CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 67|Reply: 0

[Sarawak] Kerajaan komited perkasa peranan SACOFA percepat peluasan kemudahan telekomunikasi

[Copy link]
Post time 15-4-2025 10:10 AM | Show all posts |Read mode


Julaihi ketika ditemui media pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi (MUT) Bersama Agensi 2025 semalam. - Gambar Roystein Emmor

KUCHING: Kerajaan Sarawak komited memperkasakan peranan SACOFA Sdn Bhd (SACOFA) dalam usaha mempercepatkan peluasan kemudahan telekomunikasi di seluruh negeri.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Dato Sri Julaihi Narawi berkata, perkara itu susulan pengambilalihan SACOFA sebagai agensi majoriti milik Kerajaan Sarawak melalui Setiausaha Kewangan Negeri Diperbadankan (SFS Inc.).

“Justeru, adalah penting untuk kita memperkasakan peranan SACOFA bersama semua agensi dan penyedia perkhidmatan telekomunikasi di Sarawak.
“Dengan pengambilalihan ini, saya yakin banyak yang boleh kita lakukan bersama dengan pihak berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi (MUT) bersama Agensi 2025 yang turut dihadiri Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.

Julaihi berkata, SACOFA sebelum ini adalah milik beberapa pemegang saham dan salah satu daripadanya adalah Cahya Mata Sarawak (CMS).

“Jadi berlaku pengambalihan baru-baru  ini di mana beberapa kepentingan telah diambil alih oleh SFS Inc. iaitu salah satu daripada pelaburan Kerajaan Sarawak.

“Maka Kerajaan Sarawak melalui SFS Incorporated mempunyai lebih daripada 51 peratus. Ini bermakna SACOFA  adalah milik Kerajaan Sarawak meskipun CMS masih kekal sebagai salah satu pemegang saham.

“Ekoran itu, ada sedikit perubahan dari segi pengurusan sudah dilakukan.

“Dari segi pengurusan yang sudah berubah juga adalah komposisi lembaga pengarah.

“Seterusnya, kita juga akan melihat di mana kita perlu memperkasakan peranan SACOFA,” ujarnya.

Untuk rekod, SACOFA terus berkembang menjadi tulang belakang sistem komunikasi di Sarawak dengan lebih 1,688 menara telekomunikasi merangkumi 1,250 menara komersial dan 438 tapak di bawah inisiatif menara Penyediaan Perkhidmatan Sejagat (USP) serta rangkaian kabel gentian optik sejauh lebih 12,000 kilometer di seluruh negeri ini.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-6-2025 07:09 AM GMT+8 , Processed in 0.062375 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list