azmeer yang memberi komen syok sendirinya. Azmeer yang bersikap 'Mat Over' sepanjang konsert berlangsung menampakkan dirinya 'begitu hebat' sebagai komposer berpengalaman. Seolah-olah apa yang dicakapkan itu semuanya bernas dan boleh masuk akal....

Kata-kata "Kau tak boleh lawan abang Ijam atau suara budak yang azan kat surau rumah abang pun sama keanak-anakkan.... betul-betul out of context." Seharusnya Pengetua dan tenaga pengajarlah yang patut diberitahu kerana mereka lebih arif ke mana hendak dibawa bakat Emeer itu.

Terkilan sungguh sikap Azmeer sebagai juri yang diundang untuk kali keduanya bagi menunjukkan ilmu penjuriannya. Komennya bukan saja bias tapi kasar dan tidak molek ditujukan kepada seorang budak sehingga Emeer menangis teresak-esak di belakang pentas.

Tapi yang bagusnya pula, pandangan one-track minded Azmeer terhadap bakat Emeer memberi implikasi negatif kepada Azmeer sendiri.

Komen Azmeer juga turut membuat juri seterusnya Siti terbantut untuk memberikan pendapatnya.

Bak kata Patrick Teoh sepatah, kenapa tidak eksploit dua perkara yang Emeer ada iaitu "Stage presence dan energy." Memang tepat kata Patrick, pemilihan lagu Emeer SALAH. Bagi Kakak Tua pula, ianya tidak sesuai, tangkap muat, cuai atau ada strategi tertentu?

Pemilihan lagu yang tidak bijak dan teramatlah tidak kena dengan vocal range Emeer seperti Dealova adalah seperti memasang jerangkap samar. Kebetulan pula Emeer kurang sihat pada hari itu maka persembahan Emeer 'below par.'

Komen Azmeer yang tidak kena gaya dan tempatnya memberi tekanan yang bukan sedikit kepada budak berusia 12 tahun itu. Kesihatan yang tidak memuaskan ditambah dengan pilihan lagu yang salah membuat persembahan Emeer sungguh tidak bertenaga sekali. Tidak seperti persembahannya di konsert yang lepas-lepas.

Tidak salah kalau membuat rumusan yang semua ini seolah-olah dirancang. Kenapa perlu bagi lagu sedemikian sedangkan sudah tahu kemampuan Emeer?

Bukan saja frust melihat 'kekalahan' Emeer, ramai yang kecewa mendengar kejutan yang kedua penyanyi cilik - Emeer dan Racel tersingkir hari itu. Bayangkan dengan sekelip mata saja, dua penyeri program MyStarz. LG terkeluar.

Bukan satu andaian tetapi realiti di mana ramai yang menonton program ini semata-mata untuk melihat Emeer dan Rachel beraksi. Juga untuk menyaksikan kehebatan bakat mereka dan melihat ketrampilan imej mereka pada setiap episod.


Wajah muram Rachel dan Emeer
(Foto LG)

Tapi itulah 'mimpi ngeri' yang dijanjikan oleh MyStarz, LG untuk dua kanak-kanak berbakat ini. Harapan untuk melihat dua permata ini digilap akan tinggal harapan sahaja kerana kelemahan sistem penjurian ilham pemikir baru program ini.

Penyanyi cilik Sabah, Rachel pula disuruh menyanyikan lagu Material Girl dalam bahasa Melayu. Sudahlah bunyinya janggal, kelincahan Rachel pula bagai dibuat-buat kerana rasa tidak selesa dengan lagu ini.

Sesiapa saja yang mendengar Rachel sebelum ini dan membandingkan nyanyiannya dalam episod kali ini sudah dapat mengagak yang pemilihan lagu ini juga satu kesilapan besar. Apa sebenarnya tujuan memberi lagu 'bodoh' (senikata Melayu pula) pada gadis cilik yang berbakat besar seperti Rachel?  

Di awal kemunculannya Rachel telah membuat ramai terpegun dengan lagu Kris Dayanti yang dibawanya sehingga dua penerbit album dari syarikat antarabangsa melamarnya. Yang Emeer pula pernah membuat persembahan di bawah Orkestra Indonesia bersama-sama penyanyi Kris Dayanti dan Datuk Siti Nurhaliza di atas undangan Istana Pahang dan membuat puluhan ribu terpegun dengan persembahannya.

Kalau ukuran kehebatan Rachel dan Emeer ini masih tidak dapat meyakinkan para juri, maka makin terserlah lah kepincangan seluruh perjalanan sistem pembelajaran di MyStarz, LG.

Kesilapan-kesilapan beginilah yang 'menguntungkan' pesaing terdekat Emeer dan Rachel sehingga kesemua mereka berada di dalam keadaan selamat, iaitu pusingan final. Adakah 'kesilapan' pemilihan lagu ini dirancang?  

Namun, hakikat yang perlu diterima oleh semua Emeer dan Rachel adalah permata yang perlu digilap dan tarikan utama MyStarz, LG. Nak harapkan yang lain belum tentu program suam-suam kuku ini akan maintain prestasinya seperti sekarang. Yang sedihnya, setelah berhempas pulas setiap minggu tiba-tiba saja undian kedua mereka merosot dan tersingkir. Agak terkejut juga kenapa pilihan SMS begitu mendadak menjunam?

Seakan satu eksploitasi membiarkan kedua penyanyi kecil ini berada di dalam MyStraz, LG sekian lama. Bila sudah sampai penghujung, mereka 'diketepikan' dan 'tersingkir'?

Hari Ahad ini, Rachel dan Emeer akan berentap dengan tujuh orang pelajar lain dalam pusingan 'wild card' pula.

Harapan melihat kedua mereka mara ke final agak tipis. Ini kerana firasat Kakak Tua mengatakan yang Emeer dan Rachel sekadar memenuhi kuota untuk pusingan 'wild card' sahaja kerana yang akan dipilih bukan mereka.

Mungkin sudah ada calon favourite yang akan diketengahkan. Teori kedua Kakak Tua pula, kemungkinan besar juga sebagai 'menebus dosa' pada Emeer dan Rachel, hanya seorang saja antara kedua ini yang akan dipilih.

Kakak Tua tidak mahu membuat rumusan seperti tekaan pengacara Azwan Ali yang tanpa segan silu dan bangganya membahasakan dirinya 'Mak Esah' membuat andaian nujum Pak Belalang kononnya Badri atau Ijam akan terkeluar minggu lalu.

Confident sungguh 'Mak Esah' sampaikan Kakak Tua dengar jadi malu. Akhirnya apa yang dijangka tidak terjadi. Tapi mustahil 'Mak Esah' akan rasa malu kerana ramalan merapunya itu....

Ketika program Reflex di ntv7 pula sejurus setelah MyStarz, LG berakhir, bapa Emeer, Bakri tidak bersetuju Emeer tersingkir kerana pemilihan lagu yang silap seperti kata Patrick.

Bakri cuba menjaga hati dan berlapik cakap dengan berkata sebagai penyanyi, Emeer kena bersedia menyanyikan apa jenis lagu sekalipun. Rasanya itu semua cakap hendak ambil hati.

Hakikatnya berapa ramai penyanyi yang akan menyanyi lagu yang mereka suka? Dan Emeer walaupun kanak-kanak tidak terkecuali. Ramai yang terlupa bahawa tujuan asal MyStarz, LG bukan untuk mencungkil penyanyi versatile.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2007 12:36 PM | Show all posts
Masalah paling ketara program ini ialah formatnya yang bermacam ragam tak ubah seperti caca marba. Lagu-lagu yang diberi kepada sesetengah pelajar pula seperti sudah dirancang.

Hanya Emeer, Rachel dan beberapa pelajar sahaja tidak dibenarkan memilih lagu. Ini saja sudah cukup untuk membuat rumusan ada  konspirasi untuk memilih pelajar favourit yang sudah dijamin tempatnya di pusingan akhir. Maka sebab itulah ada beberapa pelajar dengan mudah mendapat lagu-lagu yang memang makanan mereka.

Contohnya penyanyi kesukaan ramai Badri yang sudah tiga minggu mendapat gelaran "persembahan terbaik". Bak kata juri tetap Patrick Teoh sepatah, "since the rest are so bad this week, you are the best among the worst..."

Dengan komen yang langsung tidak memberangsangkan itu, Badri masih layak mendapat persembahan terbaik minggu ini.

Bila sebut pasal Patrick Teoh, Kakak Tua paling suka cara juri tetap ini memberi komennya - paling konsisten, tidak bias, telus, adil dan ikhlas. Belum pernah lagi komen Patrick tidak tepat dan tidak dapat diterima kerana mungkin apa yang dikatakan datang dari hati dan tanpa ada kepentingan.

Patrick sendiri mengaku yang dia mempunyai 'favourites' namun itu tidak mengaburi matanya apabila memberi komen. Berlainan sekali dengan Siti yang cuba menjaga hati setiap pelajar dan memberi komen feel good.

Untuk pertama kalinya juga di saat-saat program MyStarz, LG akan menemui penghujungnya, pembuka konsert minggu lepas begitu bertenaga dan menghiburkan sekali.

Kesemua pelajar dilihat memberi persembahan yang begitu bertenaga dengan bermain alat-alat muzik sebagai pembuka tirai. Itulah klimaks yang ditunggu-tunggu oleh Kakak Tua selama ini.

Setelah teraba-raba selama berminggu-minggu akhirnya dapat juga mereka hit the right note. Itulah hasil kerja keras pengarah muzik Aubrey Suwito dan kesemua pemuzik yang bekerja keras memastikan konsert berjaya.

MyStarz, LG juga cuba menonjolkan kelainan di mana lagu tema Gemuruh yang dinyanyikan oleh Faizal One In A Million tiba-tiba kedengaran dalam bahasa Inggeris? Mungkinkah penukaran ini bertujuan untuk memberi acuan baru kepada program yang pernah diasaskan oleh penerbit asal, Jafni Abu Bakar atau Mat Jepp?

Walau apapun pembaruan atau kejutan yang akan diambil oleh MyStarz, LG selepas ini, program ini tidak mampu dan sudah jauh ketinggalan dengan program realiti lain.

Kakak Tua kasihan melihat kedua belas pelajar yang cukup besar bakat mereka ini seperti berada di dalam program yang salah.....right people in the wrong crowd.

Namun, di sebalik kekalutan dan kepincangan program ini, Aubrey masih gagah memberi corak dan hala tuju kepada kesemua pelajar walaupun dalam keadaan terdesak dan kesuntukan masa....

KAKAK TUA: Sudahlah 'Tiang Seri' dirobohkan, 'Penyeri' program Emeer dan Rachel pula dikeluarkan, apakah agaknya kesudahan MyStarz, LG ni?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-8-2007 04:30 PM | Show all posts
kesian aku tengok emeer nangis.. ngarut btol suruh dia nyanyi lagu tu... biol sungguh!!
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2007 07:11 PM | Show all posts

Reply #227 aYuGiLeR's post

lagu aper ek ??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2007 08:46 AM | Show all posts

Reply #228 Ustaz_SUFI's post

dier kena nyanyi lagu dealova
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2007 08:24 PM | Show all posts
nasib baik si 'dia' tak terkeluar.:re:



eh.means this week yg 3 orang tu tak perform lah ek?
Reply

Use magic Report

darthMAUL This user has been deleted
Post time 25-8-2007 02:07 AM | Show all posts
cam bosan je cite ni..
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2007 11:55 PM | Show all posts
sapa dapat masuk balik?
tadi terlelap plaks
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2007 08:07 AM | Show all posts

Reply #232 de_ikea's post

rubisa & rachel
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-8-2007 01:34 PM | Show all posts
Rubisa, Rachel ke 'final' MyStarz LG
27-08-2007 12:32:46 PM
oleh WAHIDA ASRANI  


Pencarian siapakah yang bakal merangkul gelaran juara program realiti MyStarz LG dan sekaligus berpeluang memenangi wang tunai berjumlah RM100,000, sebuah TV LCD berukuran 42" (kedua-dua tajaan LG) serta rakaman album dengan label antarabangsa hampir sampai ke penghujungnya.

Hamiza Tasyha Bashir, Badri Ibrahim, Khairul Hizam Kaha adalah tiga peserta yang layak ke peringkat akhir seperti yang diumumkan pada minggu lalu.

Mereka bertiga ini juga akan disertai oleh Rubisa Tiasin@Mimie dan Rachel Wesley yang terpilih menerusi pusingan wildcard yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, semalam.

Konsert wildcard malam tadi telah menyaksikan persaingan sembilan peserta yang telah tersingkir daripada program tersebut yang diberi peluang bertanding sekali lagi untuk merebut dua tempat ke peringkat akhir yang akan berlangsung pada 9 September ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

  
Rubisa (kiri) dan Rachel berjaya ke peringkat akhir MyStarz menerusi pusingan 'wildcard'


Selain Rubisa dan Rachel, tujuh peserta lain yang bersaing di dalam pusingan tersebut ialah Shaza Marina Azmi, Russel Curtis, Ahmad Aliff Afif Tirmizie, Mimie Aishah, Andy Adrian J, Awang Jasmin Jaimin dan Mohd Emeer Iskandar.

Seperti biasa, markah persembahan setiap peserta malam tadi ditentukan oleh undian SMS sebanyak 40 peratus manakala selebihnya daripada penilaian juri jemputan kali ini iaitu Zainal Abidin, Pengurus Besar Jabatan Hiburan, Sukan dan Rekreasi TV3, Azhar Borhan dan wartawan hiburan, Zubir Mohd Yunus.

"Saya memang berharap sangat untuk mara ke peringkat akhir. Walaupun macam minggu lalu ada yang cakap saya terlalu muda untuk program ini, tetapi saya anggap itu hanyalah pandangan mereka.

"Pandangan orang lain mungkin berbeza. Tetapi, saya percaya, saya tidak akan sampai ke tahap ini jika tidak ada penyokong," ujar Rachel, peserta berusia 14 tahun ini.

Malam tadi Rachel telah membawakan lagu yang dipopularkan oleh penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza iaitu Dialah Di Hati.

Begitu juga dengan peserta berasal dari Kota Kinabalu, Rubisa Tiasin yang melahirkan rasa bersyukurnya apabila peluang kedua yang diberikan kepadanya menerusi wildcard akhirnya membuahkan hasil.

"Saya tersingkir pada minggu yang kelima dan memang saya tidak jangka akan dapat kembali semula di dalam program ini dan terus ke peringkat akhir. Saya jangkakan Russel dan Rachel lebih berpeluang ke final.

"Dalam masa dua minggu ini, sebelum berlangsungnya final nanti, saya akan cuba merujuk kepada tenaga pengajar di mana kelemahan yang perlu saya perbaiki dan saya akan cuba buat yang terbaik pada malam final itu nanti," kata Rubisa yang mendendangkan lagu Terlalu Cinta, nyanyian Rossa, malam tadi.

   
(dari kiri) Ijam, Tasyha dan Badri juga mara ke peringkat akhir


Dalam pada itu, pengetua MyStarz LG, Farihin Abdul Fatah ketika ditembual menerusi program Reflex yang ditayangkan secara langsung di NTV7, sebaik berakhirnya konsert MyStarz LG, semalam berkata, pemilihan Rubisa dan Rachel untuk menyertai Tasyha, Badri dan Ijam ke peringkat akhir adalah satu keputusan yang tepat.

"Kesemua peserta yang tersingkir ini telah diberi peluang sekali lagi. Dan apa yang saya nampak malam ini, Rachel dan Rubisa menunjukkan tahap keyakinan yang tinggi berbanding peserta lain.

"Cara penyampaian dan emosi yang disertakan di dalam persembahan mereka memang bagus. Sebab itu mereka memang layak ke peringkat akhir," jelas Farihin.

Begitu juga dengan penyanyi Zainal Abidin yang merasakan kedua-dua peserta tersebut lebih menonjol berbanding yang lain.

"Bila saya lihat Rachel di pentas, saya memang nampak dia terlalu 'kecil' buat saya. Tetapi, sebaik dia melontarkan suaranya, saya tahu dia memang ada potensi yang baik di dalam bidang ini.

"Sama juga dengan Rubisa, saya tidak fikirkan tentang persembahannya yang lepas. Malam ini, dia berjaya berikan yang terbaik," kata Zainal.

Kelima-lima finalis ini akan mengadakan Showcase MyStarz LG pada minggu hadapan di mana lima finalis ini akan berduet dengan rakan-rakan mereka yang lain.

Persembahan tersebut adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada penonton bagi membuat undian terhadap lima finalis ini di mana talian akan dibuka selama dua minggu bermula semalam sehingga tibanya peringkat akhir nanti.

Selain Farihin, MyStarz LG membariskan Aubrey Suwito selaku pengarah muzik. Selain diberikan pendedahan latihan sebagai penyanyi, mereka turut terlibat dalam program kebajikan dan aktiviti kemasyarakatan.

Peserta juga diberi tips tentang perhubungan awam dan bagaimana untuk menjawab soalan-soalan dari pihak media. Setiap peserta diberi pengetahuan menjaga penampilan diri (grooming) dari minggu pertama sehinggalah ke akhir episod.

Selama 13 minggu juga, semua finalis perlu mengikuti pembelajaran muzik di 'LG House' yang disampaikan sekumpulan pemuzik.

Mereka bagaimanapun tidak 'terkurung' di lokasi itu sahaja dan dikehendaki mengikuti modul pembelajaran yang telah disediakan. Mereka bebas berjumpa dengan keluarga dan rakan selepas sesi belajar.

Penaja utama MyStarz, LG ialah LG sementara penaja penginapan rasmi ialah Best Western Premier Seri Pacific Hotel sementara penaja bersama lain ialah Yamaha Music, Proton Holdings Berhad, KCC Paint Sdn Bhd, Ayamas Food Cooperation manakala penaja pakaian ialah Rizman Ruzaini, ADIDAS (M) Sdn Bhd dan Converse (M) Sdn Bhd.

LG juga menaja pelbagai alat elektrik keluarannya dan telefon bimbit model terbaru LG Shine KE970, penghawa dingin dan juga Chocolate Audio sistem yang terbaru.
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2007 02:28 PM | Show all posts
yes bdk kecik x msk final.......
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2007 06:20 PM | Show all posts

Reply #235 graxier06's post

budak kecik tu masih lagi kat taraf SBK   tp rasa2nya kat SBK tu pun ramai gak yg lagi strong dr dia...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2007 10:51 AM | Show all posts

Reply #236 whitedove's post

ntahh.. baik emeer msk BK daa.. sume juri dok compare sore 'bdk' die ngan sore abg2 tu..
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2007 03:04 PM | Show all posts
badri......

juara
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2007 11:00 PM | Show all posts
yes aku pon dok target rubisa dan rachel
and depa masuk..best!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2007 11:59 PM | Show all posts
dulu, mula2x ingatkan si TASYA nie budak lelaki...perempuan rupanya..huhu...raut wajah dia mcm lelaki lah...
anyways, semua kedua-dua finalis lelaki suara diorang tak sedaplah...
aku sedar time footage diorang...aku dengar suara diorang jer tak tengok persembahan..tak sedap siot...
yg perempuan oke sikit...at least si Rachel cun...suara pun sedap, bleh buat growling..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2025 05:51 AM GMT+8 , Processed in 0.071568 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list