CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 2870|Reply: 63

Konsert Inteam tukar lokasi lebih besar, anak Suhaimi Saad bakal muncul buat persembahan

[Copy link]
Post time 28-5-2025 10:49 AM | Show all posts |Read mode




SUSULAN sambutan hangat peminat, Konsert Kasih Kekasih 25 Tahun kumpulan Inteam akan bertukar lokasi ke IdealLive, Petaling Jaya bagi menampung jumlah penonton lebih ramai.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh anggota kumpulan Inteam iaitu Mohd Syahril Abdul Khalid yang memberitahu keputusan tersebut dibuat sebulat-suara selepas jualan tiket mereka sebelum ini habis dalam tempoh dua jam.

"Sokongan luar biasa ini adalah daripada peminat dan mereka juga turut mencadangkan agar menambah malam kedua atau memilih lokasi lebih besar.

"Maka kami mengambil keputusan untuk berpindah ke IdeaLive Petaling Jaya," katanya.

Syahril berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media Konsert Kasih Kekasih 25 Tahun yang diadakan di D'Intan Hall Sri Damansara, Damansara pada Selasa.

Disebabkan berpindah lokasi, maka tarikh konsert juga telah ditukar kepada 28 September atas faktor kekosongan tempat berkenaan.

Peminat yang telah membuat pembelian awal akan mendapat keistimewaan tempat duduk berdekatan dengan pentas pada malam acara itu nanti.

"Peminat yang sudah membeli tiket tidak perlu risau kerana mereka akan dihubungi oleh pihak urusetia bagi pengesahan tempat duduk dan pemakluman tarikh," ujarnya.



Lebih istimewa lagi konsert kali ini akan menampilkan anak kepada bekas anggota Inteam iaitu Allahyarham Suhaimi Saad, serta beberapa artis jemputan yang masih dirahsiakan.

Tiket untuk tarikh dan lokasi baharu itu akan mula dijual pada 14 Jun menerusi platform Ticket Empire yang boleh diakses melalui laman rasmi konsert www.kasihkekasih.com.

Pada 22 Mei lalu, penjualan tiket Konsert Kasih Kekasih 25 Tahun mendapat sambutan luar biasa peminat apabila habis dijual dalam tempoh dua jam dilancarkan.

Mengikut perancangan awal konsert mereka bakal berlangsung di Zepp KL pada 27 September yang boleh menampung kapisiti kira-kira lebih 2000 penonton.

Selain Syahril, kumpulan nasyid ini turut dianggotai oleh Muhammad Hazamin Harun, Hisyam Ahmad dan Abdul Rahim Osman.

Konsert berkenaan diadakan sempena 25 tahun penubuhan kumpulan Inteam yang terkenal dengan lagu seperti Kasih Kekasih dan Nur Kekasih.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2025 11:47 AM | Show all posts
apoooooo

iols nak tgk inteam bukan anak ss
nasib pak dah arwah, klu hidup lagi memang iols boikot
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2025 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Korang bagi la can
Anak2 dia nak uuuuu aaaaaa uuuu aaaaa juga
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2025 01:00 PM | Show all posts
ramai ke acik por pegi konsert ini
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2025 01:03 PM | Show all posts
Semalam ada terbaca komen. Katanya tukar venue takpe asalkan jangan cancel sebab dah beli Avanza (kereta ustaz2 anak berderet)
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2025 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Prickford replied at 28-5-2025 01:03 PM
Semalam ada terbaca komen. Katanya tukar venue takpe asalkan jangan cancel sebab dah beli Avanza (ke ...

Avanza, unser,van vanette..Ada yg siap bawak kismis minda dgn majalah Asuh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-5-2025 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Prickford replied at 28-5-2025 01:03 PM
Semalam ada terbaca komen. Katanya tukar venue takpe asalkan jangan cancel sebab dah beli Avanza (ke ...

Berdekah iols tgk posts In Team core kt TikTok .Rakyat Malaysia ni kreatif betol

Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2025 01:14 PM | Show all posts
Glass_shoes replied at 28-5-2025 05:08 AM
Avanza, unser,van vanette..Ada yg siap bawak kismis minda dgn majalah Asuh

Pastu pakaian jubah atau bebas
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2025 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Shayang at 29-5-2025 07:52 AM

Aku taktau apa keperluan nasyid pun nk wat konsert


Nak dengar lagu berunsurkan ketuhanan ni aku lagi suka lagu2 realigi dari indon tu
Lirik pun puitis dan melodi opkos lebih syahdu
Sampaikan leh jadi lagu gereja juga cth mcm lagu Rossa yg dinyanyikan blk olh penyanyi kristian lain.
Lagu2 Maher zain pun sedap juga satu dunia bleh layan

Maaf la ye Walateam, aku mmg takle nk masuk ngn lagu nasyid cintan cintun budak sekolah nih
Lagi tok ramli sarip, lagu toksir pun lebih ketuhanan berbanding lagu2 nasyid cintan cintun nih
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2025 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Prickford replied at 28-5-2025 01:14 PM
Pastu pakaian jubah atau bebas



Lightstick guna kayu sugi..Perfume malaikat subuh
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2025 01:39 PM | Show all posts
Prickford replied at 28-5-2025 01:03 PM
Semalam ada terbaca komen. Katanya tukar venue takpe asalkan jangan cancel sebab dah beli Avanza (ke ...

inteamcore dkt tt tu lawak2 sungguh

siap dah gerak nk pi konsert inteam sbb unser selalu naik temperature kena gerak awal hahahaha

ada tu bawak avanza masuk kebun sawit..lalu jln dalam sbb xde roadtax
hahahahha  mcm2 la netizen ni
lawak jugak kdng2 tu

Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2025 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg lawak kat tt. Meols baca komen2 pun tergelak psl konsert inteam. Kdg nampak inteam reply tapi nmpak sgt la sejenis lurus je jawapan
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2025 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Glass_shoes replied at 28-5-2025 01:37 PM
Lightstick guna kayu sugi..Perfume malaikat subuh

Malaikat subuh kasturi kijang hehehe....
Cermin unser lekat sticker islamik... tasbih belambak2 dlm kreta hahaha... minyak attar bau kuat namampos hahaha...
Keta klu slain wana ijau xdosa tp ada masa lagi klu nk tuko cat tu.. hahahhaha.. budak tu smlm siap ada kaset nasyid dlm nya selit kertas lirik.... kaset tu klu ditarik2 benang itam tu ha jenuh besepah satu kl.

Mmg lawak betol inteam core... just layan je ,menghiburkan
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2025 02:29 PM | Show all posts
lifeline replied at 28-5-2025 05:39 AM
inteamcore dkt tt tu lawak2 sungguh

siap dah gerak nk pi konsert inteam sbb unser selalu naik tem ...

i baca semalam, dah gerak dari Sarawak nak ke konsert inteam, sbb naik sampan
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2025 02:38 PM | Show all posts
tiket dh sold out keeeee
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2025 02:48 PM | Show all posts
Shayang replied at 28-5-2025 01:14 PM
Aku taktau apa keperluan nasyid pun nk wat konsert
Lagu2 memasing bkn menguji kemampuan vokal pun.
N ...

orang selalu pergi konsert nak mengenang masa lalu dengan lagu-lagu penyanyi tu..lagi2 bila lagu-lagu ada kenangan masa sekolah dulu ke, zaman belajar ke.
tak kisah la pasal kemampuan vokal, kalau gitu, baik tengok gegarvaganza ke malaysia idol ke kalau nak dengar vokal best2, jerit jerit.
KRU pun bukannya vokal hebat sangat.. tapi konsert sampai 4 hari. sebabnya orang nak enjoy. nak rasa vibe dulu2 masa fanboy/fangirling..

kalau group nasyid, vokal InTeam dikira bagus la juga.. sebab semua boleh nyanyi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2025 02:56 PM | Show all posts
sukebintang replied at 28-5-2025 02:48 PM
orang selalu pergi konsert nak mengenang masa lalu dengan lagu-lagu penyanyi tu..lagi2 bila lagu-la ...

tula pasal nya
org nak kenang balik zaman2 remaja
tu yg inteam core keluar hbis semua trend2 zaman awal2 2000an

apoooo joy killer hahahhaa
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2025 03:30 PM | Show all posts
lifeline replied at 28-5-2025 02:56 PM
tula pasal nya
org nak kenang balik zaman2 remaja
tu yg inteam core keluar hbis semua trend2 zama ...

ye. nak kenang zaman2 muda2 ja punnn. tak de nya nak beriya vokal vokal sgt pun la. nak hapy2 dgr lagu zaman2 sekolah ,zaman matrix, zaman U masing masing ja. sebab tu sold out.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2025 03:36 PM | Show all posts
iols suka vokal Nazrey Raihan je. Soothing gitu..latest duet dengan group muda apa entah sedap je suaranya..group nasyid lelain iols ok2 je la tak layan sangat kecuali unic masa bbnu dulu
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2025 03:45 PM | Show all posts
lifeline replied at 28-5-2025 02:56 PM
tula pasal nya
org nak kenang balik zaman2 remaja
tu yg inteam core keluar hbis semua trend2 zama ...

lagipun Inteam ni pun layak je nak buat konsert macam artis-artis lain
- ada banyak lagu-lagu popular, lagu2 pun banyak, sebab album dorang banyak
- boleh dikira fenomena juga dulu, maybe bukan untuk semua orang, tapi yang jadi student zaman awal 2000an tu, memang popular la dorang esp utk student sekolah agama, universti.
- kalau tak fenomena, takkan lagu dorang boleh jadi juara dekat carta ERA berminggu-minggu. sebabtu ERA pun  duk hype kan dorang sekarang ni.
- inteam semua boleh nyanyi. teringat dorang perform lagu BUNGA dengan Exist masa konsert 20 tahun tu. sedap sungguh suara






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2025 01:37 AM GMT+8 , Processed in 0.057233 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list