CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 240|Reply: 0

[Johor] 30 Bas Percuma Bawa Mahasiswa Johor Pulang Beraya

[Copy link]
Post time 25-3-2025 12:22 PM | Show all posts |Read mode

Inisiatif ‘Yok Balik Kampung’ anjuran Gabungan Anak Johor kini memasuki tahun ketiga penganjurannya. | Foto Aznan Tamin

IskandarPuteri – Kerajaan Negeri menyediakan perkhidmatan 30 bas bagi membawa pulang lebih 550 mahasiswa Johor yang kini menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh negara secara percuma sempena sambutan Aidilfitri kali ini.

Program yang telah dimulakan sejak Khamis lalu merupakan inisiatif ‘Yok Balik Kampung’ anjuran Gabungan Anak Johor yang turut menerima sokongan daripada Kerajaan Johor menerusi Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) yang kini sudah memasuki tahun ketiga penganjurannya.

Menjadi antara usaha berterusan Kerajaan Negeri dalam memastikan kebajikan pelajar Johor di perantauan terus terbela, inisiatif berkenaan juga diharap dapat meringankan beban mahasiswa yang ingin pulang menyambut Aidilfitri bersama keluarga dengan selesa dan selamat.

Antara IPT terlibat termasuklah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA); Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA); Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Selain itu, mahasiswa dari Universiti Sains Malaysia (USM); Universiti Putra Malaysia (UPM); Universiti Malaya (UM); Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) juga boleh menikmati kemudahan pengangkutan percuma disediakan Kerajaan Negeri ini.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2025 12:12 AM GMT+8 , Processed in 0.044665 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list