CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 302|Reply: 1

[Tempatan] Polis siasat video tular wanita marah, pukul anak di dobi layan diri

[Copy link]
Post time 20-4-2025 03:42 PM | Show all posts |Read mode


Chukai: Beberapa rakaman video tular menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan dimarahi dan dipukul seorang wanita dipercayai ibunya dalam kejadian di sebuah premis dobi layan diri di sini.


Kejadian yang dipercayai berlaku pada Rabu lalu itu menunjukkan wanita terbabit bukan sahaja memarahi kanak-kanak terbabit tetapi turut bertindak menolak kepala, mencubit dan memukul badan mangsa.


Video itu dikongsi warganet di media sosial sejak kelmarin yang mendakwa wanita terbabit dikatakan naik angin selepas anaknya bermain di luar premis itu menyebabkannya berang dan bertindak memarahi serta memukul mangsa.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Mohd Razi Rosli ketika dihubungi berkata, pihaknya belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian berkenaan setakat ini.


Katanya, siasatan berhubung isu itu sedang dijalankan dan oramg ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - Harian Metro


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2025 10:11 AM | Show all posts
beliau marah pukul tu sampai mencederakan ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-4-2025 08:20 PM GMT+8 , Processed in 0.084031 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list