View: 3624|Reply: 10
|
Ego Aset Penting Lelaki
[Copy link]
|
|
Kata orang, ego itu amat penting bagi lelaki. Malah, ada juga yang menganggap ia sebagai suatu aset pelengkap diri Antaran itu, tidak hairanlah kalau sebut sahaja ego, serta-merta muncullah wajah mana-mana lelaki di fikiran. Namun, bukan semua lelaki mempunyai ego yang sama. Ada antaranya yang begitu ego di tempat kerja, apatah lagi kalau dia berpangkat besar. Tetapi, apabila berada di rumah ataupun di samping keluarga, tidak pula kelihatan ketara egonya.
Menurut kaunselor berdaftar,Hushim Salleh, setiap individu memiliki egonya sendiri sama ada dia lelaki ataupun perempuan.Walau bagaimanapun, darjah keegoannya sudah tentu berbeza-beza antara satu sama lain. Kata beliau lagi, konsep ego sebenarnya melibatkan keyakinan dan jati diri seseorang. Lazimnya apabila seseorang lelaki itu mempunyai sifat tersebut, dia akan berasa dirinya melebihi orang lain. Selain itu, dia juga acap kali merasakan bahawa individu lain tidak selari dengan pendapat dan pemikirannya. Lantas situasi ini mendorongnya untuk banyak membantah dan menentang.
“Selalunya orang yang ego ini, dia mempunyai sifat agresif yang lebih tinggi daripada orang lain. Dia selalu sahaja hendak menang. Apabila dia pandang orang, selalunya dia hendak pandang dirinya lebih tinggi daripada mereka,” terang Hushim. Ego lelaki biasanya akan menjadi lebih ketara apabila dia berhadapan dengan wanita. Umumnya keegoan tersebut tercetus kerana lelaki sentiasa berfikir yang mereka lebih tinggi, hebat, berkuasa dan kuat berbanding wanita. Lantaran itu, bagi mereka, wanita mesti mendengar dan menurut kata-kata mereka.
“Lelaki biasanya mengatakan dialah pemimpin dan ketua terutamanya kepada golongan perempuan. Inilah yang membentuk ego. Memandangkan dia menganggap lelaki sebagai pemimpin dan ketua, jadi apa sahaja yang dia buat mesti lebih daripada perempuan. Pada masa inilah dia cenderung untuk menunjukkan kekuatannya,” ulas beliau. Meskipun begitu, akui beliau, kehadiran ego juga sebenarnya cukup penting dalam diri kalangan lelaki bergelar pemimpin.
Kata orang, ego itu amat penting bagi lelaki. Malah, ada juga yang menganggap ia sebagai suatu aset pelengkap diri. Antaran itu, tidak hairanlah kalau sebut sahaja ego, serta-merta muncullah wajah mana-mana lelaki di fikiran. Namun, bukan semua lelaki mempunyai ego yang sama. Ada antaranya yang begitu ego di tempat kerja, apatah lagi kalau dia berpangkat besar. Tetapi, apabila berada di rumah ataupun di samping keluarga, tidak pula kelihatan ketara egonya. Menurut kaunselor berdaftar,Hushim Salleh, setiap individu memiliki egonya sendiri sama ada dia lelaki ataupun perempuan.
Walau bagaimanapun, darjah keegoannya sudah tentu berbeza-beza antara satu sama lain. Kata beliau lagi, konsep ego sebenarnya melibatkan keyakinan dan jati diri seseorang. Lazimnya apabila seseorang lelaki itu mempunyai sifat tersebut, dia akan berasa dirinya melebihi orang lain. Selain itu, dia juga acap kali merasakan bahawa individu lain tidak selari dengan pendapat dan pemikirannya. Lantas situasi ini mendorongnya untuk banyak membantah dan menentang. “Selalunya orang yang ego ini, dia mempunyai sifat agresif yang lebih tinggi daripada orang lain.
Dia selalu sahaja hendak menang. Apabila dia pandang orang, selalunya dia hendak pandang dirinya lebih tinggi daripada mereka,” terang Hushim. Ego lelaki biasanya akan menjadi lebih ketara apabila dia berhadapan dengan wanita. Umumnya keegoan tersebut tercetus kerana lelaki sentiasa berfikir yang mereka lebih tinggi, hebat, berkuasa dan kuat berbanding wanita.
Lantaran itu, bagi mereka, wanita mesti mendengar dan menurut kata-kata mereka. “Lelaki biasanya mengatakan dialah pemimpin dan ketua terutamanya kepada golongan perempuan. Inilah yang membentuk ego. Memandangkan dia menganggap lelaki sebagai pemimpin dan ketua, jadi apa sahaja yang dia buat mesti lebih daripada perempuan. Pada masa inilah dia cenderung untuk menunjukkan kekuatannya,” ulas beliau. Meskipun begitu, akui beliau, kehadiran ego juga sebenarnya cukup penting dalam diri kalangan lelaki bergelar pemimpin.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ego lelaki menjadikan dunia lebih advanced & modern. |
|
|
|
|
|
|
|
ego dan lelaki ibarat aur dan tebing............. |
|
|
|
|
|
|
|
layankan je ego lelaki ni...jgn dicabar2..nescaya wanita akan mendapat layanan yg baik umpama permaisuri dr mereka..jika ego aset lelaki, maka kelembutan aset wanita..ego lelaki bule runtuh jua ngan kelembutan tersebut..sekadar pendapat i |
|
|
|
|
|
|
|
ade baik ade buruk ego seorang lelaki nie !!
#luv to born as a man !! LOL |
|
|
|
|
|
|
|
perempuan juga ada ego. kalau takde ego, rendah nye harga diri seorang wanita.
sy suka lelaki yang ego juga. so that everything and every decision has to be firm. |
|
|
|
|
|
|
|
level mana yang dikatakan ego yang melampau eh? |
|
|
|
|
|
|
|
senahitam posted on 14-4-2013 10:33 PM 
layankan je ego lelaki ni...jgn dicabar2..nescaya wanita akan mendapat layanan yg baik umpama permai ...
Ego vs lembut... rasanya akan berakhir di mana?
|
|
|
|
|
|
|
|
ego tu as a whole or ade certain part je?
i mean bab ni die ego, tp bab lain die xkesah... |
|
|
|
|
|
|
|
neymo posted on 16-4-2013 11:27 AM 
Ego vs lembut... rasanya akan berakhir di mana?
mmm...ntah la...jd bule dipikirkan bersama kt mana pengakhirannya 
|
|
|
|
|
|
|
|
tak pernah suka lelaki yang ego... yang boleh ego hanya Allah s.w.t sahaja..
paling penting aku suka lelaki yang berani.. berani kerana benar...berani tak buat salah... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|