CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 233|Reply: 3

Rambut pendek senang syampu, suami Sweet Qismina pun suka

[Copy link]
Post time 30-5-2025 11:15 PM | Show all posts |Read mode


Sweet Qismina pernah mempunyai persepsi bahawa wanita berambut pendek kelihatan seperti imej lelaki ada tomboi.

Namun menurut Sweet atau nama penuhnya Farhanna Qismina Supandi, 27, perkara tersebut berubah selepas dia memilih untuk menukar potongan rambut baru-baru ini dan berasakan dirinya seperti dilahirkan semula.

“Empat bulan saya berambut panjang, rasa sudah sangat rimas. Pada awalnya nak rambut paras bahu sahaja tetapi ramai cadangkan potongan pendek sebab kata mereka rambut boleh tumbuh semula.

“Sebenarnya ini rambut paling pendek saya pernah potong dan suami pun sangat suka.

“Rambut ini beri saya lebih keyakinan. Dulu memang saya risau nak berambut pendek sebab tak mahu orang cakap macam lelaki atau tomboi,” katanya kepada Kosmo! Online baru-baru ini.

Tambahnya, selain imej lelaki, dia juga pernah risau sekiranya potongan rambut pendek membuatkan tawaran lakonan menjadi terhad.

“Dulu saya pernah risau stesen televisyen dan produksi tak mahu heroin rambut pendek takut tak nampak manis, tetapi selepas bincang, mereka okey sahaja.

“Sejujurnya saya nak kekalkan sampai imej ini sampai bila-bila tetapi potongan begini sebegini sukar buat sambungan rambut palsu. Kalau rambut panjang selepas ini, mungkin paras bahu sahaja.

“Rambut pendek begini senang diuruskan, syampu pun lambat habis,” katanya lagi.

Tambah pelakon drama Pink Smile itu, dia juga tidak terlepas daripada menerima kritikan daripada netizen yang mengatakan potongan rambut pendek kurang sesuai dengan dirinya.

“Hakikatnya ini sisi lain yang buat saya nampak lebih matang dan segar. Adakalanya kita erlluakan ada imej yang lebih segar seperti dilahirkan semula.

“Mungkin ada segelintir individu sukar nak terima saya berimej begini, Ada yang cakap saya macam budak sekolah dan tak sesuai dengan saya.

“Cuma bagi saya, paling penting ialah emosi saya perlu jaga. Ini cara saya cari benda baru untuk diri sendiri,” jelasnya.

Terdahulu, suaminya yang juga pelakon Adam Lee tampil mempertahankan penampilan terbaharu isterinya apabila terdapat netizen berasa kurang senang dengan penampilan terkini Sweet.

Sumber: Kosmo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2025 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Nah. It makes you look older. Jangan pilih pesen ni lain kali dek. Simpan ja rambut panjang.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2025 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 30-5-2025 11:16 PM
Nah. It makes you look older. Jangan pilih pesen ni lain kali dek. Simpan ja rambut panjang.

Style rambut tu ok je
Cuma muka dia yang nampak tua
Makan apa la muka matang cepat sgt
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2025 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak lawa.
Mesti masa kat salon baru gunting, rasa lawa.
Sekali dah mandi kat rumah, rambut kempis, jadi sikit, nmpk mcm penyapu tua
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2025 03:11 AM GMT+8 , Processed in 0.051335 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list