CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6193|Reply: 0

Tolak pinangan abang ipar, wanita maut dibakar

[Copy link]
Post time 2-2-2025 05:26 PM | Show all posts |Read mode


MUZAFFARNAGAR - Teka-teki kehilangan seorang wanita sejak 23 Januari lalu akhirnya terjawab apabila mayatnya dijumpai dalam keadaan hangus terbakar di sebuah perkampungan di Bahava.

Superintenden (Luar Bandar) Aditya Bansal berkata, mangsa yang berumur 21 tahun itu telah dirogol dan dicekik sehingga mati oleh abang iparnya dan dua yang lain sebelum mayatnya dibakar dalam usaha untuk memusnahkan bukti.

"Siasatan mendapati tertuduh utama, Ashish iaitu suami kepada kakak mangsa melakukan perbuatan tersebut selepas desakannya untuk berkahwin dengan wanita itu ditolak.

"Ashish telah ditahan manakala dua rakan subahatnya, Shubham dan Deepak masih melarikan diri," katanya.


Dalam kejadian pada Sabtu lalu, Aditya memaklumkan, Ashish juga telah membuat pinjaman sebanyak Rs40,000 (RM2,059) daripada sebuah bank untuk mengupah dua penjenayah terbabit.

Tertuduh bersama rakan-rakannya mengumpan mangsa keluar dari rumah sebelum merogolnya bergilir-gilir dan kemudian mencekiknya hingga mati.

Mereka kemudian membakar mayat wanita terbabit dan mencampakkannya ke dalam sebuah hutan berhampiran perkampungan tersebut.

"Ashish telah ditangkap selepas dia mengaku melakukan jenayah itu.

"Mayat wanita yang terbakar itu telah ditemui dan pemeriksaan forensik sedang dijalankan," tambahnya. - Agensi


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2025 05:35 AM GMT+8 , Processed in 0.037935 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list