View: 1109|Reply: 29
|
Norman T20 beli kereta mewah segala, lagi membara saya-Abby Abadi
[Copy link]
|
|
Abby Abadi terus mengundang perhatian ramai apabila membangkitkan isu mengenai pemberian nafkah daripada bekas suaminya, Norman Hakim sejak bercerai 17 tahun lalu.
Berang Norman masih membisu, Abby berkata, banyak pengorbanan yang dilakukan sepanjang membesarkan tiga anaknya iaitu Danish, Dania dan Danisha.
“17 tahun, tempoh yang lama dan bukan jangka masa yang pendek.
“Saya usahakan ini untuk anak-anak yang dia tinggalkan dengan saya.
“Anak-anak itu memang tak akan bersama saya untuk buat tuntutan nafkah sebab mereka tak dapat apa pun daripada bapa mereka sebab sudah terbiasa,” katanya dalam aplikasi Threads.
Tambahnya, luahan tersebut juga dimuat naik dalam media sosial kerana sudah terlalu banyak ‘hint’ diberikan, namun bekas suaminya didakwa memilih untuk tidak mengambil kisah.
“Ya, memang baik dan tak pernah terfikir nak luah begini. Banyak kali beri ‘hint’ tapi dia buat tak tahu, masa berlalu begitu sahaja.
“Dulu untuk Danish, Dania dan Danisha, saya rasa tak mengapa kalau saya tiada sebab belah sana ada tapi boleh lihat sendiri kan?” katanya lagi.
Lebih memanaskan keadaan, Abby turut mendakwa tiga anaknya tidak diajak untuk bercuti bersama bapa mereka.
Jelasnya, gaya hidup Norman juga dikategorikan sebagai golongan T20 berbanding dirinya yang dikatakan hanya B40 namun menegaskan tidak terbit rasa cemburu dalam hati.
“Masa susah sama-sama ke sana sini, tapi bila senang, mereka sahaja. Malas nak tulis sebab nanti orang kata dengki sedangkan tidak.
“Sebab saya fikir bila sudah kaya tentu anak-anak dapat menumpang sama tapi nampakkan, anak-anak saya tak ikut pun mereka bercuti.
“Sebelum ini kalau berjalan dan berkumpul memang kami guna konsep kongsi demi anak-anak. Sekarang susah dah nak bercuti sekali sebab mereka sudah tahap T20.
“Saya ini dari kategori B40. Berangan macam T20 tapi sekarang pun tak boleh kejar untuk ke sana sini dan bayar sama-sama.
“Ajak pun tidak, itu yang sebenarnya. Anak-anak tak tahu ‘tong tong’ ke, ‘ting ting’ ke, hanya tahu seronok sahaja,” jelasnya.
Tegasnya, dia meluahkan perkara tersebut bagi mendapatkan hak yang sepatutnya dimiliki tiga anaknya daripada bapa mereka selama ini.
Dia bahkan mempersoalkan gaya hidup Norman yang dikatakan mewah namun gagal memenuhi keperluan anak-anak.
*’Masih, tapi belanja sekolah’*
Meski begitu, Abby bagaimanapun memberitahu Norman masih memberi wang perbelanjaan persekolahan tiga anaknya.
“Kalau saya meninggal dunia dan tak tuntut sekarang, saya rasa pakaian dalam pun anak-anak tak merasa daripada dia. Beli pula kereta mewah segala, lagilah membara saya.
“Saya beri ‘hint’ masa hari jadi anak, belikan anak kereta tapi hanya buat tak tahu sahaja. Sudahnya anak itu beli kereta berhutang selama sembilan tahun.
“Suruh beli bukan sebab tak mahu anak berdikari tapi kerana bapanya mampu.
“Namun, yang paling jelas tempat tinggal, makan minum harian sejak kecil. Belanja raya macam mana? Seorang hanya sehelai baju sahaja ke?” ujarnya.
Katanya lagi, anak-anak mungkin tidak terlalu mengambil berat mengenai isu nafkah namun dia akan memperjuangkan terus hal tersebut.
“Sekarang sudah besar, anak usaha cari duit dan pandai pun beli sendiri. Jadi, anak-anak memang tiada isu tentang hal ini.
“Sekarang yang ada isu ialah saya kerana nak menuntut duit makan minum harian dan tempat tinggal sejak bercerai 17 tahun lalu,” kongsinya.
Ketika ini, nama Abby menjadi bualan hangat netizen dalam media sosial susulan isu berkaitan Marissa dan suaminya, Aslam.
Susulan itu, pelbagai isu didedah Abby termasuk kejadian suaminya melempang Aslam dan juga tindakan Norman yang didakwa masih berdiam diri mengenai anak-anak mereka.
Sumber: Kosmo
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Sekufulah Normey dan AC Tinted.
Duda-duda selebriti yang lain tak perlulah nak ulang perangai tak elok macam ni ya. |
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin sebenarnya dia pun bukan t20. T20 mana main usung toto  |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg aku x percaya yg dah cerai berai boleh berbaik melampau2 dgn bini baru dan ex laki...so selama ni baik wayang sahaja la kan..buat apa ko nk baik sgt dgn laki x guna yg buang ko dan dgn perempuan yg kacau rumahtangga ko...euwww |
|
|
|
|
|
|
|
Tp Abby makin lawa bila kurus...lebih kurang muka marissa |
|
|
|
|
|
|
|
Knp x tuntut kat mahkamah? |
|
|
|
|
|
|
|
Norman bagi belanja sekolah je ke.. keperluan lain tak de. Yg hantar anak dia study oversea dulu sape tanggung? Maybe norman tak tahu abby level b40 sbb siap ambik anak angkat 3 org. |
|
|
|
|
|
|
|
Norman tak ajak bercuti mungkin sebab bukan guna duit Norman, tapi duit Memey kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Sukati koranglah berperang. Masa baik kemain comolot memasing laga pipi. Skrg masing2 merempan ungkit sana sini. Dah la menyusahkan diri sendiri ambik anak angkat beramai2. org lain makin tua makin aman damai tenang2 hidup, tapi dorang ni semua aku perati makin tua makin banyak masalah. Heloklah jadi org biasa je dari bawa nama retis tapi NAN HADO |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau b40 naper ambik anak angkat noks. Aku anak 2 orang aje pun rilek2 aman2 ni anak dua2 dah dapat scholarship. Aku pun yabedabedu travel sana sini sambil berkuntum kat porum memikior masalah orang lain  |
|
|
|
|
|
|
|
Silap la Abby berbaik dengan ex. Ex ambil kesempatan. Ingat Abby dah lembut hati. Perangai Memey ni biasa la penyondol pandai bermuka2. |
|
|
|
|
|
|
|
Silap la Abby berbaik dengan ex. Ex ambil kesempatan. Ingat Abby dah lembut hati. Perangai Memey ni biasa la penyondol pandai bermuka2. |
|
|
|
|
|
|
|
So deep down inside yebi nampak beza layanan normiang pada anak memek vs anak dia. Mungkin harta sepencarian la konon normiang/memek tu anak2 deme la dapat benefit. Boleh lagi ke tuntut yg 17 tahun lalu punya nafkah? |
|
|
|
|
|
|
|
Silap la Abby berbaik dengan ex. Ex ambil kesempatan. Ingat Abby dah lembut hati. Perangai Memey ni biasa la penyondol pandai bermuka2. |
|
|
|
|
|
|
|
Apa nak terkejut kalau jantan berkhalwat dengan pompuan lain masa dia berkahwin pun juga jenis tak bayar nafkah, tak jaga anak dara elok2? Dah bini baru tu pun sekufu. |
|
|
|
|
|
|
|
b40 wat bs...pakai vellfire.. kelek lv.. lawak la kaka |
|
|
|
|
|
|
|
Lambat tuntut atau cepat belakang kira.. yg penting bongkar perangai jahanam si Norman ni. Bini masak kemain eh rimas aku tgk segala benda mesti nak perfect hidang makanan bagai. Susah ya hidup bertuhankan camera, social media bagai ni. Makan sodap2 laki bini, hujung2 nafkah tunggang terbalik sejak anak masih kecik.
Find shame, bro. Kau lelaki kot. Tanggungjawab kelaut. Betullah kata anju, bapak zaman skrg ramai yg tak guna. Haritu aku tgk dia bebel bila netz tanya ex laki bayar ke tak nafkah si Matin tu. Jgn kata nafkah, jenguk pun tak nak. Bagi 100 tapi dia punya maki hamun mcm bg 1000 sebulan
Wpun mulut si abby ni kepochi, part ni elok lah kau bongkar. Kaya tapi kedekut dgn anak. Useless father |
|
|
|
|
|
|
|
entahlah abby
sekarang baru nak tuntut nafkah anak2 ?
sebab NM dah hidup mewah ?
tuntut lah ...
kalau abby ni tak ambil anak2 angkat
aman aman jer
anak2 dah besar
2 orang dah boleh berdikari
ni 3 anak2 angkat masih kecil banyak belanja tu
lagi 15-20 tahun kena kerja keras utk belanja makan pakai pelajaran anak2 3 orang tu
|
|
|
|
|
|
|
|
abby pun bolehberjaya macam memey norman
abby ramai pengikut juga
tapi abby suka menjaja di expo2 ..
fenattttt kot
menjual je secara online di shopee lazada tiktok
mesti ramai beli
merentan rentan sikit sambil live sambil menjual
pasti laku keras |
|
|
|
|
|
|
| |
|