CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 909|Reply: 5

Keluang Man terus 'harum'

[Copy link]
Post time 20-4-2025 09:01 AM | Show all posts |Read mode


Menjadi jenama animasi tempatan paling legenda, Keluang Man terus melekat dalam ingatan ramai. Hakikatnya, watak adiwira itu menjadi kebanggaan rakyat negara ini.


Mencetuskan fenomena pada sekitar 1998, Keluang Man kekal relevan dan mengujakan peminatnya. Beberapa karyawan juga mengangkat jenama terbabit dalam filem mahupun teater.


Terbaru, Keluang Man bakal diangkat ke pentas teater yang berlangsung tiga malam bermula 24 April ini, jam 8 malam di Studio Sedar Ruang, Shah Alam, Selangor.


Pengarahnya, Walid Ali berkata, dia teruja mendapat peluang berharga itu dan berharap pementasan itu bakal mengimbau kenangan lama khusus buat peminat tegarnya.




"Saya berterima kasih kerana diberi peluang oleh pihak yang memegang hak cipta Keluang Man untuk animasi ini dipersembahkan di pentas teater.


"Adaptasi ini kali pertama dihasilkan dan mendapat sokongan Kelab Keluang Man. Saya amat teruja dapat imbau nostalgia 1990-an bersama peminat siri animasi ini," katanya.


Teater itu menampilkan Han Zalini sebagai Keluang Man atau Borhan, manakala pelakon lain adalah Cristina Suzanne sebagai Suri, Jay Iswazir (Samsir) dan Azman Hassan (Cikgu Ahmad).


Apa yang menarik, projek itu turut mendapat sokongan padu Kelab Keluang Man selain mendapat kerjasama Sedar Ruang Studio dan Galeri Kamn Ismail.


Sementara itu, Pengerusi Kelab Keluang Man, Amir Hamzah berkata, dia berharap projek berkenaan menyatukan bekas karyawan dan peminat dalam satu wadah.


"Kami jalankan pelbagai aktiviti seperti seni, sukan, rekreasi, kebajikan dan program lain yang dapat memberi kebaikan kepada ahli kelab dan masyarakat.


"Kami sering menjalin kerjasama dengan pelbagai pihak yang menyokong dan berminat dengan potensi jenama Keluang Man serta aktiviti kelab.


"Ini salah satu cara untuk memastikan Keluang Man terus relevan dan malar segar pada semua peringkat umur dan masyarakat," katanya.


Amir berkata, selain filem dan program TV, teater itu juga salah satu impiannya untuk melihat karya seni penciptanya, Allahyarham Kamn Ismail diadaptasikan dalam bentuk berbeza selain animasi dan komik.


"Walaupun teater yang bakal dipersembahkan tidaklah besar dan boleh dianggap mini atau 'indie', ini adalah permulaan kecil dalam mengembangkan jenama yang sudah wujud sejak 28 tahun lalu.


"Malah teater ini adalah kisah adaptasi yang sudah tiada lagi dalam bentuk animasi untuk ditayangkan, hanya berpandukan skrip asal dan penulisan jalan cerita oleh Kamn," katanya.


Teater Keluang Man diadaptasi daripada siri asal hasil karya Allahyarham Kamn yang sangat popular pada era 1990-an. Pementasan dibuat selepas Studio Sedar Ruang mendapat izin daripada pemegang hak cipta Keluang Man.


Teater ini mengisahkan perjalanan Borhan iaitu pesakit di Hospital Bahagia Tumpoi bertukar pada waktu malam menjadi pejuang keadilan membanteras jenayah dengan cara tersendiri.- Harian Metro


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2025 12:40 AM | Show all posts
Filem nk keluar... Ni teater pula. Fokus satu2 la
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2025 07:03 AM From the mobile phone | Show all posts
acikonion replied at 22-4-2025 12:40 AM
Filem nk keluar... Ni teater pula. Fokus satu2 la

Bukan produser penerbit yg sama kan?
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2025 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Filem dia keluar bila ek
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2025 02:43 PM | Show all posts
filemnya bile tuan pengarah.... nk tgkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2025 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Korang pi la Youtube. Segala OST, teaser trailer dah hada kat sana. Ni juga masuk list must see meol, kat cinema. Ho ho.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2025 10:41 PM GMT+8 , Processed in 0.053728 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list