CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 76|Reply: 0

[Sembang Bola Sepak] 2 terbunuh, 559 ditahan selepas penyokong raikan kemenangan PSG

[Copy link]
Post time 1-6-2025 07:11 PM | Show all posts |Read mode
2 terbunuh, 559 ditahan selepas penyokong raikan kemenangan PSG

Jun 1, 2025 @ 6:56pm





Penyokong Paris St Germain berkumpul di Porte d'Auteuil selepas pasukan mereka menang Liga Juara-Juara. - REUTERS



PARIS: Dua terbunuh, beratus ditahan dan kereta dibakar di Perancis ketika peminat bola sepak meraikan kejayaan hebat Paris Saint-Germain menang Liga Juara-Juara awal pagi tadi, kata Kementerian Dalam Negeri, hari ini.

Kemeriahan memuncak terutama di Paris, apabila bunyi kenderaan, sorakan, nyanyian dan bunga api menghiasi malam selepas kejayaan PSG menang 5-0 mengatasi Inter Milan di Munich.

Kementerian berkata, 491 orang ditahan di ibu kota apabila peminat memenuhi Champs-Elysees dan pergaduhan tercetus dengan pihak berkuasa.

Di keseluruhan Perancis, termasuk di Paris, seramai 559 orang ditahan tambah kenyataan itu.

Dua kematian dicatatkan di tempat sambutan keraian.

Seorang lelaki yang menunggang skuter di Paris terbunuh apabila dilanggar kereta di bandar selatan, hanya beberapa kilometer dari Champs-Elysees.

Di bandar Dax, pemuda berusia 17 tahun terbunuh selepas ditikam kata pendakwa raya.

Kematian mangsa berlaku 'ketika sambutan' namun pihak berkuasa berkata mereka tidak tahu sama ada ia berkaitan final Liga Juara-Juara. - AFP

https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2025/06/1403415/2-terbunuh-559-ditahan-selepas-penyokong-raikan-kemenangan-psg





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2025 03:31 PM GMT+8 , Processed in 0.172501 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list