Asrama pusat Tahfiz yang terbakar di Parit Bingan Batu Pahat.
Batu Pahat: Sebuah asrama yang menempatkan pelajar tahfiz terbakar di Kampung Parit Bingan, Parit Raja, di sini, pagi ini.Kebakaran berlaku pada jam 8.30 pagi menyebabkan bangunan dua tingkat itu musnah sama sekali namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Hitam, Nasrul Rahmanl, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.35 pagi.Katanya, seramai 23 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Hitam, Penggaram dan Rengit bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan itu.
"Sebaik tiba, kami mendapati kebakaran membabitkan asrama pelajar jenis kekal yang musnah 70 peratus.
"Kami juga menggunakan sumber air berdekatan untuk memadam kebakaran.
"Api berjaya dipadamkan kira-kira dua jam kemudian. Tiada mangsa yang terbabit dalam kejadian itu," katanya dalam kenyataan.
Disiarkan pada: Disember 31, 2024
|