CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pulau Pinang digesa dedah TIA projek LRT Laluan Mutiara

[Copy link]
Post time 20-5-2025 02:03 AM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 20-5-2025 02:06 AM

Pulau Pinang digesa dedah TIA projek LRT Laluan Mutiara

SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
19 Mei 2025 02:25pm





Muhammad Fauzi Yusoff



GEORGE TOWN - Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusoff mempersoalkan ketelusan pelaksanaan projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara.


Oleh demikian beliau menggesa kerajaan negeri mendedahkan Laporan Penilaian Impak Trafik (TIA) kepada umum.

Menurutnya, walaupun projek tersebut kini di bawah bidang kuasa kerajaan Persekutuan, namun sebagai sebuah projek infrastruktur berskala besar yang dijalankan di negeri ini, rakyat berhak mendapat penerangan yang jelas serta terperinci.


“Kami di peringkat pembangkang tidak menolak pembangunan dan bukan juga mahu menafikan keperluan infrastruktur moden yang mampu meningkatkan kualiti hidup rakyat Pulau Pinang.

"Bagaimanapun, menjadi tanggungjawab saya untuk memastikan setiap sen wang rakyat dibelanjakan dengan penuh amanah dan setiap projek mega dijalankan dengan ketelusan,” katanya pada sesi perbahasan di Sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada Isnin.

Muhammad Fauzi (Pas-Sungai Dua) berkata, pelaksanaan projek LRT dan Lebuhraya Pan Island Link (PIL) membabitkan perbelanjaan berbilion ringgit wang rakyat, justeru penjelasan berhubung kos sebenar projek perlu diberikan kepada umum.

“Benarkah LRT ini satu-satunya penyelesaian terbaik kepada isu kesesakan lalu lintas? Adakah ia benar-benar berbaloi?

"Bagaimana pula dengan proses pengambilan tanah, adakah ia telah selesai sebelum projek dimulakan dan berapa banyak keluarga serta perniagaan yang akan terkesan?


"Ini persoalan-persoalan yang perlu diperjelaskan oleh kerajaan negeri bagi membolehkan semua rakyat tahu mengenai projek mega ini.

“Kita juga ingin tahu sama ada kerja-kerja pemindahan utiliti bawah tanah seperti paip air, pembetungan dan kabel telah diteliti lebih awal. Jika tidak diuruskan dengan baik, ia boleh menyebabkan kelewatan dan kos tambahan,” katanya.

Tambahnya, laporan TIA sepatutnya menjadi dokumen asas sebelum sebarang projek mega dimulakan dan wajar dikongsi secara terbuka.

“Saya memohon kerajaan negeri mendedahkan Laporan TIA kepada umum. Kita sedia maklum bahawa apabila kerja-kerja projek dimulakan, kesesakan lalu lintas pasti bertambah teruk.

"Jadi, apakah langkah mitigasi yang telah disediakan untuk mengatasi perkara ini sepanjang tempoh pembinaan?” soalnya.

Dalam masa sama, beliau turut mempertikaikan sejauh mana jajaran dan stesen-stesen yang dicadangkan benar-benar mencerminkan corak mobiliti harian rakyat Pulau Pinang.

“Berapa peratus rakyat negeri ini akan menggunakan perkhidmatan LRT?

"Kenapa tidak diperkasakan dahulu sistem bas awam sedia ada serta memperluaskan perkhidmatan Demand-responsive Transport (DRT) yang lebih fleksibel dan menjimatkan?” katanya.

Muhamad Fauzi turut mempersoalkan aspek pelancongan yang dikaitkan dengan projek LRT apabila mendapati jarak antara stesen berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang sejauh 200 meter, sedangkan perkhidmatan bas Rapid kini mampu menghantar penumpang terus ke balai berlepas.

Selain itu, beliau menuntut penjelasan mengenai sambungan laluan LRT dari pulau ke tanah besar yang dikatakan akan disambung sehingga ke Penang Sentral.

Persoalannya, adakah laluan itu akan dibina melalui terowong bawah laut atau jejambat merentasi laut? Ini perkara besar yang perlu diperjelas sejak awal kepada rakyat,” katanya.

Projek LRT Laluan Mutiara bernilai RM10.5 bilion telah diluluskan Kabinet dan dibiayai kerajaan Persekutuan pada Mac 2024 akan dibangunkan oleh MRTC sebagai pemaju projek dan pemilik aset.

Projek ini merangkumi jajaran sepanjang 29.5 kilometer dengan 21 stesen strategik, termasuk sebuah stesen sementara di Pulau A Tebus Guna Selatan Pulau Pinang.

https://www.sinarharian.com.my/article/729299/edisi/utara/pulau-pinang-digesa-dedah-tia-projek-lrt-laluan-mutiara



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2025 08:13 PM GMT+8 , Processed in 0.049657 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list