CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 37|Reply: 0

[Kedah] SWCorp tingkat perkhidmatan kebersihan sepanjang LIMA'25

[Copy link]
Post time 21-5-2025 04:02 AM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 21-5-2025 04:03 AM

SWCorp tingkat perkhidmatan kebersihan sepanjang LIMA'25

WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR
20 Mei 2025 04:24pm





Khalid (empat dari kanan) melihat jentera Glutton digunakan bagi kerja-kerja sapuan intensif di kawasan tumpuan awam serta laluan utama sepanjang LIMA'25.



LANGKAWI – Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) berusaha memastikan tahap kebersihan di Pulau Langkawi berada pada tahap terbaik sepanjang penganjuran Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA'25).

Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp, Khalid Mohamed berkata, pihaknya mengambil pendekatan menyeluruh melibatkan logistik, penguatkuasaan dan kempen kesedaran awam bagi menyokong kelancaran program berprestij itu.


"Sebanyak 41 unit kenderaan digunakan untuk perkhidmatan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam, dibantu oleh 380 petugas kebersihan terdiri daripada E-Idaman Sdn Bhd, petugas litter picking, petugas subkontraktor serta 19 anggota penguat kuasa SWCorp," katanya pada Selasa.

Beliau berkata demikian semasa turun meninjau kempen kebersihan yang dilakukan SWCorp di Terminal Jeti Kuah, di sini.


Menurut beliau, SWCorp turut menggerakkan penggunaan jentera berteknologi tinggi seperti Glutton dan Road Sweeper bagi kerja-kerja sapuan intensif di kawasan tumpuan awam serta laluan utama sepanjang LIMA'25.

"Dua unit jentera Glutton dan dua unit Road Sweeper ditempatkan secara strategik bagi memastikan kebersihan maksimum. Selain itu, seramai 80 petugas turut ditugaskan untuk kerja-kerja litter picking di bahu jalan utama,” jelasnya.

Tambah beliau, beberapa inisiatif turut dilaksanakan seperti operasi penutupan 'hotspot' sisa haram dan kempen ‘Berani Tegur’ dalam usaha mendidik pengunjung agar lebih bertanggungjawab terhadap kebersihan.

“SWCorp juga menjalankan kempen kesedaran melalui tayangan video di beberapa lokasi awam bagi menyampaikan mesej kebersihan dan pemeliharaan alam sekitar,” katanya.


Beliau menegaskan, semua usaha ini mencerminkan iltizam SWCorp dalam memperkukuhkan imej Langkawi sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia yang bersih dan sejahtera.

Sementara itu, SWCorp turut mempamerkan beberapa arca yang dibuat daripada bahan kitar semula dan dipamerkan di ruang menunggu Terminal Jeti Kuah untuk tontonan orang ramai.


Usaha berkenaan juga menjadi salah satu langkah untuk mendidik masyarakat tentang kepentingan menjaga kebersihan dan kitar semula.

https://www.sinarharian.com.my/article/729548/edisi/utara/swcorp-tingkat-perkhidmatan-kebersihan-sepanjang-lima25



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2025 07:22 AM GMT+8 , Processed in 0.056343 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list