View: 1240|Reply: 23
|
Pesanan terakhir arwah Abang Rock - "Pada orang muda, berhentilah hisap vape. Yang ada, masih ada peluang lagi"
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Seorang lelaki berusia 44 tahun yang mengalami komplikasi jantung serius selepas bertahun-tahun menghisap vape sempat merakam mesej menyayat hati menyeru orang ramai berhenti daripada tabiat itu, hanya beberapa hari sebelum beliau meninggal dunia pada 7 Mei lalu.
Dalam satu video yang dimuat naik di TikTok @radzirockrider, pesara tentera udara itu, yang dikenali sebagai 'Abang Rock', atau nama sebenarnya, Mohd Radzi Mustaffa, berkongsi bagaimana tekanan kerja membawanya kepada amalan menghisap vape, sehingga jantungnya hanya berfungsi pada kadar tiga peratus.
"Dua minggu lalu (sebelum rakaman video dibuat, 28 April lalu), Abang Rock dimasukkan di wad ni disebabkan apa? Jantung… jantung lemah. Dia (jantung) dah lemah. (Fungsi) jantung tinggal tiga peratus sahaja untuk hidup. So (Jadi), tiga peratus untuk hidup. Ah, cuma tinggal kata-kata wasiat saja," kata Abang Rock sambil batuk dan kelihatan lemah dalam rakaman video itu.
Beliau turut menunjukkan beg saliran perubatan berisi cecair kekuningan yang dikeluarkan dari paru-parunya, sambil berkata: "Ni dia! Kuning! Air jambu batu! Selagi tak jernih, selagi tu saya tak keluar dari wad. Apa benda ni? Inilah yang duduk dekat paru-paru saya yang melemahkan jantung. Sampai (fungsi) jantung tinggal tiga peratus."
Abang Rock yang juga seorang penghisap vape tegar selama empat tahun mengakui, "kalau ride (menunggang motosikal) sampai Thailand, sembilan jam. Sebelah tangan pegang handle (pemegang tangan motosikal), sebelah tangan pegang vape. Proohh, proohh… hisap vape tegar. Kalau kau kata kau kuat, tak sembanglah," katanya.
Selepas menonton video motivasi oleh doktor di TikTok, Abang Rock berkata, dia cuba berhenti.
"Baru nak insaf hisap vape, nak tinggalkan vape, dah takut. Tapi dua hari, pom! sesak nafas, lemah jantung. Pergi hospital, kritikal," katanya.
Beliau turut menyatakan dalam bilik wad yang sama, tiga lagi pesakit muda di bawah usia 30 tahun meninggal dunia, hanya dia yang masih bertahan.
" ada orang muda, berhentilah hisap vape. Yang ada, masih ada peluang lagi. Berhenti. Budak muda jantung lemah, paru-paru rosak," pesannya dalam keadaan terbatuk-batuk.
Video itu mencetuskan limpahan simpati, dengan ruangan komen dibanjiri pengguna media sosial yang menganggap mesej itu sebagai satu peringatan dan renungan penting.
Sumber : Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Vape. Permakanan. Senaman harian. Kesihatan. Semua kena ambil berat. |
|
|
|
|
|
|
|
aku asma teruk dari kecik. kalau orang hembus asap rokok, memang busuk nak mampos. lepas tu susah nak bernafas. asap kan. asap rokok likat bagi aku, macam lumpur, tapi terapung
tapi vape, orang hembus merata, kalau aku tersedut, tajam dia macam jarum menyucuk-nyucuk kat dada.
asphyxiated, aku sampai macam keluar dari air, nak bernafas punya la sakit macam lemas
aku tak tau macam mana orang boleh hisap rokok, boleh sedut vape bagai ni
ada mak bapak lagi bodo, hembus rokok, vape kat anak kecik. aniaya anak sendiri
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by L.U.S.M at 11-5-2025 09:41 AM
Innalillah
Tp dia ckp dia dh bersara umur 40 tahun..now umur 44tahun
Klu dh 4tahun hisap time dh bersara
stress kerja apa ye...tak faham...
Logik ke stress keje tp mengaku ride ke Thai 9jam hisap vape non stop so which part yang stress? |
|
|
|
|
|
|
|
اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَاجِعُون |
|
|
|
|
|
|
|
kawan terus stop vape... lepas kena paru² berair |
|
|
|
|
|
|
|
Vaping sambil menunggang atas muto? 9 jam? Ini memang tegar.
Aku syak ni geng² scooter. |
|
|
|
|
|
|
|
Industri vape di Malaysia berkembang pesat dan memiliki nilai ekonomi yang signifikan. Pada tahun 2019, nilai runcit industri vape di Malaysia dianggarkan sekitar RM2.27 bilion. Namun, pada tahun 2023, industri ini telah meningkat sebanyak 53%, mencapai nilai RM3.48 bilion.
Industri ini juga telah menciptakan banyak peluang pekerjaan dan membantu pertumbuhan usahawan tempatan, terutama dalam kalangan komuniti Bumiputera. Selain itu, kerajaan Malaysia telah mula mengenakan duti eksais sebanyak 40 sen per mililiter untuk cecair vape yang mengandungi nikotin sebagai langkah awal dalam mengawal selia industri ini.
- semua sebab duit, nyusahkan KKM aja |
|
|
|
|
|
|
|
Pada tahun 2023, cukai rokok menyumbang lebih RM4 bilion kepada pendapatan negara, dan terdapat cadangan untuk meningkatkan kadar cukai bagi mengurangkan penjualan rokok haram serta meningkatkan hasil cukai.
- rokok sumbang 4 billion setahun pada negara, elok banyakkan kempen merokok dalam sekolah , masjid rumah ibadah aja dan di mana2, agar bantu pendapatan negara
kene galakkan lagi ramai rakyat hisap rokok ngn vape bagai
|
|
|
|
|
|
|
|
Tengok ke badan nak salahkan vape seratus peratus pun tak boleh juga... Bukan nak body shaming arwah tp ikut fakta mcm all mix around opah aiol cakap. Pastu dia ckp lg yg yg travel gi thai tu yg sebelah tangan pegang handle motor sebelah tangan lg pegang vape... Isk 2 benda mudarat heols dok undang tak beringat.. mmg contoh tabaik la tu tp vape je yg disalahkan |
|
|
|
|
|
|
|
Skrg gang pengeluar vape dgn gang pengeluar rokok dok berperang. Kerajaan jd org tengah. Tp pada aiol yg semput ni mcm sistah @PULANGKAN ckp la kan... Dua2 sama je bahaya membunuhnya cara je berbeza |
|
|
|
|
|
|
|
Bila cakap merokok haram tak kira rokok ke vape ke semua degil kata makruh. Lantak hang lahhh.. dah tua bangka boleh fikir buruk baik tapi tak nak, indenial, ego. |
|
|
|
|
|
|
|
banyak benda kalau dibuat melampau akan sebabkan kematian.. jika digunakan biasa-biasa, mungkin ada kesan buruk minimum yang mana body boleh neutralkan |
|
|
|
|
|
|
|
Korg2 nk hisap vape ke, rokok ke silakan . Tp tlgla jauh dr makanan ke ( kedai mkn ), laluan jln kaki ke. X hingin la nk bau hembusan udara korg. G hembus sesama cycle korg. |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainnailaihirojiun |
|
|
|
|
|
|
|
knp nak dengar nasihat dier? terus kan hisap vape wahai sahabat sahabat...pedulik kan nasihat dier...beli vape banyak2... |
|
|
|
|
|
|
|
hmmm mcm sorang mamat aku kenai ni umor baya mamat ni, 2 mggu lepas masuk spital dengar kata sebab masalah jantung jugak..heavy smoker..vape tak pasti lak isap ka dak... tup2 masuk spital..tgk ke gaya hidup aktif jugak, main basikal, badminton bagai...sampai harini tak kluar2 lagi |
|
|
|
|
|
|
|
alang2 nak biarkan vape.. kasi encourage habis, bagi masuk vape paling toksik, 2-3 kali hisap terus gol. Dadah pun sama, kasi halal fentanyl, sekali tarik terus gol. Senang kerja.. pastu buat daily death count macam covid dulu..
ini bagi tak bagi, mati perlahan menyusahkan ramai orang. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada mamat kt opis aku ni kuat gak hisap vape
Aku harap sgt dia byk2 hisap vape stp hari stp masa..bleh dia mampos segera
Sbb aku dgn dia tgh compete for promotion candidate..kalo dia mampos, kurang sket saingan aku
Maka, hisap la vape selaluuuuuu |
|
|
|
|
|
|
|
innalillah hi wainna ilaihi rojiun semoga mendapat iktibar |
|
|
|
|
|
|
| |
|