CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 104|Reply: 0

[Sabah] Harapan Rakyat sedia hadapi PRN17

[Copy link]
Post time 23-3-2025 05:59 AM | Show all posts |Read mode


NORAZIAN
TAWAU: Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat), salah satu komponen dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS), kini giat memperkukuh jentera parti bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) yang bakal tiba.

Ketua Wanita Harapan Rakyat Sabah, Norazian Dumit berkata bahawa parti mereka sentiasa bersedia dan komited dalam menyantuni rakyat selaras dengan perjuangan GRS.

Katanya, Harapan Rakyat telah menggerakkan usaha di pelbagai kawasan, dengan fokus utama diberikan kepada Kukusan dan Merotai.

“Kami giat merancang strategi dan turun padang bertemu rakyat. Kukusan dan Merotai antara kawasan yang sangat aktif, dan kami melihat potensi besar untuk terus memperkukuh sokongan di sana,” katanya.

Beliau yang juga Ketua Penyelaras Wanita GRS Zon 6A berkata demikian ketika ditemui dalam program Baju Raya Anak Merotai Harapan Rakyat untuk Anak Yatim dan Asnaf di Merotai, di sini, hari ini.

Menurutnya, walaupun persiapan sedang berjalan lancar, beliau mengakui bahawa masih terdapat beberapa cabaran yang perlu diatasi.

Namun katanya, semangat dalam kalangan ahli dan penyokong parti tetap tinggi, dengan keyakinan bahawa Harapan Rakyat mampu memainkan peranan penting dalam memastikan kemenangan GRS.

“Setakat ini, Harapan Rakyat masih dalam fasa pemantapan strategi. Namun, kami akan sentiasa bersedia bila-bila masa untuk menghadapi PRN17 dan memastikan kejayaan buat parti serta gabungan,” katanya.

Dalam pada itu, Norazian menegaskan bahawa Harapan Rakyat akan terus mengekalkan pendekatan mesra rakyat, turun padang, serta mendengar permasalahan masyarakat setempat.

Beliau percaya bahawa dengan kepercayaan dan sokongan rakyat, parti ini akan terus berkembang dan memperkukuh kedudukan dalam politik Sabah.

“PRN17 Sabah dijangka menjadi medan penting bagi GRS dalam mempertahankan mandat rakyat di Sabah.

“Dengan persiapan rapi yang sedang dijalankan oleh Harapan Rakyat dan parti-parti komponen lain, kita optimis dalam menghadapi cabaran yang bakal mendatang,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2025 03:57 AM GMT+8 , Processed in 0.149319 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list