CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 47|Reply: 0

[Kedah] Tanah besar Kedah tarikan baharu pelancong Gen Z

[Copy link]
Post time 17-5-2025 01:58 AM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 17-5-2025 01:59 AM

Tanah besar Kedah tarikan baharu pelancong Gen Z

ROSHILA MURNI ROSLI
16 Mei 2025 02:23pm




Peserta Program FAM Trip Surreal Experience Kedah bergambar di hadapan Gua Sireh, Baling yang merupakan lokasi pelancongan baharu di Kedah.



ALOR SETAR – Jika sebelum ini nama Kedah sering dikaitkan dengan Langkawi dan sawah padi, kini tumpuan mula beralih ke tanah besar negeri itu yang semakin dikenali sebagai ‘syurga ekopelancongan’ oleh Generasi Z.

Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Utara, Abdul Hadi Che Man berkata, produk pelancongan di tanah besar Kedah berpotensi besar dan mampu menarik minat golongan muda yang menggemari aktiviti lasak, semula jadi dan mencabar.


Katanya, antara aktiviti yang menyajikan pengalaman berharga buat pelancong muda ialah rakit air di Sungai Sedim, berendam di kolam air panas Ulu Legong serta bersantai di Pulau Songsong.

“Untuk melihat maklum balas daripada generasi muda ini kita menjemput sembilan wakil media dan pencipta kandungan untuk alami sendiri pengalaman di tanah besar Kedah sempena Tahun Melawat Kedah (TMK) 2025.


“Hasilnya kita menerima maklum balas yang positif daripada mereka yang telah melalui cabaran dan pengalaman luar biasa selama lima hari di Kedah,” katanya ketika ditemui pada majlis penutupan Program Familiarization (FAM) Trip Surreal Experience Kedah di Menara Alor Setar.

Menurutnya, program itu adalah antara strategi awal promosi TMK 2025 dan persiapan ke arah Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026.

“Untuk persediaan bagi TMM 2026, beberapa lokasi pelancongan kita seperti di Sik, Baling dan Yan sudah bersedia untuk menerima pelancong, cuma ada beberapa penambahbaikan terutama dari segi fasiliti dan promosi perlu diambil tindakan,” ujarnya.

Abdul Hadi berkata, TMK 2025 dijangka melonjakkan sektor pelancongan Kedah jika produk unik di tanah besar terus diperkasa dan dipromosikan secara konsisten.


Bagi pencipta kandungan digital, Siti Khadijah Md Khalid, 28, pengalaman ke Kedah membuka mata bahawa negeri ini sebenarnya kaya dengan lokasi dan aktiviti pelancongan menarik, jauh dari jangkaan awal.




“Saya tak sangka langsung. Bila sebut Kedah, orang fikir Langkawi, tapi sekarang saya boleh kata tanah besar Kedah pun ‘power’. Cuma promosi kena lebih agresif supaya lebih ramai orang tahu.

“Jika tidak pelancong hanya akan tertumpu di Langkawi sahaja,” katanya.

Sementara itu, N Saraventhiran, 22, dari LOCCO Malaysia berkata, pelancongan Kedah akan lebih hidup jika dapat menyatukan pengalaman bersama komuniti setempat.

"Ini supaya pelancong dapat cuba sendiri aktiviti penduduk seperti buat kuih tradisional, Gen Z ni suka benda 'real' dan asli,” ujarnya.

https://www.sinarharian.com.my/article/728810/edisi/utara/tanah-besar-kedah-tarikan-baharu-pelancong-gen-z



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2025 07:43 PM GMT+8 , Processed in 0.043185 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list