CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 91|Reply: 0

[Sabah] Gaim rayu kerajaan luluskan peruntukan kecemasan bina jambatan baharu di Kampung Bawang

[Copy link]
Post time 15-4-2025 10:47 PM | Show all posts |Read mode


TAMPARULI: Naib presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) Dr Gaim James Lunkapis merayu kepada kerajaan supaya meluluskan peruntukan kecemasan bagi membina jambatan baharu yang putus akibat banjir yang merentasi sungai Montongis, kampung Bawang dekat sini pada Isnin.


Beliau yang juga Ketua Penyelaras KDM Tamparuli berkata susulan terputusnya jambatan itu, ramai pelajar dan penduduk kampung yang berulang alik menggunakan jambatan berkenaan terjejas.


"Berdasarkan luahan dan rungutan penduduk di sini, ketiadaan jambatan ini amat menyusahkan, dan sebab itu, mereka mahu kerosakan jambatan Bawang ini diisytiharkan peringkat darurat supaya bantuan dan tindakan segera dapat dilaksanakan," katanya dalam hantaran terbaharu di media sosial.




Menurutnya jambatan Bawang itu merupakan nadi kepada beberapa kampung termasuk laluan pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah.


Gaim berkata sekurang-kurangnya dua sekolah iaitu SK Lingga Baru dan SK Bawang terpaksa ditutup berikutan insiden jambatan terputus itu.


"Selain pelajar SMK Tamparuli yang menghadapi masalah besar,  mereka yang bekerja dan warga emas yang ada temujanji di hospital juga sangat terkesan," katanya.


Oleh itu, beliau berharap kerajaan yang prihatin masalah rakyat dapat memberi perhatian sewajarnya rayuan itu.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2025 10:33 AM GMT+8 , Processed in 0.067124 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list