View: 1182|Reply: 11
|
Masih kenal hati budi, Ben Amir pindah pulau bukan sebab perempuan
[Copy link]
|
|
Bukan lagi teka-teki, pelakon Ben Amir akhirnya mengakui sedang mengenali hati seorang wanita dari Filipina selepas dua tahun menjalin hubungan mesra.
Bagaimanapun, Ben atau nama sebenarnya Muhammad Amir Sabaruddin, 35, berkata, semuanya masih dalam peringkat awal dan enggan terburu-buru membuat keputusan ke fasa seterusnya.
“Kami masih dalam fasa berkenalan, kenal hati budi. Kami sudah mengenali antara satu sama lain dalam dua tahun.
“Mana-mana lelaki pun sudah tentu mahu menjalin hubungan ke jenjang pelamin tetapi tidaklah perlu terburu-buru.
“Saya menyerahkan semuanya kepada takdir. Buat masa ini saya hanya ‘go with the flow’ ,”katanya kepada Kosmo! Online.
Menepis dakwaan kononnya penghijrahannya ke Filipina berpunca daripada wanita tersebut, pelakon filem Rebel itu sebaliknya berkata, hasrat meninggalkan Malaysia sudah lama dipendam kerana ingin mencabar diri membina kehidupan berbeza.
“Saya tak suka orang membuat spekulasi tentang perkara tidak benar. Kalau nak tahu cerita sebenar biar daripada mulut saya sendiri.
“Saya memang sudah lama merancang untuk berhijrah ke Filipina. Bukan sebab sesiapa tetapi ingin mencari kehidupan baharu.
“Sebagai lelaki memang perlu sentiasa memperbaiki diri daripada segi kerjaya dan mental,” ujarnya.
Tambah Pelakon TV Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular ke-34 (ABP34) itu, keputusan berpindah ke Pulau Siargao sejak April lalu bukan dibuat secara tergesa-gesa, sebaliknya disusuli dengan perancangan teliti termasuk membina empayar perniagaan sendiri.
“Keputusan berhijrah ini adalah satu langkah berani untuk ‘upgrade’ diri. Saya suka cabaran.
“Saya kini sedang rancang buka restoran dan villa di sana. Bukan mudah ya, lebih-lebih lagi di negara orang.
“Saya mahu bina kerjaya baharu selain daripada berlakon. Kalau boleh saya mahu jadi ahli perniagaan pula,” jelasnya pada majlis tayangan perdana filem Gantung: Musketeer Code di sini, malam tadi.
Ben bakal tampil dalam filem aksi-thriller Gantung: Musketeer Code, adaptasi daripada novel popular nukilan Nadia Khan yang bakal menemui penonton di pawagam bermula 5 Jun ini.
Filem terbitan Bookmark dan Primeworks Studios itu turut menampilkan Ikmal Amry, Hafreez Adam, Brandon Salim, Shazia Rozaini serta Taufiq Hanafi.
Sumber: Kosmo
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Lan-Cau.
Iyo lah ko berhijrah bkn sbb puhh-key. Tiberrrrrrr semata nak ke negara adobo sbb mmg nak memperbaiki diri. Ke nak perbaiki your pee-pee?? |
|
|
|
|
|
|
|
Carcosa replied at 30-5-2025 11:25 PM
Lan-Cau.
Iyo lah ko berhijrah bkn sbb puhh-key. Tiberrrrrrr semata nak ke negara adobo sbb mmg nak m ...
Dulu kata nak ke nz.
|
|
|
|
|
|
|
|
jenis sembang tak nak kalah.. dengan style sombong2 dia tu.. hahaha.. jangan ada leak sudahlah ye beben.. |
|
|
|
|
|
|
|
dia ni mcm sejenis kuat sentap kan? nampak mcm jenis nak validate apa org cakap..kalu iols, buat bodoh sudah la.. |
|
|
|
|
|
|
|
ade pe kt philipino tu smpi nak pi duk sana? sini kan best |
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 30-5-2025 11:29 PM
Dulu kata nak ke nz.
Nz mahal nak. Hehe. Lps tu strict. |
|
|
|
|
|
|
|
jarang org nak berhijrah ke filipina..lebih2 lagi islam.. mmg random kau ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Indonesia pun byk pulau2..knp filipina jgk jd pilihan |
|
|
|
|
|
|
|
knp la filipina drpd byk2 tmpat? |
|
|
|
|
|
|
| |
|