CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 93|Reply: 0

[Sarawak] Bertam View cipta sejarah perkenal teknologi dron pembersihan fasad

[Copy link]
Post time 26-3-2025 01:04 PM | Show all posts |Read mode


Chai menerima cenderamata daripada Khairuddin (dua kanan) setelah majlis menandatangani MoU antara kedua-dua pihak di UTS, hari ini.

SIBU: Bertam View Sdn Bhd (DronesKaki Sarawak) mencipta sejarah sebagai syarikat pertama memperkenalkan teknologi dron pembersihan fasad di Sarawak, sekali gus membuka jalan kepada penyelesaian penyelenggaraan bangunan yang lebih selamat dan cekap.

Perkembangan itu diumumkan dalam majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara DronesKaki Sarawak dan Universiti Teknologi Sarawak (UTS) di sini, hari ini.

Pengarah Urusan DronesKaki Sarawak Alvin Chai berkata, kerjasama ini adalah pencapaian penting yang menggabungkan kepakaran industri dan akademik dalam membangunkan serta menambah baik teknologi dron pembersihan fasad.

"Ini adalah penyelesaian inovatif untuk menangani cabaran penyelenggaraan bangunan tinggi dan struktur kompleks," katanya.

Menurut Alvin, kerja-kerja pembersihan fasad secara tradisional adalah tugas berisiko tinggi yang memerlukan pekerja beroperasi di tempat tinggi menggunakan perancah atau gondola.

"Kaedah ini bukan sahaja membahayakan keselamatan pekerja malah melibatkan kos operasi yang tinggi.

"Dron pembersihan fasad ini membolehkan proses itu dilakukan secara automatik dengan lebih selamat dan berkesan," katanya.

Dilengkapi dengan sistem penyemburan, Alvin percaya bahawa dron tanpa pemandu (UAV) ini mampu membersihkan permukaan bangunan dalam masa yang singkat, selain mengurangkan penggunaan air dan bahan pencuci.

Justeru menerusi kerjasama ini, DronesKaki Sarawak akan menyumbang kepakaran dalam teknologi dron, manakala UTS akan menjalankan kajian bagi mengoptimumkan parameter penyemburan, bahan pencuci serta dos yang digunakan, katanya lanjut.

"Kerjasama ini bukan sahaja meningkatkan prestasi dron pembersihan fasad, malah menetapkan penanda aras baharu dalam industri penyelenggaraan bangunan di Sarawak dan luar negara," jelasnya.

Selepas majlis menandatangani MoU, satu demonstrasi secara langsung diadakan bagi memperlihatkan keupayaan teknologi dron itu.

Turut hadir Naib Canselor UTS Datuk Dr Khairuddin Abdul Hamid, Timbalan Naib Canselor (Akademik) UTS Profesor Dr Mohammad Shahril Osman serta Pengurus Bertam View Dalvin Chung Piaw Ching.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kalau tak tolong mangsa Tragedi Putra Heights, nanti Hari Kiamat kena tanya...5 Warga Pakistan Terima Penghargaan Selamatkan Mangsa Tragedi Putra Heights
YgBenarKalau tak tolong mangsa Tragedi Putra He
Views : 310 Replies : 14
New Chapter 03 :  FATTAH AMIN ~ Melangkah Semula, Comeback Berganda
codenamedreamNew Chapter 03 : FATTAH AMIN ~ Melangka
Views : 25881 Replies : 1537
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 251151 Replies : 1393
Ngai... (the final trilogy - nyut nyut berdenyut bijik jintan ku)
maklukpenggodaNgai... (the final trilogy - nyut nyut b
Views : 320615 Replies : 9776
[tvN/Netflix 2025] RESIDENT PLAYBOOK - Go Young Jung, Shin Shi Ah, Han Ye Ji, Kang Yoo Seok, Jung Joon Won ~ 12 April 2025
Rahah[tvN/Netflix 2025] RESIDENT PLAYBOOK - G
Views : 22935 Replies : 12
Aisyah Aziz dah kahwin!
RalineAisyah Aziz dah kahwin!
Views : 3129 Replies : 38
Edisi berdondon-dondon #RATTAH
JoyahMengayahEdisi berdondon-dondon #RATTAH
Views : 250124 Replies : 4097
[Netflix 2025] KARMA - Park Hae Soo, Shin Min A, Lee Hee Joon, Kim Sung Kyun, Lee Kwang Soo ~ 4 April 2025
Rahah[Netflix 2025] KARMA - Park Hae Soo, Shi
Views : 22588 Replies : 16
Atikah Suhaime & Anak Dapat Barang Kemas Daripada Ibu Mentua, Netizen Rasa Terharu – ‘Susah Nak Dapat Keluarga Yang Boleh Terima Kita’
RalineAtikah Suhaime & Anak Dapat Barang Kemas
Views : 2243 Replies : 54
Pemuda lari bersama bakal ibu mentua 10 hari sebelum majlis perkahwinan
tatodPemuda lari bersama bakal ibu mentua 10
Views : 538 Replies : 17

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-4-2025 11:47 PM GMT+8 , Processed in 1.142483 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list