CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17|Reply: 0

[Sarawak] Pearson PTE lancar pusat ujian Pearson Test of English di Kuching

[Copy link]
Post time 20-5-2025 07:01 AM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Pearson PTE secara rasmi telah melancarkan pusat ujian Pearson Test of English (PTE) Academic yang baharu di Sakra Academy, Kuching baru-baru ini.

Pelancaran sekali gus memudahkan rakyat di negeri ini mendapat ujian bahasa Inggeris yang pantas dan boleh dipercayai secara lebih dekat dengan rumah mereka.

Pusat ujian baharu ini secara tidak langsung membolehkan pelajar dan golongan profesional tidak perlu pergi ke Semenanjung Malaysia, yakni  menawarkan pilihan yang lebih mudah dan menjimatkan bagi mereka yang ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara, berhijrah atau membina kerjaya antarabangsa.

Berucap pada majlis pelancaran tersebut, Pengurus Pembangunan Perniagaan Pearson Test of English Asia Dencoln Tan berkata, pembukaan cabang baharu ini mencerminkan komitmen Pearson dalam memperluaskan akses kepada ujian bahasa Inggeris bertaraf dunia.

“Dengan Sakra Academy kini menjadi sebahagian daripada rangkaian ujian kami, calon ujian di Sarawak mempunyai pilihan tempatan yang dipercayai untuk menyokong impian mereka di peringkat global.

"PTE Academic kini diiktiraf oleh lebih 3,500 institusi di seluruh dunia termasuk universiti ternama seperti Harvard, Oxford dan Yale.

“Di Malaysia, ia turut diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) serta turut diterima sepenuhnya oleh universiti di Australia, Kanada dan New Zealand serta 99 peratus universiti di United Kingdom,” katanya.

Tan turut menekankan bahawa Sakra Academy Kuching kini merupakan pusat ujian PTE ketujuh di Malaysia dengan PTE juga diterima oleh lebih 1,500 universiti di Amerika Syarikat.

Selain ujian bahasa Inggeris, Pearson turut memperkenalkan inisiatif Beyond PTE yang direka khas untuk menyokong calon ujian sepanjang perjalanan mereka ke luar negara.

“Kami telah bekerjasama dengan Malaysia Airlines untuk menawarkan diskaun sehingga 30 peratus bagi tambang penerbangan dan elaun bagasi percuma sehingga 45kg menerusi program MH Explorer.

“Malah kami turut bekerjasama dengan Casita.com, sebuah platform penginapan pelajar global, di mana pelajar boleh menerima pulangan tunai sehingga AS$200 apabila mereka menempah penginapan melalui Beyond PTE. Nilai gabungan semua tawaran ini boleh melebihi kos ujian itu sendiri,” tambahnya.

Sempena pelancaran ini, Pearson turut memperkenalkan pertandingan Fly With PTE.

Pelajar yang menduduki ujian antara Mei hingga 31 Julai berpeluang memenangi tiket penerbangan bernilai £200 (Pound Sterling).

Dalam pada itu, sesi ujian PTE Academic di Sakra Academy kini dibuka kepada individu yang bersedia untuk melanjutkan pelajaran, berhijrah atau membina kerjaya antarabangsa.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus Akaun Utama Kanan Pearson Test of English Cheah Su Ming melalui pautan e-mel suming.cheah@pearson.com.

Juga Pengurus Pembangunan Perniagaan, Pearson Test of English Asia Dencoln Tan (dencoln.tan@pearson.com) atau Sakra Academy Sarawak di talian 082-256 979.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2025 08:09 AM GMT+8 , Processed in 0.036591 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list