CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1346|Reply: 19

Isteri Fizo Omar, Fazeera Kesal Netizen Persoal Hamil Jarak Dekat

[Copy link]
Post time 28-5-2025 02:05 PM | Show all posts |Read mode



Isteri kepada pelakon Fizo Omar iaitu Fazeera meluahkan rasa kecewa dengan segelintir netizen yang mempersoalkan dirinya sering hamil jarak dekat.

Menerusi satu perkongsian di TikTok, Fazeera menjawab pertanyaan seorang netizen yang mempersoalkan adakah dia tidak letih apabila hamil lagi.



Fazeera turut mempersoalkan mengapa soalan begitu datang dari kaum wanita sendiri serta tertanya-tanya adakah wanita sendiri mahu melihat kaum mereka jatuh.

“Saya sering dihujani dengan soalan tak penat ke hamil, suami tak jaga ke, suami tak kisah kesihatan mental ke?  Kenapa mesti soalan begitu datang dari kaum wanita, adakah wanita sendiri mahu melihat wanita lain jatuh,” katanya.

Sementara itu, Fazeera yang kini hamil anak ketiga berkata dia tidak rasa letih sebaliknya bersyukur kerana mempunyai sokongan yang kuat.

“Saya langsung tidak rasa letih mengandung banyak kali kerana saya ada sokongan yang kuat,” katanya.

Terdahulu, Fazeera menganggap dikurniakan anak yang ramai merupakan rezeki dari Allah dan dia tidak mampu menolaknya.

Pada Mac lalu, Fazeera memaklumkan dia dan Fizo Omar bakal menimang cahaya mata ketiga. Fizo dan Fazeera berkahwin pada 21 Oktober 2021.

Pasangan itu dikurniakan dua anak perempuan iaitu Wan Khaleeda dan Wan Umaira. Fizo turut mempunyai seorang cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu iaitu Wan Maryam

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2025 02:14 PM | Show all posts
lantak dia la badan dia fefek dia, sebok betul nerakazen ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2025 05:54 PM | Show all posts
anyway laki dia dah bebas dari bankrupcy ke?
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2025 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Lantak laa punai dia.. punai dia yg sakit kena torehh
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2025 12:34 PM | Show all posts
hahahahaa kelakar baca komen
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2025 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
ko cerdik tapi kenapa asyik lawan komen bodo2 nie ya.. kenapa perlu nak justify pada netz apa yang ko buat..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-6-2025 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Punyalah mahu anak lelaki, tapi mana tau kan ujian, keluar deret deret anak perempuan, cam ada satu family tu, 10 anak kesepuluhan perempuan. Dah sudah. Tak Salah anak anak perempuan, tapi tak yah tunjuk sangat seboleh boleh nak anak lelaki, konsep.hdup ni, lagilah kita hendak, lagilah kita tak dapat, lek.lek sudah.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2025 06:01 PM | Show all posts
dia ni lawa tapi itu lah..kdg2 tengok mcm try hard sangat..cuba kalau low profile je..lagi mahal saham tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2025 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cikbudu at 4-6-2025 08:10 PM

Bini dia ni mengalahkan retis
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2025 04:18 AM From the mobile phone | Show all posts
cikbudu replied at 4-6-2025 07:08 PM
Bini dia ni mengalahkan retis

Poyo. Dahlah cakap BI macam haper je.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2025 08:58 AM | Show all posts
Bak kata tokram dekat jihan, rumah ko takde tv ke
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2025 08:59 AM | Show all posts
bluebutter replied at 4-6-2025 09:17 AM
Punyalah mahu anak lelaki, tapi mana tau kan ujian, keluar deret deret anak perempuan, cam ada satu  ...

Mcm tin almy kan, beranak punya beranak punya beranak semua pempuan.. Tu tengah try lagi sampai dapat anak lelaki.. Punya lah nak ikat suami.. Ni kalau beranak sampai 10 pun laki curang taktau nak cakap lah..
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2025 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Xpaham kadang. Life dia..biolah..bukan nye dia mintak tlg beranakkan or jaga anak dia..
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2025 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
dewi_rina replied at 5-6-2025 08:59 AM
Mcm tin almy kan, beranak punya beranak punya beranak semua pempuan.. Tu tengah try lagi sampai da ...

Ramai tau keliling I, Cuba punya Cuba semua perempuan, comel comel lah, jenuh lah beli baju kurung raya tiap tiap tahun, tapi ada jugak sampai ke sudah semua perempuan anak deme takde anak lelaki, apa nak buat, dah takdir cam tu.

Pasal curang tu biasalah lelaki, saja je cari alasan walau anak anak berderet.
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2025 07:51 AM From the mobile phone | Show all posts
bluebutter replied at 4-6-2025 05:17 PM
Punyalah mahu anak lelaki, tapi mana tau kan ujian, keluar deret deret anak perempuan, cam ada satu  ...

Mcm bini abg ipar aku ..beriya betul nk anak perempuan ye lah mertua aku nk sgt cucu perempuan dari anak kesayangan .. aku ni dia doakan biar xde anak hahahahaa... Keje mengandung ..asal keluar je laki .. ending lahir anak ke 5 yg juga lelaki terus kena kanser.. penyudah meninggal .. now abg ipar n mertua aku lah pulun jaga ank2 laki dia. Lagi abg ipar dia tanya aku nak amik x anak dia jaga ...mmg x laaa...aku ni geng nyonya mansor..kalau mak ko aku benci seluruh keturunan ko aku benci ...... Pandai buat anak maka jaga lah ye .
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2025 08:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Tgk muka walaupun penat duk justify macam dah keluar mulut rentua tu nak pewaris keturunan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2025 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
AWEKSAMURAI replied at 6-6-2025 07:51 AM
Mcm bini abg ipar aku ..beriya betul nk anak perempuan ye lah mertua aku nk sgt cucu perempuan dar ...

Ko benci mak mertua ko ke, benci bini abg ipar ko?
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2025 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by emma.giggs at 6-6-2025 11:20 AM
Nozot replied at 31-5-2025 12:39 PM
ko cerdik tapi kenapa asyik lawan komen bodo2 nie ya.. kenapa perlu nak justify pada netz apa yang k ...


Mgkn dia pun dh stat bitter ngn kehidupan dia

Kalo bende tu kita yg nak, kita akan jwb dgn santai, kecuali bende yg kita terpaksa terima..
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2025 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
sofahani replied at 6-6-2025 10:34 AM
Ko benci mak mertua ko ke, benci bini abg ipar ko?

Dedua hahahah tp sorang dh mati .. tggal lg sorang hahahaha jahat kan aku .?
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2025 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Biarlah dia nak mengandung jarak dekat pon dia ada suami and dia tau la diri dia mcm mana..kalau dia pon xde masalah dgn mengandung jarak dekat kenapa netijen paling mak beria.. maybe dia dah dptkan nasihat dr pakar..xkn semua benda dia nak kena bagitau org..hadoi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2025 01:14 PM GMT+8 , Processed in 0.062287 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list