CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 967|Reply: 9

Bosan hidup di KL, Ben Amir dah terkena sumpahan Siargao

[Copy link]
Post time 19-4-2025 01:26 PM | Show all posts |Read mode


Sebelum ini ramai terkejut apabila pelakon Ben Amir memaklumkan dia mengambil keputusan berhijrah ke Pulau Siargao, Filipina sejak sebulan lalu.

Keputusan berhijrah dibuat secara drastik, Ben atau Muhammad Amir Sabaruddin, 35, memberitahu dia mahu memulakan sesuatu yang baharu dalam hidupnya.

Penghijrahannya itu juga kerana tidak lagi mahu mengulangi rutin yang sama setiap hari ketika menetap di Kuala Lumpur.

  


"Saya sudah berlakon selama 15 tahun dan rasa buat perkara sama, tiada perkembangan.

"Cukuplah kehidupan di bandar. Saya jual semua kecuali kereta dan berpindah ke sini (Siargao). Keputusan yang berani dan keluarga pun terkejut.

"Saya rasa hijrah ini perlu supaya saya boleh maju ke hadapan. Boleh berfikir dengan tenang," katanya.

Ben berkongsi perkara tersebut dalam satu video yang dimuat naik di saluran YouTube miliknya menjawab persoalan ramai tentang punca dia berpindah.

  


Memilih Pulau Siargao sebagai tempat tinggal baharu, kata pelakon ini dia mula jatuh cinta pada lokasi berkenaan sejak kali pertama ke sana sekitar dua tahun lalu.

Malah Ben juga menganggap bagaikan sudah terkena 'sumpahan' kerana mudah membuat keputusan untuk berpindah ke sana.

"Saya mula melawat Siargao pada hujung 2023 dan masa itu sekadar angan-angan nak pindah. Bila sampai semula pada hujung 2024 ada sesuatu yang berubah.

"Pulau ini bagaikan memanggil saya, susah nak cakap bagaimana. Ketika itu saya buat keputusan untuk pindah sini.

"Apabila bersembang dengan ramai orang mereka semua cakap perkara sama. Ia bagaikan 'sumpahan Siargao'.

"Dalam tempoh lawatan selama dua minggu itu saya terus cari tanah dan rancang apa hendak buat," ujarnya.

  


Ben turut mencerita rutin dilalui sepanjang tinggal di sana yang lebih tenang tanpa memikirkan soal mengejar masa ketika tinggal di Kuala Lumpur.

Dalam beberapa video yang dikongsi sebelum ini, dia juga dilihat kini sedang dalam proses membina rumah sendiri selain memulakan tananam ladang.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2025 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau betul nak hijrah or cari angin baru, duduk Terengganu pon dah boleh dapat. Tapi dah kalau pindah sebab awek gitu la
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2025 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
nak cekidaut apa sebab Ben nekad tul hijrah kat tempat asing, dia rasa damai tenang kot tinggal kat pulau banding kt kl rasa serabut.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2025 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Setuju dengan Ben.

Asal buat benda di luar kotak normal masyarakat, sana la kena kritik, kutuk, questioned, bebukan.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2025 01:22 AM | Show all posts
Asalkan bahagia...
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2025 07:55 AM From the mobile phone | Show all posts
haritu tengok ig, ada couple china & india malaysian decide duduk kat pulau tioman permanently. ckp benda yg sama less hectic less stress anak2 theyols keluar main sampai tengahari kat rumah org lain pun dikasi makan by family tu..benda yg takkan jadi dah kat bandar.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-4-2025 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang dia ni gabungan muka lisa + yuci la
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2025 01:37 AM From the mobile phone | Show all posts
terpaling solo traveler. hujung2 kantoi ada awek pinoy travel sekali... elok la duduk je kat kepulauan pinoy sana. takyah nak announce banyak kali terpaling org pulau.. yihhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2025 01:41 AM | Show all posts
Pastu skrg dia keje apa?
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2025 02:36 AM | Show all posts
Sumpahan mut mut
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-4-2025 10:26 AM GMT+8 , Processed in 1.283974 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list