CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 225|Reply: 4

[Tempatan] Keropok lekor tu 3 keping RM1 atau 5 keping RM2?

[Copy link]
Post time 11-5-2025 03:45 AM | Show all posts |Read mode

PETALING JAYA – Tindakan seorang penjual keropok lekor yang menawarkan dua harga berbeza kepada murid sekolah mencetuskan tanda tanya.


Menerusi perkongsian di Facebook oleh @Lahahmad, wanita berkenaan meluahkan rasa pelik selepas anaknya yang baru berada di tahun satu sering membeli keropok lekor dari seorang pak cik berhampiran sekolah.


“Anak cakap 3 keping RM1, 5 keping RM2. Jadi dia pilih beli RM2 sebab katanya boleh makan banyak sikit.


“Akhirnya saya ajar anak beli RM1 tapi minta dua pek dapatlah enam keping. Saiz pun sama macam sebelum ni. Dia pun cakap untung makan lebih,” katanya.


Perkongsiannya mendapat perhatian ramai yang menyifatkan peniaga seharusnya lebih jujur, terutama apabila berurusan dengan murid sekolah.


“Bahaya ini aniaya anak-anak. Pak cik tersalah ke atau saja buat ‘trick’ begitu,” kata @Normahizuramahmud.


“Dekat pasar raya sekarang ini pun ada yang dah buat taktik sebegini. Beli satu dapat tiga, beli dua dapat lima. Mungkin tak salah tapi macam ada unsur manipulasi,” kata @Noraishahabdrahmn.


“Pak cik keropok ‘scam’ budak-budak,” kata @Rossyilaradzali. – KOSMO! ONLINE






This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2025 06:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Zaman skrg mmg mcm ni. Xde dah bila tanya harga, peniaga bgtau harga utk satu. Mesti harga yg selonggok terus. Sbb tu kena buat math sikit bila beli supaya x rugi
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2025 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
"Aku cakap ..beli satu dapat satu..
betul letew...encik beli 1...memang dpt satu la"-Pak Hamid(filem sikit punya gila)
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2025 05:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu le bila kat sekolah tak ajar congak dah... Nak harapkan calculator jer. Bila jd mcm ni mmg mudah sgt tertipu nak2 mmg taktik berniaga skrg mmg dah gitu

Satu lg kalau beli brg dapur tu kononnya saiz besar untung... Isk better buat kira2 sikit sbb byk kali aiol jumpa lg baik ambil yg pack kecil extra berbanding satu yg besar
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2025 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan kantin sekolah ja pasar malam pun ada. Masa kelas matematik dulu tidur kot.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2025 06:14 PM GMT+8 , Processed in 0.058075 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list