CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3678|Reply: 54

[Tempatan] Penduduk Kelantan paling ramai hidap diabetes, kolesterol tinggi

[Copy link]
Post time 30-5-2025 10:59 AM | Show all posts |Read mode
KOTA BHARU: Kementerian Kesihatan (KKM) mendedahkan kadar peratusan penduduk di Kelantan menghidap penyakit diabetes dan kolesterol lebih tinggi berbanding paras nasional.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata hasil Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2023 mendapati, 16.3 peratus rakyat Kelantan menghidap diabetes atau kencing manis berbanding 15.6 peratus pada peringkat nasional.

Katanya, daripada data NHMS 2023 itu turut mendapati 34.9 peratus penduduk di Kelantan menghidap kolesterol tinggi berbanding 33.3 peratus pada peringkat nasional.

"Bagaimanapun kadar prevalens untuk penyakit darah tinggi dan berat badan berlebihan di Kelantan masing-masing merekodkan 27.9 dan 51.6 peratus iaitu lebih rendah berbanding paras nasional.

"Dapatan daripada NHMS 2023 amat membimbangkan walaupun Kelantan mencatatkan prestasi lebih baik dalam beberapa indikator berbanding paras nasional.


"Mendepani cabaran ini, KKM memperkenal dan melaksanakan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) sebagai platform untuk menggerakkan pembudayaan gaya hidup sihat secara menyeluruh.


"Inisiatif ini sangat selari dengan agenda reformasi sistem kesihatan negara, peralihan daripada perkhidmatan berfokuskan rawatan kepada sistem yang menumpukan kepada pencegahan dan kesejahteraan," katanya berucap merasmikan Hari Terbuka Wellness Hub Kelantan di sini, hari ini.


Turut hadir, Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin.

Dr Dzulkefly berkata, di Kelantan, Wellness Hub mula beroperasi pada 2021 dengan hanya sebuah unit kabin kecil, tetapi kini memiliki bangunan dua tingkat yang siap sepenuhnya pada 2024 dan kapasiti meningkat daripada 15 kepada 80 peserta setiap sesi.

"Sejak 2021 hingga 2024, Wellness Hub Kelantan menerima kehadiran lebih 92,000 klien, sama ada secara fizikal mahupun maya dan ini membuktikan keyakinan rakyat terhadap perkhidmatan ditawarkan.

"Pelbagai perkhidmatan ditawarkan secara percuma, termasuk saringan kesihatan dan kaunseling gaya hidup sihat.

"Transformasi kesihatan memerlukan kerjasama menyeluruh, bukan saja KKM, tetapi juga melalui kerjasama semua pihak dan rakyat sendiri. Saya yakin, dengan semangat bersama, Wellness Hub Kelantan akan terus menjadi contoh dan pemangkin kepada

pembudayaan hidup sihat di seluruh negara," katanya.





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2025 02:12 PM | Show all posts
segala tok nenek makanan mesti meletak 1 tong gula
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2025 02:28 PM | Show all posts
Balik sana di pasir puteh ..rumah pakcik shuben mereka akui masak sayur pun letak gula sikit. Tak faham apa keperluan gula dlm masakan sayur..
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2025 02:40 PM | Show all posts
vanilacup replied at 30-5-2025 02:28 PM
Balik sana di pasir puteh ..rumah pakcik shuben mereka akui masak sayur pun letak gula sikit. Tak fa ...

sama mcm KA kalau masak ada letak gula
mmg org dia dh biasa kut
tapi mcm tak ramai org dia gemok gedempol
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2025 02:42 PM | Show all posts
kat sana kalau paras gula 13 tu normal kata ada diabetes

kat negeri luar, normal 6-7 camtu
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2025 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
vanilacup replied at 30-5-2025 02:28 PM
Balik sana di pasir puteh ..rumah pakcik shuben mereka akui masak sayur pun letak gula sikit. Tak fa ...

Pernah tgk rancangan masak2, chef tu kata kena letak gula sedikit ikut rasa utk seimbangkn dgn garam dlm masakan.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-5-2025 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Jagalah kesihatan
Laki iols.kolestrol.tinggi
Doc soh minum susu omega..
Iols oung terjebak minum sekali...kikiki
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2025 02:59 PM | Show all posts
bos i dulu, kuah roti canai pun dia tabur gula satu sudu.. or lebih..
kalau secubit dua tu tak apa lagi..
ini nampak gula tu membukit dalam kuah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2025 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
AkokKocik replied at 30-5-2025 02:43 PM
Pernah tgk rancangan masak2, chef tu kata kena letak gula sedikit ikut rasa utk seimbangkn dgn gar ...

Aaaaa...kite pon masak cenggitu...so, kalu cth sawi yg dibeli nye rasa pahit, bila kite ltk sdkt garam, + gula ia akn <kan rasa pahit sayur...
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2025 03:17 PM | Show all posts
Kalau ko dah train anak2 dari kecik makan manis memang dah tua susah lah.

Satu cara nak break the chain, ibu kena masak dua version untuk dia dan laki bubuh lah gula sekilo, untuk anak tak usah diajar makan gula. Aku boleh cakap sebab aku tak biasa makanan manis therefore makanan Kelantan auto shut off.

Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2025 03:31 PM | Show all posts
16.3% dengan purata 15.6% peringkat nasional taklah jauh bezanya. ini bermaksud ada negeri2 lain pun sekitar 15%, rendah sedikit shj dari kelantan....
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2025 03:43 PM | Show all posts
toynme replied at 30-5-2025 02:40 PM
sama mcm KA kalau masak ada letak gula
mmg org dia dh biasa kut
tapi mcm tak ramai org dia gemok g ...

KA pun ada letak ke? selalu leka tengok video masak dia tak perasan pulak..
Isunya segala masakan nak letak gula memang dah jadi tradisi turun temurun semua ore kelate kot...
Sebab tu basic penyakit warga kelate umur 50 thn ke atas mesti ada kencing manis mcm dah wajib kena...
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2025 03:44 PM | Show all posts
AkokKocik replied at 30-5-2025 02:43 PM
Pernah tgk rancangan masak2, chef tu kata kena letak gula sedikit ikut rasa utk seimbangkn dgn gar ...

Kita yg tak letak gula dlm masakan sayur rasa dah cukup sempurna tak ada kekurangan apa pun.Boleh menambah nasi lagi ada..
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2025 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat kelantan ni mintak teh kurang manis pon rasa macam teh potong kaki. Tu belum lagi telan kuih2. Kuih yg aku boleh telan ialah cek mek, tu pon aku limit sekeping je. Pernah la try nekbat, terus rasa pening kepala.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2025 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
I uols follow dr akhbat kat tt. Seram ooo dgr die explain psal patient2 die, hilang semua cravings I

Cube la
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2025 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau masak sayur goreng goreng or sup jarang nak letak gula tp kalau masak lemak gulai rendang itu mmg letak gula sikit nak balancekan rasa tue
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2025 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Susah nak ubah kalau dari kecil dh terbiasa masak buh gula..
Makanan semua nak manis2.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2025 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasi kerabu lemak bakar
Teh ooo madu
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2025 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
tmpt uols ni @edayildiz
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2025 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok terjawab persoalan aiol selama ini
Diarg punya le bangga makan manis2 belaka selama ni rupanya berdiabetic le juga
Acah konon kebal siap kutuk2 kita ni masak tawar katanya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-6-2025 04:20 AM GMT+8 , Processed in 0.052200 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list