CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 149|Reply: 4

Sia-sia tahan lapar, ‘intermittent fasting’ langsung tak menjadi! Cuba semak semula 4 perkara ini, risau ‘terbabas’

[Copy link]
Post time 20-4-2025 10:27 AM | Show all posts |Read mode


MENGAWAL pengambilan makanan merupakan antara cara pantas untuk menurunkan berat badan.


Susulan itu, ramai yang mengamalkan intermitten fasting (IF).

Namun tahukah anda terdapat segelintir pengamalnya yang gagal menurunkan berat badan walaupun satu kilogram.

Jika anda turut berdepan perkara sama, cuba periksa empat perkara yang dikongsikan Okezone ini supaya IF lebih berkesan seterusnya mencapai matlamat ditetapkan.

1. Pilih waktu makan

Anda seharusnya menetapkan waktu makan dan menjadikannya rutin harian.

Jika baru mencuba IF, anda digalakkan untuk bermula pada pukul 8 pagi.

Walaubagaimanapun, terdapat empat waktu terbaik yang sering menjadi amalan kebanyakan individu iaitu 7 pagi - 3 petang, 9 pagi - 5 petang, 12 tengah hari - 8 malam, dan 2 petang - 10 malam.

2. Buat jadual makanan

Bagi mendapatkan kesan maksimum, anda perlulah berjiwa kental dan mengikut rutin yang ditetapkan termasuk jadual makanan.

Ini kerana, badan anda perlu mendapatkan nutrisi dan zat penting sepanjang intermitten fasting.

Jadi dengan jadual makanan, anda pasti sudah menyeimbangkan pengambilan harian mengikut kalori dan zat yang diperlukan.

Ia juga dapat mengelakkan anda 'terbabas' semasa sibuk menjalani rutin harian yang lain.

3. Banyakkan minum air

Perlu diingat sepanjang tempoh IF, anda masih boleh menikmati air kosong ya.

Jika ingin menikmati teh atau kopi sebaiknya, ia tidak seharusnya dicampur dengan gula seterusnya dapat mengawal keinginan untuk makan.

Anda juga tidak akan terhidrasi.

4. Jangan asyik fikir makanan

Tidak dinafikan, adakalanya kita akan terfikir menu-menu menarik yang pasti mengiurkan.

Jika anda tidak mengawal pemikiran, kebarangkalian untuk 'terbabas' adalah tinggi.

Oleh itu, kawal fikiran anda dan elakkan daripada melihat gambar atau video makanan di laman sesawang. - mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2025 08:19 AM From the mobile phone | Show all posts
I letew. Siap EF 60 jam.  Turun 9kg sajo . 2 bln. Ok lah kot sbnrnya. Tp rasa mcm extreme pula EF. IF ok
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2025 10:46 AM | Show all posts
babynina30: I letew. Siap EF 60 jam.  Turun 9kg sajo . 2 bln. Ok lah kot sbnrnya. Tp rasa mcm extreme pula EF. IF ok


Ya Allah cemana u bleh tahannnn 60 jam??
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2025 12:58 PM | Show all posts
noted
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2025 02:13 PM | Show all posts
iols dah biasa puasa, then berat mendadak turun seminggu 5kg sebab depression
terus iols continue je puasa or jaga makan dengan berat baru ni
maintain dalam 50/51kg je setiap hari. once dah cecah 51kg stop makan apa2 dah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-4-2025 08:15 PM GMT+8 , Processed in 0.072375 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list