CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 412|Reply: 3

Pemalas, main 'game' je lebih! Wanita menyesal kahwin lelaki muda

[Copy link]
Post time 23-3-2025 11:13 PM | Show all posts |Read mode

SEORANG isteri berusia 25 tahun ini meluahkan rasa kecewa dengan sikap suaminya yang dilihat enggan menjalankan tanggungjawab.

Biarpun mereka adalah pasangan generasi Z, dia dapat merasakan terdapat perbezaan dan jurang besar dari segi sikap, tanggungjawab dan komitmen.

Dalam perkongsiannya di media sosial, wanita ini meluahkan rasa marah apabila suaminya enggan keluar membeli barang dapur walaupun dia sedang sakit.

"Saya cukup geram dengan suami hari ni. Saya tak sihat, minta tolong dia beli barang nak masak.

"Dia jawab pergi la sendiri sambil main game Mobile Legend bodoh dia tu. Saya geram.

"Tak kan bab nafkah makan saya kena sediakan. Bab masak saya, jaga anak pun saya," jelasnya menceritakan situasi yang berlaku dalam rumah tangganya.

Wanita ini turut membangkitkan persoalan tentang sikap lelaki generasi Z masa kini yang didakwa sering culas menjalankan tanggungjawab sebagai suami.


Sedar bahawa dirinya sendiri merupakan sebahagian daripada generasi tersebut, wanita ini berkata dia tidak pernah menjadikan usia muda sebagai alasan untuk mengabaikan tanggungjawab.

Menurutnya, suami hanya menunjukkan sisi baik semasa bercinta, tetapi berubah sikap setelah mendirikan rumah tangga dan akhirnya dirinya pula dipersalahkan.

"Gen Z memang macam ni ke? Saya pun Gen Z tapi saya jalankan tanggungjawab saya semua.

"Kadang terbaca banyak isu lelaki generasi ni yang bermasalah. Kenal lama tapi sorok perangai buruk dia tu.
"Lepas tu salahkan perempuan sebab tak jalankan tanggungjawab. Habis dia buat ke tanggungjawab tu," ujarnya mempertikai sikap suaminya.

Dalam pada itu, ketagihan permainan video juga sering dikaitkan dengan konflik emosi dan masalah dalam rumah tangga masa kini.

Susulan perkongsiannya ini, warga maya turut memberikan pendapat dan pandangan mereka terhadap masalah rumah tangga yang dihadapi.


Sumber: mStar




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2025 03:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Muda pun kalau reti tanggungjawab ok je. Tgk laki intan ladyana tu. Elok je...
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2025 01:01 PM | Show all posts
Tgk la laki muda mcm mana kahwin ada je laki muda yang matured and bertanggungjawab
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2025 05:14 PM | Show all posts
Dia bergantung pada individu juga sebenarnya..ada je yang umur dah tua tapi still tak reti tanggungjawab bila dah kawin.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-4-2025 07:27 AM GMT+8 , Processed in 0.135165 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list