View: 452|Reply: 10
|
[Jenayah]
"Saya Dah Bayar Balik Perut Dia" - Mencetuskan Kemarahan Kaum Ibu, Menghina Pemakai Epidural!
[Copy link]
|
|
Usahawan mencetuskan kemarahan kaum ibu selepas tular satu tangkap layar yang menunjukkan perbualan antara dirinya dan seorang individu menerusi Direct Massage (DM) di Instagram.
Didakwa perlekeh guna epidural
Tangkap layar tersebut jelas menunjukkan perbualan Jofliam yang seolah oleh memperlekehkan bekas isterinya iaitu pempengaruh, Cik Epal yang bersalin dengan menggunakan bantuan suntikan epidural.
Perbualan tersebut tercetus selepas individu itu menyebut tentang pengorbanan yang Cik Epal lalui ketika melahirkan anak-anak mereka iaitu Han dan Yuki sebelum ini.
“Hahahahah pakai cheatcode epidural. Eh bbb lah tak sakit pun rupanya. Hahahahaha epidural. Keluar dari mulut dia. Ehh bb lah tak sakit rupanya. Next anak pun epidural juga. So Yuki pun epidural hahahaha.
“Play victim sungguh. Sebab saya tahu dia mak anak-anak saya lah saya tak mencarut dekat dia. Sebab bukan kilang lah saya nak dua anak je. Sebab bukan kilang lah saya bayar apa dekat badan dia, hahahaha,” tulisnya.
Catus kemarahan para ibu
Kenyataan itu secara tidak langsung telah menyentuh emosi para ibu yang rata-ratanya berang dengan sikap Jofliam.
Malah mereka juga berharap agar lelaki itu menerima kifarah atas apa yang diperkatakan kerana memperlekehkan perjuangan ibu yang bertarung nyawa melahirkan anak.
Berikut merupakan tangkap layar penuh Jofliam yang tular di aplikasi Threads:
Untuk info, Epidural membantu ibu mengurangkan kesakitan semasa proses kelahiran melalui suntikan anestetik ke dalam ruang epidural tulang belakang yang lebih rendah.
Berbanding memberikan kekebasan sepenuhnya pada seluruh tubuh pesakit, anestesia epidural hanya menyebabkan sebahagian kehilangan rasa pada bahagian yang disuntik, yang membolehkan ibu untuk sedar sepenuhnya bagi menyaksikan kelahiran bayi. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
bila je dia ni tak bodoe. masalah nya, penyokong pizza dia pon sama je la bodoe, still jadi enabler |
|
|
|
|
|
|
|
hauknya jantan ni.. dh la menikah dgn bibik hahahahaa low class jantan! |
|
|
|
|
|
|
|
iols anak pertama berejam jalan xbukak tetap 3 cm...last2 kena emergency czer..contration merasa, sakit lepas beranak czer merasa..dan sakitnya tuhan je yang tahu...anak ke2 i ols ckp dgn dr i ols trauma sakit menahan contraction boleh x nk pilih elective czer? dr x bagi..dia suruh cuba normal jugak, dia kata xper kita bagi epidural..tulah 1st time merasa epidural..mmg betul kurang sakit iols rasa tu..kalau tahu dari anak 1st da mohon epi..tapi xdalah bermaknan xsakit langsung, sakit contraction tetap rasa cuma xsehebat sakit xambik epi..tp at the end tetap kena emergency jugak sbb jalan xbukak2..kesimpulannya sakit beranak ni bukan sahaja sebelum & semasa beranak tapi selepas beranak tu pon punyalah sakit juga dgn tempat berjahit tu..hargailah ibu2 anda dan isteri...xda pernah jumpa lagi wanita yg kata beranak xsakit & mcm kena gigit semut...
|
|
|
|
|
|
|
|
epidural masa teran tak rasa..xde feel nak teran push baby keluar. macam berlakon teran pulak. maka kena la vacuum |
|
|
|
|
|
|
|
Ko dah lah pendek, sesuai lah dgn ummah konoha.. Muka pun tak seberapa, perangai hauk
REDFLAG  |
|
|
|
|
|
|
|
i rasa bibik taknak preggy sbb tu suruh dia standby beli kondom banyak2
|
|
|
|
|
|
|
|
Jantan gini buat malu kaum lelaki je... Yg bini baru pun hadap dgn org perangai hangsuang gini. Nauzubillah
Harap kalau ada peluang masa bini baru start dr awal mengandung sampai lepas sebulan melahirkan anak nnt dia akan sama2 rasa kesakitan proses2 tu... Kot baru nak sedar. Agaknya mcm mana le rupa mak dia kena masa bersalinkan dia ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|