CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1231|Reply: 13

5 pelakon cantik jadi isteri orang kaya

[Copy link]
Post time 19-4-2025 02:07 PM | Show all posts |Read mode


CINTA meskipun hadir tanpa suara, hakikatnya mampu menggoncang dunia. Dalam gelanggang seni penuh tawa dan air mata, wujud kisah luar biasa apabila selebriti jelita dan lelaki berstatus ‘kayangan’ berpaut janji dalam lafaz sakinah. Bukan sekadar kisah asmara biasa, tetapi penyatuan dua dunia berbeza antara zon populariti dan kuasa.

Bersulam gaun mewah, iringan bacaan doa, serta kilauan ‘flash’ kamera lensa, momen perkahwinan mereka mencipta sejarah tersendiri.

Ada yang memilih kesederhanaan, namun tetap kelihatan agung dan terdapat pula pasangan diraikan laksana majlis diraja, penuh kemilau kemewahan.

Menjadi isteri kepada lelaki bergelar Datuk, usahawan atau kerabat elit bukan sekadar prestij, tetapi ada tanggungjawab besar yang perlu digalas dalam diam.

Gala minggu ini menyenaraikan lima selebriti wanita tanah air yang berjaya mencuri hati ‘kenamaan’ membawa mereka keluar dari dunia hiburan ke alam penuh rahsia dan eksklusif.

Intan Najuwa

PERNAH dilambung gosip dan kontroversi, namun Intan akhirnya menemui pelabuhan cinta sebenar apabila berkahwin dengan ahli perniagaan.

Majlis perkahwinan yang berlangsung 18 Ogos 2023 itu umpama fantasi yang menjadi realiti.

Daripada dekorasi mewah hingga gaun bak puteri kayangan, segala-galanya menyinar laksana perkahwinan diraja.

Senyuman pelakon Racun Rihanna pada hari bersejarah itu menjadi bukti, dia sudah temui ketenangan yang dicarinya selama ini.

Kini, wanita berusia 28 tahun itu sibuk menguruskan anak sulungnya, Imane Lunara yang kini berusia lima bulan itu bersama suami tercinta.

Atikah Suhaime

LAKONAN Atikah sering mencuri perhatian, tetapi kisah cintanya lebih memukau daripada mana-mana skrip drama.

Tiada angin tiada ribut, sekitar tahun 2023, wanita asal Singapura itu mencipta kejutan apabila bergelar isteri kepada seorang ahli perniagaan ternama bergelar Datuk.

Majlis penuh eksklusif itu umpama perkahwinan diraja, berlangsung dalam suasana serba mewah.

Tiada jemputan media, apatah lagi siaran langsung, hanya saksi bisu dinding dewan menyaksikan detik penyatuan dua jiwa.

Selepas bergelar isteri Datuk Lokman Teh, pelakon TanTiAna itu aktif melakukan siaran langsung menerusi TikTok membantu menjual produk suaminya.

Daripada selebriti glamor, dia kini lebih tenang dan bersahaja dalam dunia rumah tangga, malah bertambah bahagia dengan kehadiran cahaya mata sulungnya pada 8 Mac lalu.

Elvina Mohamad

NAMA Elvina mula melonjak selepas muncul dalam beberapa drama hit, namun di sebalik populariti itu, dia memilih kehidupan tenang sebagai isteri kepada usahawan muda berprofil tinggi.

Perkahwinan mereka berlangsung dalam suasana eksklusif dan kini meskipun jarang berkongsi sisi rumah tangga, Elvina, 30, cukup bijak mengimbangi kehidupan sebagai selebriti dan isteri orang kenamaan.

Selepas berkahwin, pelakon Waruga: Kutukan Ilmu Hitam itu menurunkan frekuensi kemunculan di layar televisyen dan lebih cenderung kepada keluarga dan privasi.


Eina Azman

KEPUTUSAN pelakon Eina Azman berkahwin pada usia muda mencetus pelbagai reaksi.

Ketika baru berusia 19 tahun, Eina memilih untuk menjadi isteri kepada Datuk Paduka Kaiser Gurmeet, usahawan minyak dan gas.

Perkahwinan mereka pada 2014 berlangsung mewah, lengkap dengan gelaran Datin Paduka yang disandang sejurus akad dilafaz.

Ramai memuji keberanian dan ketegasannya melangkah ke alam perkahwinan walau masih muda.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata kembar Arianna Aubrey dan Karl Kareef.

Kendatipun bergelar Datin seawal usia muda, pelakon The Maid itu membuktikan dia bukan hanya ‘trophy wife’ sebaliknya kini aktif berkongsi resipi masakan dalam media sosial, berniaga serta mengekalkan gaya hidup eksklusif bersama keluarga tercinta.

Sumber: Kosmo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2025 02:23 PM | Show all posts
Cantik ke?
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2025 02:51 PM | Show all posts
Sejak bila somi Si mayat tu usahawan minyak dan gas? Bukan ke tauke kelab malam? Tertinggal LRT mi ni.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2025 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Cmni pun dpt sauk orka..yg top2 cm Anna Jobling, Erysya, Sophia Barkobah takkan dpt biase2 je
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2025 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Best kan berkahwin dgn orang kaya,
Bukan berkahwin dengan ANAK orang kaya
#ytjt
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2025 04:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Atikah bagi i cantik n manis... si muka bulat tu yg batak brand tu... bg i dia x cantik, muka basic... infact below basic...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-4-2025 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Elvina je cantik di mata aku wpun sheols orang vietnam
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2025 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Paling suka dgn tikah. Sebab being real. Family mentua pun sayang dkt dia. Tintan pula nampak sgt showoff. Yaaaiiii.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2025 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
kak nab razali tak da?dia yg paling humble aku tgk
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2025 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada 4 je ke nama? Lagi sorang mana? Tu gambar ada kat atas.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2025 11:45 AM | Show all posts
evlinne replied at 19-4-2025 04:22 PM
Elvina je cantik di mata aku wpun sheols orang vietnam

dia org vietnam?
tp mmg vietnam lawa2..mantap2 bobok2
kalah malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2025 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
La kenapa tak include sekali tin becak
Dia pun nikah dato’, org kaya gak tu
Anak pun ramai
Kecik ati sbb tak include tin cak
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2025 11:51 AM | Show all posts
patut kena panjangkan lagi list ni.
nina jelly tu laki heolss pun orka kan?
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2025 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Untung ada orka sudi melamar jadikan isteri. Ada org kehulu hilir dgn laki kaya tp hujung² tak dilamar pun. Tp yg perasan tiqah,intan & Ina ni rajin masuk dapur, tak kekok memasak. Yg Dua lg tu tak tahu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2025 02:16 PM GMT+8 , Processed in 0.076231 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list