View: 2952|Reply: 3
|
Komuniti Bollywood sokong Sanjay Dutt
[Copy link]
|
|
New Delhi: Komuniti perfileman India terkejut dengan keputusan mahkamah yang mengekalkan keputusan bersalah terhadap aktor popular Bollywood, Sanjay Dutt (gambar) berhubung kes senjata api.
Mereka semalam menyuarakan sokongan terhadap pelakon berkenaan yang diarah oleh hakim mahkamah tinggi supaya melapor diri di penjara dalam masa sebulan untuk menjalani hukuman jel selama lima tahun.
Bintang dan pengarah ternama Bollywood menulis dalam laman Twitter untuk menyuarakan sokongan kepada Dutt selepas hakim berkenaan membuat keputusannya. Dutt didapati bersalah kerana memiliki senjata api secara haram. Senjata berkenaan dibekalkan kepadanya oleh ketua penjenayah yang bertanggungjawab terhadap serangan yang mengorbankan 257 orang.
Pelakon terkenal Ranbir Kapoor dan Vidya Balan adalah antara selebriti kelas A Bollywood yang mengunjungi Dutt di kediamannya untuk menawarkan simpati dan sokongan kepada aktor itu dan keluarganya.
Penganalisis industri perfileman berkata, tempoh penahanan Dutt itu akan memberi tamparan teruk kepada sektor perfileman India. - AP |
|
|
|
|
|
|
|
lama tue penjara sampai 5 thn |
|
|
|
|
|
|
|
if proven he is guilty ... then patut pun kena jail...
no one is above the laws |
|
|
|
|
|
|
|
so ade peluang pelakon bru naik plk. |
|
|
|
|
|
|
| |
|