CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 151|Reply: 0

[Kedah] Warga emas maut dilanggar treler menggelungsur

[Copy link]
Post time 26-3-2025 12:30 PM | Show all posts |Read mode
Warga emas maut dilanggar treler menggelungsur

Oleh Zuliaty Zulkiffli - Mac 26, 2025 @ 8:12ambhnews@bh.com.my




Foto PDRM



SUNGAI PETANI: Lelaki warga emas maut selepas dilanggar sebuah treler yang menggelungsur sendiri ke hadapan menyebabkan mangsa tersepit di perkarangan sebuah gudang beras, Guar Nenas, dekat sini, semalam.

Mangsa, Zulkamal Zainal Abidin, 62, yang menetap di Kampung Seberang Tandop, Kuala Sala, Kota Sarang Semut, disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di dada.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, dalam kejadian jam 6 petang itu membabitkan sebuah treler dan motosikal.

Beliau berkata, treler itu dalam keadaan berhenti selepas selesai mengisi muatan serbuk sekam padi manakala warga emas terbabit berada di hadapan pada jarak 15 meter yang ketika itu sedang mencuci motosikal Yamaha Y135C miliknya.

"Siasatan awal yang dilakukan mendapati selepas treler berkenaan selesai diisi muatan serbuk sekam padi, tiba-tiba dikatakan menggelungsur ke hadapan ke arah mangsa.

"Mangsa yang sedang mencuci motosikalnya tidak sempat melarikan diri tersepit dan terperangkap antara treler dan motosikalnya.

"Akibat kemalangan itu, warga emas terbabit mengalami kecederaan pada bahagian dada dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Wan Azharuddin berkata, mayat mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk proses bedah siasat.

Bagaimanapun katanya, pemandu lori berusia 32 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Hasil ujian saringan terhadap pemandu lori terbabit mendapati negatif dadah.

"Kenderaan lori treler itu ditahan untuk pemeriksaan lanjut untuk menjalani pemeriksaan pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) dan kimia," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/03/1377054/warga-emas-maut-dilanggar-treler-menggelungsur





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-4-2025 01:28 PM GMT+8 , Processed in 0.042066 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list