View: 406|Reply: 14
|
[Tempatan]
Rugi RM925,850-Wanita termakan janji manis boyfriend Yemen
[Copy link]
|
|
ALOR SETAR – Seorang wanita kerugian RM925,850 selepas diperdaya seorang lelaki mengaku dari Yemen yang mengirimkan dua bentuk cincin dan berjanji mahu mengahwininya sejak tahun lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kedah, Superintendan Loi Yew Lik berkata, mangsa yang berusia 53 tahun dan merupakan bekas ahli perniagaan itu berkenalan dengan lelaki terbabit menerusi Facebook pada 26 Januari tahun lalu.
“Wanita itu kemudian berhubung dengan individu berkenaan menerusi aplikasi WhatsApp. Sepanjang perkenalan, dia ada menerima dua bentuk cincin yang dikirim lelaki itu sebagai tanda ikatan untuk berkahwin,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Katanya, seterusnya pada 5 Februari tahun yang sama, lelaki terbabit memaklumkan dia terpaksa dimasukkan ke hospital dan meminta mangsa meminjamkan wang untuk membiayai kos rawatan.
“Individu itu berjanji akan membuat bayaran balik dan akan datang ke Malaysia untuk berkahwin dengannya.
“Atas dasar percaya dan cinta, mangsa telah memasukkan wang secara berperingkat berjumlah RM925,850 menerusi 166 kali transaksi ke dalam 15 akaun bank berbeza,” ujarnya.
Menurutnya, transaksi wang berlaku dari 5 Februari tahun lalu hingga 25 Mac tahun ini.
“Mangsa hanya menyedari ditipu apabila mendapati lelaki itu tidak datang ke Malaysia selain akaun Facebooknya turut disekat oleh individu terbabit,” jelasnya.
Sumber: Kosmo
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Mana punya nijja menyamar ntah. Orang Yemen dalam mood perang lawan atuk teram. |
|
|
|
|
|
|
|
Kena pukau ke apani sampai 900k. Logik akal x sampai. |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa ada bekas ahli perniagaan ? |
|
|
|
|
|
|
|
org tua..ko nak tegur pun..degill |
|
|
|
|
|
|
|
Dah kenapa sampai 900k? kalau sedekat kat sekolah sbgi sumbangan pibg lg berfaedah |
|
|
|
|
|
|
|
Ayat dia mesti manis belaka |
|
|
|
|
|
|
|
Patutnya time dia minta duit, pulangkan balik cincin yang dia bagi tu suruh dia gadai sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
adui.
pandai ek scammer ni scam org ada duit
|
|
|
|
|
|
|
|
Live scam ni dari sindiket terancang. Siap ada skrip bagai untuk buat target jatuh hati. Memang terancang aktiviti depa ni n diorg punya mastermind pun level org bijak |
|
|
|
|
|
|
|
Dah dekat sejuta boleh beli tanah dah, lepas itu buat rumah ikut citarasa sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
yebit157 replied at 14-5-2025 08:50 AM
Patutnya time dia minta duit, pulangkan balik cincin yang dia bagi tu suruh dia gadai sendiri
Ntah2 cincin dia bg yg mcm zhulian punya. |
|
|
|
|
|
|
|
“Atas dasar percaya dan cinta, mangsa telah memasukkan wang secara berperingkat berjumlah RM925,850 menerusi 166 kali transaksi ke dalam 15 akaun bank berbeza,” ujarnya.
166 kali woiiii
|
|
|
|
|
|
|
|
semua bertanya kenapa boleh smpai 900k
dulu aku prnah attend sorang staff ni, kena scam dgn seseornag yg claim prince of qatar prince Rashid al maktoum ( bukanmama sebenar, tp al maktoum tu ada )
dia asik minta duit dgn akak ni, akak ni andartu 50 an, dia dah hulur dekat rm10 k
wa baca perbualan, katanya ok 1 more payment, lepas tu 1 more payment oh i forget about this is for the lawyer, for the government, for the poltical fee dsbnya
akak tu pulak mentaliti nya ha ni final payment kot, lepsa ni dpt la 500k usd - 1m usd spt yg di janjikan , kadang2 dia call bank tu ada tak org transfer duit dr qatar masuk account dia? siap guna nama al -maktoum tu ( malu juga aku mendengar dia call bank tu,tp akak ni sgt konfiden dgn duit tu )
bila aku baca perbualan, ( masa ni dah abis 10k, duit kredit kad dah amik cash advence, org tu mintak lg 5k ) akak tu cakap org tu janji ini last, salim ni mgkn last payment, apa kata kita share 5 k ni, nnti dpt duit akak bayar la lebih akak bg 20k ke
tersedak aku, aku dah scakap apa yg dah lepas, skrg akak stop, jgn bayar apa2 lagi, ni confirm scam
akak tu cakap dgn nada sedih eh jgn la scam, akak dah berharap dah ni, duit akak mcm mana?
aku cakap report polis pn akak takkan dpt balik duit akak ni, tp akak boleh report utk formaliti atau utk mengelakkan org ni scam lagi
tp dr raut wajah dia kecewa, dan juga cam tak percaya kan wa...
tp at last dia tukar email personal dia, dan mulakan hidup yg baru, kadang2 dia ada bercerita juga, kesal dia layan org tu, tp last2 dia mengaku dia kena scam, tp taknak report polis, malu katanya...
akak ni warak2 sikt orang nya pakai tudung labuh , pn boleh kena
dr perbualan bukan la ayat2 cinta ke, apa lebih kepada nak berbisnes dgn akak ni, nak melabur beli saham syariah malaysia katanya...
tapi ada la ex staff cakap kalo akak ni ajak minum ko ajak je gi starbuck, coffee bean, sbab akak ni byk duit, wa cakap wa tak sampai hati
bila dia tau, dia cakap tgk ko tak pau akak tu, orang lain pau akak tu
erm takpe la, member wa tu ex staff tu mmg kaki pau, kalo ko ajak belanja makan dia akan order paling mahal beb jilaker, tp kalo dia asyuk pn dia belanja kitorang balik...
|
|
|
|
|
|
|
|
mangsa selalu nya org solo kan?
memner wa duda, pn selalu kena scam, awek nak dtg shah alam tp duduk johor, tunjuk gambar peha, celah dada, dah hulur rm200,
psatu tak dtg, awek tu hilang,
dan perkara ni berlaku bbrapa kali, 3-4 kali gak
aku cakap eh ko tak serik ke kena scam
dia cakap aku rasa ni bukan scam ni, ni betul ni yg ni ada video call aku bla2...lawa cantik , takpe la try je la, kalo dia dtg , dtg la, kalo tak, takpe la, 200 je ...huhuhu
tp ada juga la 2 kali berjaya, itu pn minah isap syabu yg selalu pau duit dia juga,
|
|
|
|
|
|
|
| |
|