CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 61|Reply: 0

[Sabah] Peranan Ahli Majlis Daerah, sokong dasar pembangunan negeri

[Copy link]
Post time 8-5-2025 09:36 PM | Show all posts |Read mode


TUARAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor menegaskan kepentingan peranan aktif dan berintegriti Ahli Majlis Daerah (AMD) dalam menyokong pelaksanaan dasar pembangunan negeri.


Beliau menekankan AMD bukan sekadar penyambung suara rakyat, tetapi juga perlu menjadi agen pelaksanaan yang berkesan kepada inisiatif kerajaan, khususnya Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).


“AMD perlu lebih proaktif dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat. Lengkap dengan ilmu serta kefahaman mengenai fungsi, peranan dan tanggungjawab mereka.


"Ini penting untuk memudahkan pelaksanaan dasar kerajaan dan menyampaikan bantuan serta program pembangunan kepada rakyat dengan cekap dan telus,” katanya pada Majlis Angkat Sumpah dan Penyampaian Watikah Pelantikan Ahli-Ahli Majlis Daerah Tuaran Tahun 2025–2027 di sini hari ini.


Beliau berkata, keberhasilan pelaksanaan Pelan Pembangunan SMJ bergantung kepada komitmen semua pihak termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan AMD.


Menurutnya, AMD perlu berganding bahu bersama kerajaan negeri dalam menyebarluaskan maklumat dasar, inisiatif serta bantuan kerajaan hingga ke peringkat akar umbi.


Hajiji turut menyenaraikan beberapa inisiatif pembangunan yang sedang dan akan dilaksanakan di daerah Tuaran, termasuk naik taraf infrastruktur asas seperti jalan raya, bekalan air dan elektrik, pembangunan pelancongan serta pengukuhan keusahawanan tempatan.


"Sebesar mana pun peruntukan pembangunan, ia tidak akan memberi makna tanpa penyampaian yang cekap. Ahli Majlis perlu turun padang, melihat sendiri isu-isu rakyat dan bertindak dengan penuh integriti, ikhlas dan telus," katanya.


Beliau turut menyeru semua AMD supaya memainkan peranan sebagai jambatan antara rakyat dan kerajaan, membawa suara rakyat ke peringkat pentadbiran dan memastikan setiap dasar dan program kerajaan difahami dan diterima oleh masyarakat.


Menurutnya, pelantikan AMD Tuaran kali ini terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk bekas penjawat awam, ahli perniagaan, tokoh belia serta wakil badan bukan kerajaan (NGO), mewakili suara empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN)iaitu Sulaman, Pantai Dalit, Tamparuli dan Kiulu.


Katanya, kepelbagaian ini diyakini sebagai kekuatan dalam merangka dasar dan menangani keperluan rakyat secara menyeluruh.


“Saya yakin dengan iltizam yang tinggi dan semangat kerja berpasukan, AMD mampu menggalas amanah ini demi kemajuan dan kesejahteraan rakyat Tuaran,” katanya.


Turut hadir di majlis itu ialah Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri, Datuk Jahid Jahim; Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Isnin Aliasnih; Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Joniston Bangkuai; Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau dan Ahli Dewan Undangan (ADUN) Pantai Dalit, Datuk Jasnih Daya.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2025 02:57 AM GMT+8 , Processed in 0.040109 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list