View: 269|Reply: 5
|
Marahkan isteri hilangkan jaring pelindung matahari, suami bebel sambil ‘tekan-tekan’ minyak kereta - “Dia lupa banyak kali curang!”
[Copy link]
|
|
PERTELINGKAHAN yang berlaku antara pasangan suami isteri sudah menjadi asam garam dalam sesebuah rumah tangga.
Namun seorang wanita terkejut apabila dia dimarahi suaminya atas alasan remeh iaitu secara tidak sengaja menghilangkan jaring pelindung matahari kereta.
"Suami saya marah, membebel cakap saya tak jaga barang. Jaring tingkap ni hilang.
"Saya pun tak perasan jaring tu tak ada. Bukan main lagi dia marahkan saya. Tekan-tekan minyak kereta (ketika memandu). Saya terkedu," katanya menerusi luahan di media sosial.
Dalam hantaran sama wanita itu turut berkongsi foto menunjukkan jaring kereta yang dimaksudkannya.
Tambah pengadu, hatinya begitu sedih dengan sikap si suami yang suka memperbesarkan hal kecil lebih-lebih lagi apabila lelaki itu sendiri sudah beberapa kali berlaku curang.
"Dia cakap saya tak reti jaga barang dia. Tapi dia sedar tak yang dia tak jaga mental saya? Dia curang dalam perkahwinan berkali-kali?
"Saya masih bagi peluang. Sekarang dia nak marah saya sebab jaring yang boleh order je dekat online," luahnya lagi.
Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya bersimpati dengan nasib wanita tersebut dan menasihatinya agar tidak terus bertahan dalam perhubungan toksik.
Pentingkan kesihatan mental awak, jangan mudah sangat dimanipulasi. - NETIZEN
"Sis, kalau lelaki jenis kaki curang tolong la jangan bertahan. Apabila sudah curang, selalu akan curang lagi. Jangan mimpi dia nak berubah. Pentingkan kesihatan mental awak. Jangan mudah sangat dimanipulasi.
"Hati-hati, zaman sekarang ramai emosi tak stabil. Gaduh suami isteri sebab silap sikit je terus ada jiwa yang melayang. Kalau marah, cepat-cepat berwuduk atau zikir. Kurang sikit rasa marah tu," komen beberapa netizen.
Malah, ada juga yang mencadangkan agar wanita tersebut berterus terang kepada suaminya dan tidak hanya meluahkan perasaan di media sosial.
"Kau cakap la depan muka dia apa yang kau tulis dekat media sosial ni," ujar seorang pengguna lain.
Menjawab kepada reaksi warga maya, wanita itu menjelaskan dia bertindak berdiam diri atau silent treatment selepas dimarahi suami hingga lelaki berkenaan sedar akan kesilapannya.
"Saya dah cakap nak order dekat online. Memang silent treatment la saya bagi. Terus dia senyap.
"Lepas tu suami terhegeh-hegeh bawa jalan dekat Kuala Lumpur. Berhenti makan dekat kedai kegemaran saya.
"Saya memang tak layan la. Memang saya tidur je dalam kereta sampai balik rumah," jelasnya.
Sumber : Mstar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Aku ingat dia marah bini dia sbb dia x leh beromen dgn scandal dlm kereta sbb benda alah tu hilang |
|
|
|
|
|
|
|
dah ada terang redflag mcm tu, ko kenapa x blah jer kak? nak tggu kena debik dulu ke baru nak blah? |
|
|
|
|
|
|
|
meolss rasa ni citer hasanah - kataku berfikiran negatif |
|
|
|
|
|
|
|
Patut cakap kat laki kau kak. Cakap kat kami, bukan kami boleh gi bantai laki akak tu. Akak sound setepek, pastu blah dari marriage tu. |
|
|
|
|
|
|
|
suka benor la ckp kat med sos... ckp terus terang depan2 la....
apa benda laaa......jenis org skrg...
pastu ckp nak order shopee pastu acah2 bg silent treatment..thn.laki pujuk ajak gi jalan2 KL..- tang ni aku rasa tak percaya sudah...berkhayalan ke pun... |
|
|
|
|
|
|
| |
|