CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2100|Reply: 25

[Tempatan] Ahmad Zahid adakan lawatan rasmi ke Indonesia, perkukuh hubungan dua hala

[Copy link]
Post time 20-4-2025 03:04 AM | Show all posts |Read mode



Ahmad Zahid adakan lawatan rasmi ke Indonesia, perkukuh hubungan dua halaTimbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. - Foto BERNAMA
JAKARTA: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan mengadakan lawatan rasmi ke Indonesia selama tiga hari bermula esok bagi memperkukuh hubungan dua hala antara kedua-dua negara dan memperluas kerjasama serantau dalam ASEAN.

Beliau dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta pada petang Ahad sebelum menghadiri majlis makan malam bersama rakyat Malaysia di Kompleks Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta Selatan.

Ahmad Zahid akan diiringi Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu serta Wakil Tetap Malaysia ke ASEAN, Datin Sarah Al Bakri Devadason selain pegawai kanan Kementerian Luar dan Agensi Pengurusan Bencana Negara.

Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Syed Mohamad Hasrin Tengku Hussin berkata lawatan itu merupakan kunjungan rasmi pertama pemimpin tertinggi Malaysia ke Indonesia pada tahun ini selepas pembentukan kerajaan baharu negara berkenaan.

Beliau berkata lawatan itu akan memberi tumpuan kepada pengurusan bencana, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), kerjasama ekonomi, pembangunan industri halal serta keterjaminan makanan untuk memperdalam kerjasama antara kedua-dua negara.

"Lawatan ini menjadi susulan kepada kerjasama yang telah dipersetujui pemimpin kedua-dua negara sebelum ini.

"Kita harap ini akan meningkatkan lagi hubungan dua hala di antara Malaysia dan Indonesia khususnya untuk portfolio Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Sudah tentu bila pemimpin-pemimpin bertemu, secara amnya mereka juga akan membincangkan status hubungan dua hala serta isu serantau dan global termasuk tarif mengambil kira Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini," katanya pada sidang media bersama wartawan Malaysia di sini hari ini.

Pada Isnin, Ahmad Zahid dijadual bertemu Naib Presiden Indonesia, Gibran Rakabuming Raka di Istana Naib Presiden serta menyaksikan pemeteraian beberapa surat hasrat antara Universiti Kuala Lumpur dan Perkhidmatan Global Pendidikan Malaysia dengan pemerintah provinsi Jakarta serta Sumatera Barat di sebuah hotel di Jakarta Pusat.

Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu turut dijadual melawat Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia dan Pusat Penyelarasan Bantuan Kemanusiaan ASEAN selaras usaha berterusan memperkukuh kesiapsiagaan bencana bersama di rantau ini.

Lawatan akan diakhiri dengan majlis pelepasan ASEAN Unity Drive di kompleks kedutaan yang menampilkan kereta elektrik Proton e.MAS sebelum menghadiri sesi meja bulat bersama pemain industri Indonesia bagi meneroka peluang kerjasama dalam sektor halal.

Indonesia ialah rakan dagang ketujuh terbesar Malaysia di peringkat global dan ketiga terbesar dalam kalangan negara anggota ASEAN pada 2023.

Jumlah dagangan antara kedua-dua negara mencecah RM111.21 bilion (AS$D24.39 bilion) tahun lepas.

Bagi tempoh Januari hingga Oktober 2024, dagangan dua hala bernilai RM95.50 bilion (AS$D20.75 bilion) berbanding RM94.37 bilion (AS$D20.69 bilion) pada 2023.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2025 03:32 AM | Show all posts

Oh jadi Anwar ambil macai dia jadi TPM? tak sia sia zahid jadi balaci Anwar sejak 1990 an.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2025 08:34 AM From the mobile phone | Show all posts
cakap je terang2 nak beraya rumah leluhur
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2025 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Singgah kg halaman kah ituuu?..
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2025 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Ternyata..bener2...ternyata....
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2025 06:50 PM | Show all posts
Datuk Syed Mohamad Hasrin Tengku Hussin berkata lawatan itu merupakan kunjungan rasmi pertama pemimpin tertinggi Malaysia ke Indonesia pada tahun ini

Pemimpin tertinggi?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-4-2025 07:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak payah balik terus pun takpe wakkkkkk..
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2025 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Dh memang kg die, balik beraya ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2025 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Bestnya balik kampung
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2025 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan lupa singgah ponorogo.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2025 09:39 PM | Show all posts
Satu pun takda comment berunsur positive.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2025 09:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Hantar sesajen untuk leluhur di Kulonprogo dan Ponorogo

Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2025 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Mudik lebaran paaaaaaak....dah kukuh dah tak yah pergi aku tak approve.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2025 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Pak Jahid mudik lebaran la ye.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2025 08:12 AM From the mobile phone | Show all posts
silance replied at 20-4-2025 09:39 PM
Satu pun takda comment berunsur positive.

Semoga selamat perjalanan pergi dan pulang. Hehe
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2025 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Perjalan balik kampung percuma ziarah sanak saudara di seberang sana... Huntung jd atok menteri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2025 03:23 PM | Show all posts
bagaikan serai kita serumpuuuuun

Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2025 04:33 PM | Show all posts
Raya ke berapa baru balik kampung? Dasar.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2025 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Menziarah sanak saudara
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2025 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
tengok wak jahid teringat kaklong
dah tenggelam sheols skang ek?
tak bestie dgn biduanita tersohor da ker?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2025 09:05 PM GMT+8 , Processed in 0.059923 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list