CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1102|Reply: 24

Retis Sentap, Kena Hina Ambik Kos Bodoh, Paling Bodoh Kat Malaysia!

[Copy link]
Post time 14-5-2025 08:35 AM | Show all posts |Read mode


Baru-baru ini, kecoh di media sosial kenyataan seorang pempengaruh yang dikenali sebagai DMA Islam yang memperlekeh dan menganggap bidang komunikasi serta teater sebagai jurusan ‘bodoh’.

Menerusi hantaran di Instagram miliknya, influencer itu berpendapat jurusan teater khususnya yang melibatkan tarian tidak memerlukan segulung ijazah.

“Antara course paling bodoh dekat Malaysia adalah course apa? Course Masscom tapi course paling bodoh sekali course teater, course muzik, course tarian tradisional. Kalau kau nak belajar menari, kau tak perlu ambil degree, aku pun boleh joget.

“Kau tak payah sampai buat PTPTN untuk kau buat degree bodoh macam ni. Better kau pergi kerja dapatkan pengalaman yang real,” katanya.

Lebih mengejutkan, dia berpendapat mereka yang mengikuti bidang tersebut hanyalah sekadar untuk suka-suka dan bukanlah untuk menuntut ilmu.

Ramai Selebriti Selar Kenyataan Pempengaruh Perlekeh Jurusan Komunikasi & Teater

Kenyataan pempengaruh yang sebelum ini pernah mencipta kontroversi itu nyata mendapat perhatian termasuklah beberapa orang selebriti tempatan.

Antara salah seorang yang tampil mengulas kenyataan tersebut adalah pengacara terkenal tanah air, Datuk Aznil Nawawi atau lebih mesra dikenali sebagai Pak Nil.

Jelasnya, pempengaruh atau pencipta kandungan perlu mempunyai ilmu sebelum mengeluarkan kata-kata yang tidak memberi kesan negatif kepada masyarakat.

Tegas Aznil yang juga pernah menjadi penyampai radio Era FM, seorang influencer tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Malah, dia turut menasihati individu terbabit agar tidak ‘membadutkan’ diri hanya untuk meraih capaian meluas di media sosial.

“Kadang-kadang bila terlalu ‘bijak’ bercakap, akan menunjukkan kebodohan. Mungkin merasakan ada platform yang besar dan kuat, tapi tak tahu ramai yang ikut dalam media sosial disebabkan kebodohan.

“Mungkin mereka suka lihat kebodohan awak, kadang-kadang kebodohan ini juga hiburan bagi mereka. Kalau tak mahu bangkit walaupun satu Malaysia sudah kutuk, awak akan terus jadi tontonan kepada simbol bodoh.

“Rupanya, dia sukarela menjadi contoh bodoh itu. Sekarang ini zaman cepat sebaran maklumat, jadi awak kena minta maaf cepat,” katanya yang dipetik daripada Berita Harian.

Setiap Perlakuan Mesti Berlandaskan Ilmu

Tambah Aznil yang kini bergelar sebagai Profesor Adjung di Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya (UM), kerjaya sebagai pempengaruh tidak salah namun setiap perbuatan perlu berlandaskan dengan ilmu.

Pada masa yang sama, Aznil menasihatkan agar pempengaruh tidak terlalu taksub dengan jumlah pengikut memandangkan ada di antara mereka hanya berminat menonton perkara bodoh yang dilakukan.

“Nak jadi pempengaruh boleh, tapi apa yang penting, belajar. Tak kisah sama ada mahu belajar menari muzik, teater atau MassComm. Apa yang penting, belajar kerana awak akan jadi pempengaruh yang ada ‘isi’.

“Nama penyedia kandungan, jadi tugas awak untuk memberikan isi kandungan. Tetapi, kalau otak kosong, awak nak isi apa berdasarkan tugas itu?

“Nak jadi pempengaruh bagus sebab ini permintaan masa kini, tapi kena ada ilmu dan pelajaran,” katanya.

Ellie Suriaty Sifatkan Influencer ‘Katak Bawah Tempurung’

Kenyataan pempengaruh itu turut mendapat perhatian pelakon Ellie Suriaty dan Nadia Brian.

Ellie Suriaty yang juga seorang pengarah filem berpendapat kenyataan tersebut tidak seharusnya datang daripada bekas pelajar institusi pengajian tinggi apatah lagi melibatkan budaya, warisan serta jati diri bangsa.

“Saya tak sangka ada bekas pelajar institusi pengajian tinggi boleh keluarkan kenyataan sebegitu, lebih-lebih lagi yang menghina bidang berkait rapat dengan budaya dan warisan kita.

“Jangan jadi katak di bawah tempurung. Orang begini tidak nampak luasnya dunia seni.

“Kalau buang budaya, tarian dan warisan apatah lagi yang tinggal pada bangsa Melayu?” jelasnya.

Bidang Seni Persembahan Bukan Sekadar Hiburan, Jadi Platform Sampaikan Mesej

Tambahnya lagi, bidang seni persembahan bukanlah sekadar hiburan namun platform untuk menyampaikan mesej dan dakwah masyarakat.

Jelas Ellie yang juga mempunyai pengalaman hampir 30 tahun dalam dunia hiburan tanah air, industri kreatif juga turut menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara.

Malah, dia turut berpesan agar individu tidak meremehkan dan menyebarkan kebencian dalam bidang yang berkaitan seni, komunikasi dan budaya terhadap orang ramai.

Dalam pada itu, pelakon Nadia Brian turut senada dengan Ellie dan Pak Nil. Jelas Nadia, semua pengajian yang disebut oleh pempengaruh berkenaan bukanlah satu bidang mudah namun memerlukan usaha untuk berjaya.

Nadia Brian Sifatkan Influencer Kurang Ajar & Tuntut Permohonan Maaf

Malah, Nadia turut menuntut agar individu terbabit tampil membuat permohonan maaf secara terbuka susulan kenyataan yang dikeluarkan.

“Awak ini memang kurang ajar. Sangat-sangat kurang ajar. Saya mewakili penggiat seni semua, meminta supaya dia ini membuat permohonan maaf.

“Pada awalnya saya tidak kenal dia. Saya memang terkejut tengok video ini sebab dianggap menghina struktur universiti. Ini membuatkan pelajar lepasan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) rasa tidak penting untuk masuk universiti.

“Mulut jangan terlalu lancang. Mungkin orang tidak pernah nampak saya marah. Tetapi kali ini saya sangat marah. Tidak perlu cari konten jijik,” katanya yang dipetik daripada mStar.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-5-2025 08:36 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2025 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Jahatnya mulut budak ni..anak sapalah..
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2025 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Piramida at 14-5-2025 08:51 AM

Takde course yg bodoh... Tak kisah bidang apapun  kena ada org knowledgeable dlm bidang tu.

Kalau cakap course ada yg susah, ada yg senang.. ya boleh terima akal.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2025 08:57 AM | Show all posts
Piramida replied at 14-5-2025 12:50 AM
Takde course yg bodoh... Tak kisah bidang apapun  kena ada org knowledgeable dlm bidang tu.

Kalau c ...

kannnn.. dia pulak pandai2 cakap course bodoh. biarlah orang nak belajar course apa pun.. at least dorang masih fikir masa depan.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2025 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Budak ni memg otak dia senget..ada yg ktaa beberapa org ahli keluarga dia sakit mental dan penghuni tanjung rambutan..maybe penyakit keturunan bawak ke diaa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-5-2025 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Lahhh gitu cara "orang bijak" brrfikir.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2025 11:34 AM | Show all posts
attention seeker dia ni... dia habis belajar ke idok
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2025 11:37 AM | Show all posts
Kalau kau nak belajar menari, kau tak perlu ambil degree, aku pun boleh joget.


cakap pun tak guna. tunjuklah bideonya sekali, nak gak tengok
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2025 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
budak dma ni sendiri tak habis pon buat degree. Takyah la layan orang otak tak berapa nak wujud ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2025 11:51 AM | Show all posts
heythere123 replied at 14-5-2025 11:38 AM
budak dma ni sendiri tak habis pon buat degree. Takyah la layan orang otak tak berapa nak wujud ni

dia kena buang dari unisza kan???
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2025 12:30 PM | Show all posts
mentaliti mangkuk hayun ni sebijik dgn mak cik aku. suka pandang rendah kat org yg belajar course2 mcm ni. dulu dua pupu aku study teater kat USM pun dia dah ckp mcm2.. katanya syg je belajar USM tapi amik course yg mcm tu. yg dipandang tinggi, budak2 medic, budak2 engineer.. dua pupu aku yg lelaki jadi nurse pun dia nak kutuk.. dipanggilnya org tu lembik.. ehhhh dia ni.. tak padan dgn tasbih selalu kat tgn, mulut tak berenti zikir 24/7, tapi suka pandang rendah kat org.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2025 12:45 PM | Show all posts
budak ni belajar ke tidak? spm lepas tak?
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2025 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Apsal la korang layan budak autistic ni.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2025 02:59 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 14-5-2025 01:00 PM
Apsal la korang layan budak autistic ni.

Kesian orang2 autistic woo. This ret4rd is even worse. Jangan samakan.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2025 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Sendawg replied at 14-5-2025 06:59 AM
Kesian orang2 autistic woo. This ret4rd is even worse. Jangan samakan.


Camna if dia bebetul autistic? Macam lain ja perangai...Tau la budak2 autistic, adhd ni suma mulot kemain laju dari otak. Blunt namampus tu 1 hal. Orang normal tak camni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2025 03:10 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 14-5-2025 03:04 PM
Camna if dia bebetul autistic? Macam lain ja perangai...Tau la budak2 autistic, adhd ni suma mulot ...

Proabbly but for me dia ni taksub sgt utk famous dan tak matang. Plus dgn claim yg kata family2 dia ada masalah mental. But could be austim disalahdiagnosed ke apa.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2025 03:12 PM | Show all posts
anak sapa ni mai kutip satttttt
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2025 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Haibara-san replied at 14-5-2025 12:30 PM
mentaliti mangkuk hayun ni sebijik dgn mak cik aku. suka pandang rendah kat org yg belajar course2 m ...

Meols sniri pon hasil manusia yg kena pengaruh mcmni drpd family, cuma deyols takdela guna perkataan cos bodoh. Meols penah nk tuka cos ke benda2 gitu mmg tak dapat restu lar. Sudahnye meols melopong tgk org len folo minat deyols dlm bidang seni sementara meols jd acikpor yg kecam retis dlm bod je. Sedey kan?

Cos yg meols ambik kira tgh2 la, tak cerdik sgt tp ade yg pandang tggi jgk. Itu ponnnn ade membe laki penah tanye cos meols boleh buat ape lps grad? Eh dia tu mmg ambik cos tggi n keje offshore tp mendadih, tahiii (sorry lps geram kat membe lama jap).  
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2025 05:33 PM | Show all posts
siapa la yang layan dma ni
dia boleh duduk sepulau dengan keda crepe
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2025 10:16 PM GMT+8 , Processed in 0.111204 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list