CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 276|Reply: 1

Tasik Cermin transformasi bekas kuari kepada lokasi geopelancongan popular

[Copy link]
Post time 13-5-2025 09:09 PM | Show all posts |Read mode


PERNAHKAH anda ingat suatu ketika dahulu sebuah video menampilkan dua orang budak bermain rakit sambil menyanyi di Tasik Cermin, Ipoh, Perak, dan ketika itu, Tasik Cermin masih 'dara'.


Namun sejurus video tersebut tersebar, lokasi berkenaan tidak putus menerima kehadiran pelancongan domestik mahupun anatarabangsa.


Mana tidaknya, permukaan tasiknya yang jernih hingga menampakkan refleksi pengunjung pasti memukau sesiapa yang mengunjunginya.


Ditambah dengan panorama alam yang indah, tasik dikelilingi dengan hutan bukit batu kapur itu tentunya menambat hati pelancong.




Mana tidaknya, permukaan tasiknya yang jernih hingga menampakkan refleksi pengunjung pasti memukau sesiapa yang mengunjunginya.


Ditambah dengan panorama alam yang indah, tasik dikelilingi dengan hutan bukit batu kapur itu tentunya menambat hati pelancong.


Segmen Nomad kali ini, berkongsi suasana dan pemandangan indah Tasik Cermin yang boleh anda lawati bersama keluarga mahupun rakan-rakan yang sukakan aktiviti adventure seperti ATV dan sebagainya.


Tasik Cermin terletak dalam daerah Kinta iaitu kira-kira 8 kilometer dari bandaraya Ipoh dan mengambil masa 20 minit jika memandu kenderaan sebelum tiba di Jeti Gunung Rapat.


Sepanjang perjalanan anda ke Jeti Gunung Rapat, anda akan melalui laluan sempit dikelilingi bukit batu kapur yang membentuk sebuah kuari yang terserlah keunikannya.


Merupakan bekas kuari, transformasi Tasik Cermin kepada sebuah destinasi ikon geopelancongan adalah simbol terhadap pemuliharaan alam semula jadi.




Setibanya di jeti berkenaan anda akan ditawarkan perkhidmatan bot dengan harga tiket berharga RM25 untuk dewasa dan RM18 untuk kanak-kanak yang lengkap dengan jaket keselamatan.


Sepanjang perjalanan bersama bot berjenaan selama 30 minit anda akan diiringi pemandu bot yang bertauliah yang akan menerangkan serba sedikit keunikan dan sejarah Tasik Cermin.  


Bagi yang ingin mengabadikan kenangan, anda disyorkan datang ke tasik itu pada waktu tengah hari atau petang kerana ketika itulah tasik tersebut akan kelihatan indah dengan refleksi anda jelas kelihatan di permukaan tasik.


Lebih indah, anda juga boleh melihat ikan berenang-renang di sekeliling bot dan berpeluang memberi ikan itu makan.


Kini memiliki tiga hentian utama iaitu Tasik Cermin 1, Tasik Cermin 2 dan Gua Mulut Ular yang masing-masing berusia sekitar 250 juta hingga 480 juta tahun, ia diwartakan sebagai destinasi dalam Geopark Lembah Kinta.


Jadi, untuk melihat dengan lebih jelas keindahan Tasik Cermin, apa kata anda saksikan video ini. — Majoriti


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2025 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak pernah pi sini.. nampak mcm best tapi iols rasa musti panaih kat sana dek iklim khatulistiwa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2025 08:10 PM GMT+8 , Processed in 0.066574 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list