CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 44|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pasaran buruh kukuh, Pulau Pinang terus jadi lubuk rezeki - Kon Yeow

[Copy link]
Post time 1-5-2025 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Pasaran buruh kukuh, Pulau Pinang terus jadi lubuk rezeki - Kon Yeow

Oleh Siti Aminah Mohd Yusof - Mei 1, 2025 @ 9:47am




Pulau Pinang kukuhkan kedudukannya sebagai hab pelaburan dan inovasi teknologi utama negara. - Foto hiasan NSTP



GEORGETOWN: Pasaran buruh di Pulau Pinang terus kekal kukuh seiring pertumbuhan ekonomi mampan dan prestasi pelaburan memberangsangkan menjadikan negeri itu lubuk rezeki bukan sahaja kepada penduduk tempatan malah turut menarik tenaga kerja dari luar.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, berkata Pulau Pinang terus mengukuhkan kedudukannya sebagai hab pelaburan dan inovasi teknologi utama dengan pelaburan pembuatan diluluskan bernilai RM17.3 bilion membabitkan 182 projek dan mewujudkan hampir 16,254 peluang pekerjaan pada tahun lalu.

Beliau berkata, berkat usaha semua pihak, Pulau Pinang turut mengukuhkan reputasi sebagai destinasi perdagangan antarabangsa tumpuan, terutamanya dalam sektor elektronik dan semikonduktor dengan data terkini Survei Tenaga Buruh (STB) mencatatkan kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) sebanyak 73.2 peratus.



Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow. - Foto NSTP

"Kedudukan Pulau Pinang sebagai lubuk rezeki yang mana bukan sahaja rakyat Pulau Pinang, malah ramai individu dan keluarga yang bermastautin serta berkelana setiap hari dari negeri-negeri jiran untuk mencari rezeki di negeri ini.

"Kerajaan negeri akan terus komited memperjuangkan hak dan kebajikan pekerja melalui dasar-dasar inklusif, program latihan kemahiran serta mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan bernilai tinggi," katanya dalam Perutusan Hari Pekerja di sini, hari ini.

Kon Yeow berkata, pembangunan sektor digital, hijau dan teknologi pintar akan terus diberi keutamaan agar para pekerja di negeri itu kekal relevan serta berdaya saing bertepatan realiti bahawa golongan tersebut adalah asas kepada kukuhnya sebuah ketamadunan, bangsa maju, inklusif dan berdaya tahan.

Beliau turut semua majikan untuk terus mengekalkan hubungan yang harmoni dan adil bersama para pekerja dengan kejayaan jangka panjang sesebuah organisasi bukan sahaja bergantung kepada keuntungan, tetapi juga kepada kesejahteraan serta kebahagiaan tenaga kerja mereka.

"Marilah kita terus berganding bahu, memperkukuh semangat muafakat dan memperjuangkan masa depan yang lebih cerah untuk semua pekerja di Pulau Pinang," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/05/1390847/pasaran-buruh-kukuh-pulau-pinang-terus-jadi-lubuk-rezeki-kon-yeow





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2025 06:25 AM GMT+8 , Processed in 0.035117 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list