View: 2328|Reply: 27
|
[Tempatan]
Seleweng dana lebuh raya: SPRM sita barangan mewah, jongkong emas dan alat kasino bernilai RM16 juta
[Copy link]
|
|
Edited by Abahmung at 13-6-2025 04:26 PM
Seleweng dana lebuh raya: SPRM sita barangan mewah, jongkong emas dan alat kasino bernilai RM16 juta
Oleh Nor Azizah Mokhtar - Jun 13, 2025 @ 1:33pm

Antara barangan yang disita termasuk 84 beg mewah bernilai kira-kira RM3 juta; 11 unit jam tangan berjenama berjumlah kira-kira RM1 juta; serta jongkong, syiling dan patung emas bernilai kira-kira RM3 juta. - Foto SPRM
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita barangan mewah bernilai kira-kira RM16 juta, termasuk jongkong emas, berlian dan alatan kasino, dalam siasatan penyelewengan dana sukuk pembinaan lebuh raya.
Bahagian Komunikasi Strategik SPRM dalam kenyataan, hari ini, berkata sitaan dilakukan susulan penggeledahan di kediaman seorang individu bergelar Tan Sri di Bandar Tasik Selatan, Cheras, semalam.
Katanya, antara barangan yang disita termasuk 84 beg mewah bernilai kira-kira RM3 juta; 11 unit jam tangan berjenama berjumlah kira-kira RM1 juta; serta jongkong, syiling dan patung emas bernilai kira-kira RM3 juta.
"Selain itu, berlian dan barangan kemas bernilai kira-kira RM4 juta dan satu set alatan kasino berjenama mewah yang dianggarkan bernilai RM150,000 turut disita.

- Foto SPRM
"SPRM turut menemui sebuah bilik rahsia kebal yang menjadi tempat simpanan senjata dan peluru, namun tiada sitaan dilakukan kerana senjata berkenaan didaftarkan atas nama syarikat keselamatan milik individu terbabit," katanya.
Menurut kenyataan itu, SPRM semalam, menggunakan bantuan anggota pasukan taktikal Anti Corruption Tactical Squad (ACTS) dalam proses merakam keterangan Tan Sri terbabit kerana mengesyaki wujud bilik rahsia menyimpan senjata di kediaman berkenaan.
"SPRM mendapat maklumat terdapat bilik rahsia yang menyimpan barang berharga termasuk senjata yang berkaitan dengan siasatan penyelewengan dana sukuk pembinaan lebuh raya di kediaman individu ini.
"Kehadiran pasukan ACTS adalah bertujuan menjaga keselamatan dan mengiringi pegawai serta barang-barang yang disita bagi dibawa pulang ke Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya," katanya.
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, mengesahkan keseluruhan penggeledahan dan sitaan semalam berjumlah kira-kira RM16 juta.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan akan ada lagi sitaan dilakukan.
"Proses rakaman keterangan individu tersebut ditangguhkan pada satu tarikh lain disebabkan faktor kesihatan individu terbabit," katanya
Penyelewengan sukuk tamparan besar kepada kewangan negara - Penganalisis
bharian.com.my
Oleh Mohd Zaky Zainuddin
Jun 10, 2025
Keadaan terkini lebuh raya MEX2 yang menghubungkan Putrajaya dan KLIA yang terbengkalai didakwa terbabit dengan penyelewengan dana sukuk -NSTP/AHMAD UKASYAH
KELEMAHAN dalam sistem kawalan dalaman syarikat dan institusi kewangan di Malaysia terus menjadi isu utama yang mencetuskan kebimbangan.
Isu ini bukan hanya merosakkan reputasi syarikat yang terbabit, malah turut menjejaskan keyakinan pelabur domestik dan antarabangsa.
Penyelewengan dana membabitkan jumlah besar, seperti dalam kes sukuk dan projek infrastruktur utama, menonjolkan kelemahan dalam pengurusan dan pengawasan kewangan negara.
Instrumen kewangan seperti sukuk, yang menjadi simbol kekuatan kewangan Islam Malaysia, kini diancam oleh kelemahan dalam pelaksanaan dan kawalan.
Seharusnya, sukuk melambangkan ketelusan dan integriti, namun sebaliknya penyelewengan yang berlaku mencerminkan kegagalan di pelbagai peringkat, daripada pengawasan dokumen hinggalah pemantauan oleh badan audit dalaman dan luaran.
Lebih membimbangkan, isu ini membuka ruang kepada persepsi negatif terhadap kestabilan sistem kewangan Islam negara.
Antara kesan langsung daripada kelemahan ini termasuk penurunan keyakinan pelabur, peningkatan kos pembiayaan bagi syarikat tempatan dan ancaman terhadap reputasi Malaysia di peringkat global.
Dalam era persaingan sengit untuk menarik pelaburan asing, sebarang kelemahan dalam pengurusan kewangan boleh membawa kepada implikasi jangka panjang yang merugikan negara.
Tambahan pula, kegagalan untuk mengesan dan mencegah penyelewengan dana pada peringkat awal menunjukkan perlunya reformasi sistemik, iaitu Malaysia memerlukan sistem kawalan yang lebih berkesan, yang tidak hanya menumpukan kepada pematuhan tetapi juga membina budaya integriti dan akauntabiliti di semua peringkat organisasi.
Menjelaskan perkara ini, Pengarah Program MBA Putra Business School (PBS), Prof Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, menekankan kelemahan dalam kawalan dalaman ialah satu punca utama penyelewengan kewangan.
"Pegawai yang memproses permohonan harus memastikan dokumen yang dilampirkan sah dan tepat," katanya.
Selain itu, unit audit dalaman dan kawalan dalaman berfungsi secara lebih berkesan untuk mengelakkan risiko yang tidak dijangka.
Di sini letaknya kepentingan dasar pelaporan dalaman untuk membolehkan pekerja melaporkan kegiatan mencurigakan tanpa rasa takut.
"Sistem pengurusan risiko yang mantap diperlukan untuk memastikan segala prosedur dipatuhi dengan teliti," kata Ahmed Razman.
Penganalisis Ekonomi UniKL Business School, Prof Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid, pula menekankan peranan penting syarikat pemegang amanah dalam memastikan kelancaran dan ketelusan pengurusan sukuk.
Pemegang amanah bertanggungjawab memastikan pembayaran keuntungan kepada pemegang sukuk setiap tahun sehingga tempoh matang.
Namun, jika penyelewengan berlaku, pemegang amanah juga perlu bertanggungjawab.
"Syarikat pemegang amanah ke atas sukuk ini juga perlu dipertanggungjawab sekiranya penyelewengan berlaku dalam pengetahuannya," kata Aimi Zulhazmi.
Dalam pada itu, semua pihak harus membiarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan sepenuhnya tanpa gangguan.
Sebelum ini, negara terpalit dengan kes membabitkan sukuk bernilai RM1.35 bilion yang sepatutnya digunakan untuk projek lebuh raya di Lembah Klang, sekali gus mencerminkan kelemahan dalam sistem kawalan kewangan.
Dana berkenaan dilaporkan diselewengkan untuk tujuan peribadi seperti pembelian aset mewah dan perjudian.
Penganalisis Ekonomi di Strat369 Consulting, Dr Mohamad Khair Afham Muhammad Senan, menyifatkan kes itu sebagai tamparan besar kepada sistem kewangan Islam di Malaysia.
"Penyelewengan ini bukan sahaja mencerminkan kelemahan dalam pengurusan kewangan Islam, tetapi turut menjejaskan kepercayaan pelabur terhadap sistem kewangan kita," katanya.
Penyelewengan dana juga mengurangkan keyakinan pelabur, meningkatkan kos pembiayaan bagi entiti korporat dan menjejaskan kedudukan Malaysia dalam indeks persepsi rasuah global.
"Kes-kes ini boleh menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap institusi kewangan dan kerajaan, membawa kepada risiko ketidakstabilan sosial dan politik," katanya.
Penganalisis sependapat bahawa langkah penambahbaikan segera perlu dilaksanakan untuk memulihkan kepercayaan terhadap sistem kewangan Malaysia.
Cadangan termasuk memperkukuh sistem pengawasan, meningkatkan ketelusan dalam pelaporan kewangan, dan memastikan pematuhan kepada piawaian etika dan profesional yang tinggi.
Pendidikan dan kesedaran tentang kepentingan integriti dalam pengurusan kewangan juga perlu ditingkatkan dalam kalangan pengurus dan pegawai kewangan.
Kesimpulannya, kes penyelewengan itu peringatan keras tentang pentingnya reformasi menyeluruh dalam sistem kawalan dan pengawasan kewangan Malaysia.
Dengan mengambil langkah drastik dan membina semula kepercayaan pelabur, Malaysia berpotensi untuk terus menjadi hab kewangan Islam yang dihormati di peringkat global.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 10-6-2025 03:22 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
|
|
|
|
|
|
|
Katanya masuk spital sakit apa tatau... mungkin sakit takut masuk mahkamah & penjara kot.. sakit takut dosa memang dah tentu bukan sebab kebas duit sukuk buat beli wine mahal selamba je.
|
|
|
|
|
|
|
|
rikiruj replied at 10-6-2025 11:08 PM
Katanya masuk spital sakit apa tatau... mungkin sakit takut masuk mahkamah & penjara kot.. sakit t ...
Anak dia duk kat tanah arab. Mungkin selamat kot. Takkanlah espiarem nak makan angin pulak.
|
|
|
|
|
|
|
|
rikiruj replied at 10-6-2025 11:08 PM
Katanya masuk spital sakit apa tatau... mungkin sakit takut masuk mahkamah & penjara kot.. sakit t ...
Ni baru another level pakai duit haram beli makanan haram. |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat dulu menteri sabah bila kena panggil mahkamah, terus jatuh sakit sampai ke UK sana.
Skrg dah sihat siap dapat jawatan baru. |
|
|
|
|
|
|
|
lostnfaun replied at 10-6-2025 11:51 PM
Teringat dulu menteri sabah bila kena panggil mahkamah, terus jatuh sakit sampai ke UK sana.
Skrg ...
Ingat dulu level nak mati dah.. |
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 11-6-2025 03:10 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Siasatan seleweng sukuk bina lebuh raya: Kediaman Tan Sri dikawal ketat
Faida Rahim
11/06/2025
Kediaman Tan Sri yang dikaitkan kes penyelewengan dana sukuk lebuh raya dikawal ketat polis bantuan pagi ini. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Kediaman seorang individu bergelar Tan Sri yang dikaitkan kes penyelewengan dana sukuk pembinaan sebuah lebuh raya di Lembah Klang dikawal ketat polis bantuan pagi ini.
Berdasarkan tinjauan AWANI, beberapa pengamal media cuba menghampiri pekarangan kediaman pemegang konsesi lebuh raya itu namun usaha itu tidak mendatangkan hasil.
Dalam masa sama, pihak polis bantuan turut mengarahkan pengamal media untuk beredar dari pekarangan rumah individu itu.
Semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan akan mengambil keterangan seorang individu bergelar Tan Sri berhubung kes penyelewengan dana sukuk pembinaan sebuah lebuh raya di Lembah Klang.
Difahamkan, pemegang konsesi lebuh raya berkenaan dipanggil hadir ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya pada pagi ini.
Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki dilaporkan berkata, pemegang konsesi lebuh raya itu merupakan saksi utama dalam siasatan kes terbabit.
Media sebelum ini melaporkan 45 saksi yang diambil keterangan sebelumnnya bagi membantu siasatan, sudah dipanggil semula untuk memberikan maklumat tambahan.
Pada 3 Jun lalu, SPRM menyenaraikan harta dengan keseluruhan sitaan berjumlah kira-kira RM143 juta, dirampas dalam siasatan penyelewengan sukuk untuk pembinaan lebuh raya di Lembah Klang membabitkan seorang kenamaan bergelar Tan Sri.
Pasukan siasatan SPRM juga sedang mengesan kenderaan mewah dan hartanah milik Tan Sri terbabit di dalam serta luar negara termasuk di London dan Switzerland.
Tan Sri itu sebelum ini dilaporkan sebagai saksi utama dalam siasatan yang dijalankan SPRM membabitkan rampasan pelbagai aset mewah bernilai lebih RM143 juta.
Antara sitaan termasuk wang tunai dalam akaun individu dan syarikat berjumlah RM37.5 juta, hartanah bernilai RM24.5 juta, sembilan kenderaan mewah (RM7.65 juta), jam tangan eksklusif (RM25 juta), barangan kemas serta berlian (RM6 juta), tas tangan berjenama (RM3 juta), minuman keras (RM3 juta) dan empat ekor kuda bernilai RM400,000.
Turut dikesan ialah aset luar negara melebihi RM15 juta serta aktiviti perjudian mencecah RM20 juta yang dikaitkan dengan Tan Sri terbabit.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa tak ditahan
Nanti kes sonyap je
 |
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 12-6-2025 03:18 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Siasatan kes sukuk lebuh raya dijangka sehingga dua bulan, 53 saksi sudah dipanggil
Noor Hidayah Tanzizi
hidayah.tanzizi@hmetro.com.my
Disiarkan pada: Jun 12, 2025 @ 1:04pm
KENDERAAN pegawai penyiasat SPRM dilihat meninggalkan kediaman seorang Tan Sri selepas mengambil keterangan bagi siasatan dana sukuk lebuh raya di Sungai Besi, Kuala Lumpur, semalam. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
Bangi: Siasatan kes penyelewengan dana sukuk pembinaan lebuh raya di Lembah Klang membabitkan individu bergelar Tan Sri akan mengambil masa sekurang-kurangnya sebulan hingga dua bulan.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya juga akan memanggil lebih ramai saksi bagi dirakam percakapan untuk membantu siasatan lanjut.
Menurutnya, rakaman keterangan pemegang konsesi lebuh raya bergelar Tan Sri terbabit diteruskan hari ini.
Beliau berkata, pihaknya juga sudah merekodkan keterangan kira-kira 53 saksi bagi membantu siasatan lanjut berhubung kes itu, setakat ini.
"Ramai lagi saksi akan dipanggil untuk dirakam percakapan dan kes ini akan mengambil masa mungkin dalam tempoh sebulan (hingga) dua (bulan) lagi untuk dilengkapkan.
"Ia kerana banyak perkara yang kita perlu kaji dan kita juga perlu menganalisis dokumen serta kenyataan kewangan," katanya
pada Majlis Konvokesyen Program Penguatkuasaan Undang-Undang Bertauliah SPRM Kali Ke-2 Tahun 2025 di sini, hari ini.
Difahamkan sepasukan anggota daripada Pasukan Taktikal SPRM atau Anti Corruption Tactical Squad (ACTS) tiba di kediaman individu bergelar Tan Sri terbabit di Bandar Tasik Selatan di sini, pagi tadi.
Pasukan berkenaan tiba bersama empat kenderaan dipercayai milik SPRM di kawasan kediaman individu berkenaan.
Terdahulu media melaporkan, SPRM selesai merakam keterangan pemegang konsesi lebuh raya bergelar Tan Sri yang disiasat berhubung kes penyelewengan dana sukuk pembinaan lebuh raya di Lembah Klang petang, semalam.
Menurut sumber, Tan Sri terbabit mula dirakam percakapan bermula 9 pagi dan selesai jam 3 petang.
Sebelum ini, Azam dilaporkan berkata, pemegang konsesi lebuh raya berkenaan adalah saksi utama dalam siasatan kes terbabit.
Pada 3 Jun lalu, SPRM menyenaraikan sitaan harta berjumlah kira-kira RM143 juta yang dirampas dalam siasatan penyelewengan dana sukuk untuk pembinaan lebuh raya di Lembah Klang, membabitkan seorang kenamaan bergelar Tan Sri.
Pasukan siasatan SPRM juga sedang mengesan kenderaan mewah dan hartanah milik Tan Sri terbabit di dalam serta luar negara, termasuk di London dan Switzerland.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Seleweng dana lebuh raya: SPRM sita barangan mewah, jongkong emas dan alat kasino bernilai RM16 juta
Oleh Nor Azizah Mokhtar - Jun 13, 2025 @ 1:33pm

Antara barangan yang disita termasuk 84 beg mewah bernilai kira-kira RM3 juta; 11 unit jam tangan berjenama berjumlah kira-kira RM1 juta; serta jongkong, syiling dan patung emas bernilai kira-kira RM3 juta. - Foto SPRM
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita barangan mewah bernilai kira-kira RM16 juta, termasuk jongkong emas, berlian dan alatan kasino, dalam siasatan penyelewengan dana sukuk pembinaan lebuh raya.
Bahagian Komunikasi Strategik SPRM dalam kenyataan, hari ini, berkata sitaan dilakukan susulan penggeledahan di kediaman seorang individu bergelar Tan Sri di Bandar Tasik Selatan, Cheras, semalam.
Katanya, antara barangan yang disita termasuk 84 beg mewah bernilai kira-kira RM3 juta; 11 unit jam tangan berjenama berjumlah kira-kira RM1 juta; serta jongkong, syiling dan patung emas bernilai kira-kira RM3 juta.
"Selain itu, berlian dan barangan kemas bernilai kira-kira RM4 juta dan satu set alatan kasino berjenama mewah yang dianggarkan bernilai RM150,000 turut disita.

- Foto SPRM
"SPRM turut menemui sebuah bilik rahsia kebal yang menjadi tempat simpanan senjata dan peluru, namun tiada sitaan dilakukan kerana senjata berkenaan didaftarkan atas nama syarikat keselamatan milik individu terbabit," katanya.
Menurut kenyataan itu, SPRM semalam, menggunakan bantuan anggota pasukan taktikal Anti Corruption Tactical Squad (ACTS) dalam proses merakam keterangan Tan Sri terbabit kerana mengesyaki wujud bilik rahsia menyimpan senjata di kediaman berkenaan.
"SPRM mendapat maklumat terdapat bilik rahsia yang menyimpan barang berharga termasuk senjata yang berkaitan dengan siasatan penyelewengan dana sukuk pembinaan lebuh raya di kediaman individu ini.
"Kehadiran pasukan ACTS adalah bertujuan menjaga keselamatan dan mengiringi pegawai serta barang-barang yang disita bagi dibawa pulang ke Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya," katanya.
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, mengesahkan keseluruhan penggeledahan dan sitaan semalam berjumlah kira-kira RM16 juta.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan akan ada lagi sitaan dilakukan.
"Proses rakaman keterangan individu tersebut ditangguhkan pada satu tarikh lain disebabkan faktor kesihatan individu terbabit," katanya
|
|
|
|
|
|
|
|
Wow baru aku tau alatan kasino tu kategori barangan mewah hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Kan, ada jongkong syiling patung emas bagai. |
|
|
|
|
|
|
|
duit haram beli benda2 haram..tak la terasa haram kot |
|
|
|
|
|
|
|
jihyomelly replied at 13-6-2025 05:15 PM
duit haram beli benda2 haram..tak la terasa haram kot
Takkkk,maybe salah perbandingan mcm tu… SG rasa lagilah berganda2 nya dosa haram tu |
|
|
|
|
|
|
|
SalenaGomez replied at 13-6-2025 05:53 PM
Takkkk,maybe salah perbandingan mcm tu… SG rasa lagilah berganda2 nya dosa haram tu
sg...statements iols tu maybe tu perasaan tok juling masa guna duit haram lebih balik beli yg haram tak terasa haram tu..bg org mcm kita haram tetap haram..tetap dosa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Juling o juling.
Tang harta tak juling.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah macam2 ada ni, red room mcm 50 shades of grey takdekah?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|