View: 2763|Reply: 51
|
"Saya jaga dia sakit 19 tahun, patut dari dulu beritahu nak lepaskan,"-Edika Yusof
[Copy link]
|
|
“Anggap sahaja ini hadiah hari lahir saya.”
Demikian luahan pelakon senior, Edika Yusof selepas reda menerima hakikat rumah tangga yang dibina selama 22 tahun bersama isteri, Nor Hidayah Yusri kini goyah apabila wanita itu memfailkan perceraian.
Pun begitu, Edika, 58, berkata, alasan untuk ‘membebaskannya’ itu sebenarnya sudah terlambat memandangkan dia sudah 19 tahun menjaga isterinya yang lumpuh tanpa merungut.
“Saya dah kahwin lebih 22 tahun. Saya jaga dia hampir 19 tahun ketika sakit. Jadi, apabila pada waktu ini baru nak ‘offer’ untuk lepaskan saya, saya rasa dah terlambat.
“Dia cakap nak bebaskan saya, supaya saya boleh hidup baharu. Baiklah, terima kasih. Anggap sahaja ini hadiah hari lahir saya esok. Tapi kalau itu niat dia, patut dari dulu beritahu. Saya pun tak pernah minta dilepaskan,” katanya.
Tambah Edika, dia sendiri tidak faham mengapa perkara sebesar itu tidak dibincangkan terlebih dahulu memandangkan sepanjang perkahwinan mereka dia sudah terbiasa menanggung beban rumah tangga dan tidak pernah mengeluh.
“Saya cuba ajak bincang, cuba WhatsApp, telefon, tapi dia elak. Saya tanya kenapa tak bincang dulu? Dia jawab, dah tak ada apa nak dibincangkan.
“Saya tak pernah sorok apa-apa. Telefon saya, akaun bank saya, semuanya dia boleh tengok. Saya jenis yang ‘gentle’, tak ada apa nak disembunyikan. Tapi nampaknya dia memang serius nak berpisah,” ujarnya.
Tambah pelakon filem Maria Mariana itu lagi, anak-anak menerima perkara tersebut dengan baik namun malangnya mereka sendiri tidak pernah bertanya apatah lagi mencuba untuk merapatkan kembali hubungannya dan isteri.
Respons anak
“Anak perempuan saya bersama saya, dua lagi dengan isteri. Tapi saya tengok mereka pun tidak menunjukkan usaha nak merapatkan hubungan. Masing-masing fikir hal sendiri.
“Saya tunggu juga kalau mereka nak buat sesuatu untuk satukan semula, tapi tak nampak pun. Mungkin generasi sekarang begitulah. Saya pun sekarang seorang diri,” katanya dengan nada tenang namun sarat kepedihan.
Lebih menyedihkan, bapa kepada tiga anak ini turut mendedahkan, kesunyian dan tekanan perasaan yang dihadapi selama bertahun-tahun menyebabkan dirinya diserang kemurungan hingga terpaksa mendapatkan rawatan pada tahun 2022.
“Saya jaga isteri saya bertahun-tahun. Tapi orang hanya nampak dia yang sakit. Orang tak nampak apa yang saya tanggung. Saya pernah kena anxiety. Saya jumpa kaunselor. Saya tak ada tempat nak luah. Mak ayah saya pun dah tiada.
“Saya pendam sendiri. Kadang-kadang saya terlalu ‘push’ dia untuk jadi berdikari sebab saya risau kalau saya tiada nanti, siapa nak jaga dia? Tapi mungkin dia tak boleh terima cara saya. Saya pun tak tahu apa sebenarnya yang dia mahu,” luahnya.
Dalam masa sama, Edika masih menaruh harapan agar mereka dapat berbaik dan menyelesaikan perkara itu secara damai.
“Kalau boleh jumpa dan bincang, saya okey saja. Tak perlulah nak bermusuh. Kita dah hidup sama-sama 22 tahun, lalui susah senang berdua. Tapi kalau dia rasa lebih bahagia lepaskan saya, saya terima,” tutupnya.
Sebelum ini, peguam syarie mewakili Nor Hidayah, 47, Mohd Yazid Hazim, mengesahkan wanita itu memfailkan perceraian pada pertengahan Februari lalu.
Menurut Yazid, mahkamah menetapkan 23 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes selepas Edika gagal menghadirkan diri dalam prosiding pertama.
Ketika ditemui di mahkamah, Nor Hidayah enggan mengulas lanjut mengenai keputusan yang dibuatnya kerana mahu mendengar kenyataan daripada pihak Edika terlebih dahulu.
Wanita itu bagaimanapun mengakui mereka sudah tidak tinggal sebumbung, tetapi enggan mendedahkan sejak bila.
Sebelum ini, kisah pasangan tersebut meraih perhatian ramai apabila Edika setia menjaga Nor Hidayah yang lumpuh separuh badan selepas melahirkan anak mereka.
Hasil perkongsian hidup sejak 2003, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Nazirul Afiq, Fardeen Nasrulhaq dan Fereena Nurulhaq.
Sumber: Kosmo
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Gasligthing nmpak
Nak kata bila dh baik sihat tiba2 bini cr psl? |
|
|
|
|
|
|
|
Ko jgn abangla..takut terbongkar lak aib nnt nyah..huhuh |
|
|
|
|
|
|
|
So apa masalah edika ni sebenernye?
Iols neh masih terpinga2 ni |
|
|
|
|
|
|
|
Alamak nampak ko pulak yg problemnya. Masalahnya bini tu sampai skg masih lumpuh, kalau dah taknak tu lepaskan la. Ada sebab anak2 pun tak usaha nak baikkan. Dah tawar hati sangat2 bini agaknya |
|
|
|
|
|
|
|
mesti ada sebab kukuh kenapa wife mintak cerai..
anyways..takde ke sapa sapa nak buka thread pasal berita retis laki badan sado pukul gepren kejadian berlaku semalam kat damansara........siapa kahhhhhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Ermm anak2x dah tawar hati la tuu.. Anak2c membesar depan mata depa melihat kejadian apa yg berlaku.. Depa akan faham... Apela punca nya tuuuu... |
|
|
|
|
|
|
|
mrsamz replied at 21-4-2025 06:36 PM
mesti ada sebab kukuh kenapa wife mintak cerai..
anyways..takde ke sapa sapa nak buka thread pasal ...
Dah ada zis |
|
|
|
|
|
|
|
paduuuuu
|
|
|
|
|
|
|
|
Halamak aiii asalkan kes cerai si lelaki bagi statement mesti kena kutuk ek
Korang tido sebantal ke dgn dia
aiols paham emosi org sakit ni ada fasa turun naik. Lg la skarang masuk fasa menopos. Sensitif sepanjang masa.
Ok lah tu edika, dah org mmg xnk hang lepaskan aje la cara baik. 19tahun menjaga org sakit sampai mkn diri sendiri kena jumpa kaunselor segala tu bukan benda kecik lagi dah.
Kita ni kalau nk 'memberi' dlm keadaan dah takde apa nk beri adalah lebih baik lepaskan saja dan move on..... |
|
|
|
|
|
|
|
pocongkiutss replied at 21-4-2025 06:21 PM
Ko jgn abangla..takut terbongkar lak aib nnt nyah..huhuh
Jangan la btul ape yg i pikir. Sedih |
|
|
|
|
|
|
|
Pujuklah kalau masih syg tapi andai bini tu dah tawar hati, lepaskanlah dia. Carilah bahagia sndri. Dlm kes ni bini dia pun tak byk cerita apa yg berlalu, so dia jenis pendam la tu.
Jadi kawan baik demi anak2. |
|
|
|
|
|
|
|
Dr statement wife masalah bermula sejak dua tahun lps. Rasanya sejK edika popular balik dgn watak suami terpalings lps tu dgn berlakon semia dah byk kat luar. Nampak pompuans cantik2 dia pulak hensem mestiramai yg merecekkkk mesti edika pun teringin jugak sbb ada market lagii. Lps tu dia suruh wife dia buat sendiri belajar berdikari, maybe for wife dia nampak edika dah berubah tak macam dulu. Ini aku cuba menyelamai dr statements dorg sendiri.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bagi meols yg pernah tgk org jadi caretaker kpd org lumpuh, meols paham apa yg edika maksudkan. Nampak dia sedih. Tapi meols tak kata si isteri salah, dia pun mesti ada sebab yg kuat utk mintak cerai. Umur skrg mesti lagi super sensitif. |
|
|
|
|
|
|
|
becir replied at 21-4-2025 06:32 PM
shah rezza mana
Bff kan dua org ni? Dua2 pun hesmes di zaman kegemilangan dulu2 |
|
|
|
|
|
|
|
Btul lah tu buang masa dh byk thun tlg jaga baru now nk offer lepaskn. Eh klu gtau 5thun lps edika boleh cari bini baru.. jimat masa .
Dia lmpuh sbb apa? Aku generasi baru mmg x hidup di zmn edika dgn bininya ni pun.
Klu dh lumpuh laki nk tembak kt mana mcm mana. Xkn xtembak mau pening kepala hari2.
Srius question je bkn nk acah2 caruts..just wonder. Tp ok la bila bebas edika leh cari wife baru yg sihat. Bior ke bini mgkin anak2 boleh tlg jagakan. Dh itu yg dia nk
Pandang je dri sudut hikmah. Magrib2 ni aku menjelma jd baik alhmdlh |
|
|
|
|
|
|
|
Ai_kiu replied at 21-4-2025 06:52 PM
Halamak aiii asalkan kes cerai si lelaki bagi statement mesti kena kutuk ek
Korang tido sebantal ke ...
Edika jumpa kaunselor ke??? |
|
|
|
|
|
|
|
Moga yg baik2 ajela utk pasangan ni. Edika kalau wife dah tak nak.. move on aje. Focus blk jd pelakon ke model kertu ke..
Sedih mmg sedih tp hidup harus diteruskan |
|
|
|
|
|
|
|
rendangayam replied at 21-4-2025 08:07 PM
Edika jumpa kaunselor ke???
Siang td aiols ada tgk full video heols kat fb nona ckp pasal kes cerai ni. Dia ada mention berapa tahun kebelakangan ni dia ada pegi jumpa kaunselor/terapi gitu la sbb mental health dia tak ok. Something to do dgn stress/despression ke apa
Cuma aiols xnk sentuh la pasal gosip heols ummah lemari aib dlm celah kain ect
Yg iols berminat dlm kes ni adalah kita kena faham jugak beban sebagai caretakers org sakit bertahun2 ni. Dia pun ada hak2 dia sendiri.
Mungkin inilah masanya theyols lakibini muhasabah diri fikir masak2. |
|
|
|
|
|
|
| |
|