CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 106|Reply: 0

[Sarawak] Tarif AS: Ekonomi Sarawak tidak terjejas secara ketara, kata Premier

[Copy link]
Post time 9-4-2025 08:56 AM | Show all posts |Read mode


Abang Johari merakam kenangan bersama Mohd Naroden serta isteri, Datin Sri Masnah Ahmad dan kelurganya ketika menghadiri Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2025 anjuran Penasihat MINTRED itu di Kuching, malam Selasa. - Gambar UKAS

KUCHING: Ekonomi Sarawak tidak terjejas secara ketara susulan pelaksanaan tarif terhadap barangan import Amerika Syarikat (AS) yang berkuat kuasa hari ini.

Memetik Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, hal ini kerana ekonomi Sarawak tidak bergantung kepada pasaran negara berkenaan.

Menurut beliau, antara komoditi utama yang dikeluarkan Sarawak adalah gas asli cecair (LNG) dan minyak kelapa sawit yang dieksport ke negara-negara seperti Jepun, Korea, China dan India.

“Tarif ini tidak menjejaskan Sarawak secara ketara kerana eksport kita ke Amerika Syarikat adalah minimum, manakala komoditi utama kita iaitu LNG kebanyakannya dieksport ke Jepun dan sebahagian lagi ke Korea.

“Komoditi kedua terbesar ialah kelapa sawit yang banyak dieksport ke China dan India. Selain itu, barangan lain juga dieksport ke negara-negara Kesatuan Eropah (EU),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2025 anjuran Penasihat Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak (MINTRED) Dato Sri Mohd Naroden Majais di kediamannya di sini, malam Selasa.


Abang Johari berbual mesra bersama Mohd Naroden dan isterinya, Datin Sri Masnah Ahmad serta yang lain ketika menghadiri Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2025 anjuran Penasihat MINTRED itu di Kuching, malam Selasa. - Gambar UKAS

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak Datuk Ir Aidel Lariwoo yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan) Dato Sri Dr Muhammad Abdullah Zaidel, serta Ahli Parlimen Batang Sadong Rodiyah Sapiee.

Mengulas mengenai industri semikonduktor, Abang Johari menjelaskan bahawa cip semikonduktor yang dikeluarkan di Sarawak sebahagian besarnya dieksport ke negara-negara Eropah.

“Secara keseluruhannya, industri yang terjejas bagi Malaysia ialah eksport semikonduktor.

“Namun bagi Sarawak, cip semikonduktor kita banyak dieksport ke EU dan kesannya tidak begitu besar. Sekiranya ada pun, impaknya adalah sangat minimal terhadap industri tersebut,” katanya lagi.

Untuk rekod, sebelum ini Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengenakan tarif timbal balik sebanyak 24 peratus ke atas import dari Malaysia sebagai sebahagian daripada gelombang perang perdagangan global.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-6-2025 12:56 AM GMT+8 , Processed in 0.047576 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list